1.
Assalamualaikum…buat
semua warga yang pernah dan akan mengenali diriku yang serba kekurangan.
Sengaja selama ini menyepikan identiti dan perkembangan semasa melalui update
medium maya yang sedia ada kerana berpegang pada prinsip #BiarAllahSajaYangTahu…Jini kerana pahala dan syurga ialah Milik-Nya, buka
manusia. Namun begitu ukhuwah sesama tetap dipelihara berdasarkan konsep Habluminnas.
Teringat kata Bisyr al-Hafi “Setiap orang yang suka dikenali selalu
tersingkap aibnya dan dimalu.” Semoga Allah menutupi aib kita dan
meninggikan darjat kita..ameen.
2.
Alhamdulilah
sehingga mendapat message private dari seseorang yang bakal melayari
bahtera hidup sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW agar menangis sang syaitan
atas pernikahan yang suci nanti..maka ku gagahkan jua jari jemari dalam
kesibukan tanggungjawab melebihi masa sebagai menunaikan hajat yang lama
terpendam untuk menulis entri yang tidak seberapa ini. Moga ia menjadi ukhuwah
yang kian lama terjalin atas misi Erti hidup pada memberi, berprestasi
dalam redho Allah dan Jangan tangguh membuat kebaikan.
3.
JUN
2009..detik awal perkenalan dengan sekumpulan adik salah sebuah IPG yang
terletak di pedalaman Sabah untuk menguruskan sebuah program Nadwah Kepimpinan
Islam (NKI) di Tambunan. Detik awal yang menyaksikan langkah hati atas dasar
hijrah untuk mencari sesuatu nilai tambah dalam diri mereka untuk berubah dalam
kehidupan. Syukur..hasilnya boleh dirasai sekarang..walaupun tempohnya panjang
tetapi hasilnya Allah yang tahu… J benarlah kata Nabi
SAW..Istiqamah Walaupun kecil.
4.
Selanjutnya
tahun 2009 – 2011 menyaksikan bumi Tambunan subur dengan sentuhan-sentuhan
insan yang niatnya lurus untuk melihat anak-anak Islam menjadi BEST..BEST..BEST
dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang tersenyum dan ketewa kecil mengenangkan
liku-liku dan ujian yang dihadapi acapkali hadir mencari pahala dan fastabiqul
Khairat.. Cuma satu perkara yang hendak maklum…kalian generasi awal yang
terbaik pernah ku kenali dan bersama susah senang. Maaf tidak dapat nyatakan
nama satu persatu..agar cukuplah kalian menjadi masyhur dan sebutan dalam
kalangan para malaikat kerana amal ibadah kalian pernah dan akan dilakukan.
5.
Pengisian
demi pengisian berbentuk rohani setiap perjumpaan tanpa putus walaupun ketika
itu belum wujud Whats Up dan Telegram…hanya yang Facebook dan Blog tetapi penggunaan sangat minima…
tetapi ia bukan alasan untuk langkah hati sehingga ada antara kalian yang
konsisten dengan hijrah yang dilakukan sampai ke hari ini walaupun kalian bukan
dari bidang agama tetapi komited dan langkah hati kalian mengalahkan mereka
yang berada dalam jurusan agama dan bertitle Ustaz/ah. Kalian hadir
tanpa perlu melalui tapisan protokol yang manusia wujudkan demi Islam. Walaupun
ia perlu sebagai rekod pergerakan…tetapi langkah hati kalian lebih teguh untuk
merempuh segala halangan dan ia memberi signal ISLAM milik semua.
6.
Harapan
ku untuk entri kali ini..agar yang membaca dapat mengambil inspirasi
tersembunyi insan yang tidak mengejar pujian, sebutan dan populariti dalam amal
dan hidup mereka. Ku doakan kalian terus istiqamah walaupun sekarang sudah
bertebaran di seluruh bumi Allah..sebar dan tunjukkan betapa indahnya Islam
melalui akhlak dan budi baik kalian..#InilahIslam. Jumpa lagi entri akan
datang.
7.
Sebagai
hint entri akan datang berkenaan Suplemen Yasin. inshaAllah..doakan agar
sempat sebelum nafas terputus. Berprestasi dalam redho
Allah..#KeranaKitaAdaSyurga. Wassalam.
1 comment:
Mengambil peluang utk membaca seawal pgi, sewaktu otw ke KK. Hampir2 saja menitis air mata ni waktu membaca. Tulisan yang sangat menyentuh hati. Membaca coretan utk kali kedua, setelah sampai d rumah. Mencatat beberapa bait kata yang menyentuh hati. Terima kasih atas perkongsian yang amat bermakna ini.
Post a Comment