Wednesday, October 14, 2009

Cerita tentang blog dan angkatannya...

Assalamualaikum....
Baru tadi..ku jelajahi blog seorang senior...Agak lucu entrinya..Boleh buat ku ketawa. Dia membawa isu tentang blog yang mula menghantui masyarakat tanpa had peringkat umur. Juga keadaan tertekan yang dialami oleh para pelajar, yang bukan sahaja disebabkan oleh ujian tapi juga kerana pening dan tertekan memikirkan isi ataupun entri berkualiti yang patut dimasukkan dalam blog. ( hehe..ada juga cerita begini..)
Memang tak dinafikan, semua jaringan medan maya kini makin menghantui sebilangan besar masyarakat terutama remaja yang sememangnya aktif dalam bab maya-maya ni..Apatah lagi Facebook ( FB ),mungkin boleh dikira berapa ramai yang tidak tahu apa itu facebook ( bukumuka ) heheh..Aku sendiri tidak mempunyai ruangan sendiri dalam Facebook, dan majorti rakan-rakan mempunyainya. Kalau ikutkan hati, memang nak juga ada fb sendiri, tapi berbalik kepada apa yang selalu ku utarakan pd diri sndiri, untuk apa buat perkara tu? Untuk apa nak ada facebook? Bukan sahaja fb, malah fs, tagged, blog, web dan sebagainya. Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Memetik kata-kata seorang ukhtie bila persoalan ini diutarakan, dia kata, "yang penting niat kita tu.."
Apapun, tak juga dinafikan, benda-benda ni beri banyak faedah hanya jika digunakan sebaiknya..Terutama untuk perkongsian ilmu, pengalaman dan sebarang kisah yang boleh dijadikan pedoman dan teladan dalam hidup. Tambahan pula, ia membantu kita menjejak semula rakan-rakan lama yang sudah lama tidak dihubungi dan ditemui.
Tapi, lain sudah jadinya andai medan maya ini dijadikan medan umpatan bagi sesetengah pihak. Maklumlah, menjadi penghuni maya yang mungkin sahaja tidak dikenali, jadi bebas melontarkan kata-kata yang entah sedap atau tidak didengar dan dibaca. Atau menjadi medan perkongsian benda-benda yang tidak elok, video dan sebagainya yang tidak patut disebarkan.
Dalam sesuatu perkara tu, ada pro dan kontranya. Terpulang pada kita untuk memilih yang dirasakan terbaik. Dan kita kena tahu dan ingat, setiap pilihan yang kita buat melahirkan kesannya yang tersendiri. Orang kata, itulah dunia. Ada baik buruknya, ada putih hitamnya, ada suka dukanya dan sebagainya. Bukankah semua perkara diciptakan berpasangan??Hm..kepada semua pelayar-pelayar alam maya, gunakanlah semua kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin, bukan untuk sebaliknya..