Saturday, January 30, 2010

Kasihmu Amanahku

Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum...

Terlalu banyak isu atau kisah yang ingin ku kongsikan buat semua yang sudi membaca perkongsianku hinggakan kadangkala aku tidak tahu hendak menulis isu yang mana satu.

Akhirnya, setelah menonton video klip kumpulan Inteam yang bertajuk 'Kasihmu Amanahku'. aku tergerak untuk menulis suatu cerita tentang 'perkahwinan'. Tajuk ni memang menarik ramai anak muda khususnya yang sedang kemaruk nak kahwin..Haha. Tapi tak bermakna diriku berada dalam kalangan tu..ehemm..

Memandangkan sejak akhir-akhir ni, isu 'cinta' melonjak naik terutama semasa forum Maal Hijrah hari tu dan insyaAllah beberapa orang terdekatku bakal mendirikan masjid, jadi baik rasanya berkongsi serba sedikit mengenai perkahwinan yang begitu besar pahalanya jika tujuan dan cara yang dilakukan betul disisi agama.

Pernah orang bertanya, " Kak ani nak kawin bila? Pada umur berapa? Dengan siapa? Macamana orang pilihan?" Aku sendiri sebenarnya tidak tahu menjawab semua soalan itu.

Cakap pasal kahwin ja, semua orang senyum lebar. Dah mula rancang nak kahwin ikut style barat la, tradisional la, tempah itu ini la, pakaian mesti tak kurang dua tiga empat persalinan, nak buat grand, buat kat hotel, dewan atau sewa kanopi dengan konsep dalam taman dan sebagainya. Memang cantik rancangan yang difikirkan, dan memang cantik majlis yang diaturkan tetapi selalu kufikirkan, kenapa perlu melakukan seperti itu? Adakah tujuan berkahwin cuma untuk memperlihatkan majlis kita yang terhebat dan lain daripada yang lain?Tidak sahkah ikatan itu tanpa majlis yang serba mewah?

Kita hidup dizaman moden la..Kenalah istimewa sikit. Lagipun kahwin sekali ja seumur hidup. Peristiwa penting bha tu. Itu antara kata-kata yang ku dengar bila soal kahwin dibangkitkan dalam kelas. Andai kata itu bukan kali terakhir perkahwinan yang dialami, kot2 kahwin lagi kali kedua ketiga, camna la? Bila hantaran murah, tak nak terima. Harga barang mahal bha..Mana cukup tu..Haha..Kadang2 lucu juga bila cerita bab kahwin.

Apapun sahabat2, saudara saudariku sekalian, kahwin ni sunnah nabi dan dituntut dalam agama. Dalam erti kata lain, ia sebahagian ibadah yang menjadikan kehidupan jauh berbeza daripada sebelumnya, iaitu semasa belum berkahwin. Ia boleh menjadikan hidup kita terasa indah dan bahagia andai aspek JERIS benar2 telah bersedia untuk menghadapinya dan begitulah sebaliknya. Memang benar, aku juga belum melangkh ke alam perkahwinan, dan tidak mempunyai pengalaman peribadi tentangnya, tapi membaca kisah2 perkahwinan nabi dan para sahabat serta kisah2 perkahwinan dalam keluarga sendiri, aku memperoleh persepsi yang tersendiri tentang perkahwinan.

Sebelum berkahwin, renung2 la sejenak niat kita utk berkahwin tu. Fikir2lah seketika sudah cukupkah ilmu utk menjadi pemimpin, sudah relakah utk menjadi pimpinan. Dan tenung2lah sudah siapkah memikul tanggungjawab sebagai isteri, suami, ayah, ibu atau pendek kata pengasas keluarga yang anda impikan, sudah yakinkah kita pada diri sendiri untuk membina keluarga berteraskan Islam, berpaksikan al-Quran dan hadis?

Sememangnya Allah telah menciptakan semuanya dengan berpasang-pasangan. Allah jualah yang menentukan jodoh kita. Renungilah ayat-ayatNya dalam al-Quran, antaranya surah Yasiin:36, surah ar-Ruum:21, surah an-Nisa:1.

Kesimpulannya, kepada sahabt2 dan saudara saudari yang berhajat utk membina masjid dalam masa terdekat ini, fikirlah,renunglah, dan hayatilah maksud sebuah perkahwinan yang dianjurkan dalam agama, bukan sekadar untuk menghalalkan yang haram kerana ia mempunyai makna yang jauh lebih dalam daripada yang kita fahami..Telusurilah makna disebalik pengucapan," Aku terima nikahnya..."

Betulkan andai ku tersilap...

Sunday, January 24, 2010

Pengalaman baru

" Cuba tengok langit, ada nampak bintang tak?"

" Malam ni gelapla, takda bintang pun.."

" Nampak planet pluto tak?" Soalan yang ku kira amat lucu. Bagaimana mungkin mampu pancaindera mata kasar manusia mencapai ke arah itu, untuk melihat planet pluto yang berjuta2 jauhnya dari bumi.

" Tak da lah.."

" Ok..tak nampak kan? Bandar Keningau nampak tak?"

" Asrama kami bukan menghadap arah bandar. Terlindunglah..tak nampak.."

"Itulah manusia ani. Serba serbi tak nampak. Kenapa agaknya?"

" Hmmm..." Aku berfikir untuk mendapatkan jawapan yang paling tepat.

" Sebab kemampuan kta terbatas. Kita cuma manusia biasa, yang segala-galanya terbatas. Kadang2 nak itu, dapat ini, nak ini, dapat itu. Itulah orang kata, kita ni hanya mampu merancang tapi kita tak dapat nak tentukan ia terjadi atau tak."

Itulah serba sedikit intipati perbualanku dengan seorang sahabat yang amat kuhormati, banyak memberiku nasihat dan peringatan, sentiasa menyokong, menegur dan banyak membantu. ( Moga Allah sentiasa meredhainya)

Namun aku sebenarnya bukan bermaksud ingin bercerita tentang sahabat ini, sebaliknya ingin berkongsi perasaan ( cewah..) mengenai sesi usrah bersama Ustaz Misri dan Ustaz Rosli baru2 ini. Satu perkembangan yang sangat baik kali ini, kerana perjumpaan para nuqaba dihadiri orang kuat Japim khususnya Ustaz Rosli yang baru kali ini dapat ku bercakap 'face to face' dengannya kerana beliau baru menamatkan pengajiannya dan kembali mengajar di Ip Keningau ni. Salah satu harapanku, dapat belajar dalam kelasnya satu masa nanti. InsyaAllah..Untuk minggu ketiga interaksi rasmi di ip, sesi taaruf usrah berjalan dan dalam perjumpaan tersebut, banyak perkara baru diketahui antara kalangan nuqaba yang lain.

Beliau menerangkan thaqafah nuqaba yang paling minimum, dan ia membuatkanku tenggelam dalam kalangan nuqaba yang lain. Memandangkan latar belakang para nuqaba yang semuanya rata2 dari sekolah agama, ijazah dalam pengajian agama( KPLI PAI ), dan terlibat dalam gerakan usrah bertahun2 lamanya, aku hanya mampu bernfas paras hidung orang kata. Sangat2 terasa tak layak dan tak mampu untuk berada salah satu dalam kalangan mereka. Namun seakan-akan beliau memahami hakikat tersebut, katanya kalau sudah terpilih untuk berada dalam kalangan nuqaba, itu tandanya memang layak berbanding yang lain. Hanya terpulang pada kita bagaimana untuk menjadi lebih sedikit berbanding ahli-ahli usrah kita. Kata2 beliau menusuk dalam hatiku. Demikian juga kata Ust Misri yang membuatkanku berfkir banyak kali.

Sememangnya banyak perkara baharu yang dapat diketahui apabila menyertai gerakan usrah. Setinggi manapun belajar, pengetahuan kita sebagai manusia tetap terbatas, justeru jangan pernah jenuh untuk menuntut ilmu dari yang lebih tahu. Kadang2 pasti timbul perasaan bosan untuk belajar kerana kita kena belajar benda yang sama, tapi tak pernah ambil tahu kenapa perlu belajar benda tu.. Satu perkara yang kita mesti ingat, makin banyak belajar, makin banyak yang kita tak tahu dan kena tahu, percayalah..

Dengan adanya perubahan dalam usrah tahun ni, ku harap ia akan berjaya menjadi satu medan yang terbaik untuk mengeratkan ukhwah sesama ummat Islam dan mendapatkan perkongsian ilmu di Ip Keningau ni khususnya seterusnya menyuburkan Islam di bumi keningau ni..Insya Allah..

Teringat mutiara kata yang disampaikan oleh salah seorang pensyarah, ' sebaik-baik ingatan adalah tarian-tarian tinta', membuatkanku ingin menulis seberapa banyak yang boleh kukongsikan untuk tatapan semua, dengan harapan ia memberi suatu pengajaran untuk semua, agar dalam masa yang sama aku sentiasa mengingati dan berusaha mengamalkan apa yang kupelajari..

Kesimpulannya, aku tidak sabar menanti pertemuan para nuqaba yang seterusnya...

Assalamualaikum....

Sunday, January 17, 2010

Mengapa? Cuba fikirkan..

Mutakhir ini, isu penggunaan nama Allah semakin mendapat liputan meluas dalam kalangan banyak pihak, bukan sahaja wakil-wakil politik, malahan 'ulama-ulama' moden, para ilmuan tempatan, pemikir bebas juga pihak media.

Aku menitipkan entri ini bukan untuk mengeluarkan hujah sama ada menyokong pihak yang melarang atau sebaliknya. Aku hanya ingin membuka sedikit ruang kepada semua sahabat di luar sana untuk berfikir mengenai sesuatu sebelum terus memberikan pandangan yang mungkin dikelabui oleh sentimen emosi, perkauman atau menganggap orang lain salah.

Aku percaya, sebagai umat Islam, kita berdiri atas amal dan ilmu. Keduanya pula berdiri atas dasar iman. Dan semuanya bergantung kepada satu kata yang membawa makna yang amat dalam iaitu 'ikhlas'. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk menetapkan niat dalam melakukan semua ini hanya keranaNya. Beberapa sahabat pernah bertanya pendapatku mengenai isu ini, dan secara jujur ku katakan, ilmuku dalam isu ini terlalu cetek dan aku bimbang pernyataan pandanganku akan mengeruhkan kekeliruan yang sedia ada.

Ku titipkan entri ini berdasarkan kepada pembacaan, pemahaman, pemikiran dan perbincangan bersama beberapa hamba Allah. Aku tidak ingin berlagak pandai, tidak berniat menambhkan kekeliruan atau memanaskan lagi keadaan khususnya di bumi ip ini, sebaliknya aku cuma ingin berkongsi pandangan.

Aku membaca, meneliti dan cuba memahami setiap hujah setiap pihak yang melontarkan pandangan masing-masing. Namun setakat ini, aku belum membaca secara terperinci hujah pihak yang menuntut penggunaan kalimah nama Allah. Dan aku sebenarnya ingin tahu kenapa mereka ingin menggunakan kalimah nama Allah. Jika alasan mereka ialah ingin mentranslasikan perkataan 'Lord' atau ' God', kenapa tidak menggunakan kalimah 'Tuhan' sahaja? Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan dari tuntutan mereka. Kenapa baru sekarang menuntutnya, andai sejak dahulu mereka katakan mereka telah menggunakan kalimah Allah? Ada alsan lain mengapa mentranslasikan kalimah 'Lord' iaitu ingin memartabatkan bahasa Melayu dalam semua bidang termasuklah agama. Wajarkah, logikkah? Anda sendiri fikirkan..

Secara peribadi, aku melihat ada sesuatu yang terselindung disebalik tuntutan mereka. Isu ini bukannya isu politik sehingga boleh ditolak tarik, bukan isu ekonomi yang boleh dipajak gadai, ia berkaitan aqidah yang selama ini berhabisan dipertahankan, dijaga oleh insan-insan yang mempunyai mata hati. Jika ada yang mengatakan Allah, Tuhan bagi umat Islam adalah sama dengan Allah pada sudut pandang agama Kristian, ia jelas-jelas menunjukkan mereka cuba untuk menyamakan Allah Yang Esa dengan Allah yang mereka pertahankan dengan konsep triniti. Astaghfirullah al'azim..Aku minta maaf andai timbul kekliruan ats pernyataan ku ini. Jika mereka mengatakan kita menyembah Tuhan yang sama kerana nama yang sama, ia sama sekali salah. Pokok pangkalnya ialah iktikad, aqidah kita sebagai umat Islam yang cuba diruntuhkan oleh banyak pihak setelah sekian lama. Rentetan daripada isu ini, tidak mustahil selepas ini akan timbul pula isu baru berkaitan dengan agama yang akan mensensasikan media.

Menapa tidak boleh? Mengapa dilarang? Mengapa ia wajar kita pertahankan? Buka mata hati masing-masing. Kembali ke titik mula andai kekeliruan mulai menjengah fikiran dan hati kita. Aku percaya, ramai yang mempertahankan pendapat diluar sana kerana emosi mengelabui kejernihan fikiran. Kebenaran tetap kebenaran, namun harus kita ingat, kebenaran yang berserabut akan kalah oleh kebatilan yang dirancang kemas. Untuk memartabatkan kebenaran( haqq) kita memerlukan ilmu yang bersandarkan hujjah yang kuat. Isu ini bukan boleh diselesaikan dengan menguasai bidang sejarah sahaja( ada yang mnyokong penggunaan kalimah nama Allah berdasarkan sejarah ), bidang politik, atau kenegaraan ( ada yang menyokong atas alasan demokrasi liberal ) tapi ia juga wajar dilihat dari sudut teologi dan asas agama itu sendiri.

Aku tahu dan aku sedar isu ini sangt sensitif, termasuk dalam kalangan warga kampus Keningau kerana peratus non muslim yang jauh lebih besar berbanding umat Islam, namun dalam membincangkan apa jua isu, apa yang penting keterbukaan dan kesediaan kita untuk menerima kebenaran yang sebenar-benarnya. Aqal kita sangat terbatas, justeru janganlah berlagak tahu siapa yang benar, siapa yang salah jika belum meneliti sesuatu daripada pokok pangkalnya. Minta maaf andai ada yang tersinggung.

Sebagai tambahan, aku ingin kongsikan pandangan-pandangan insan yang lebih dalam pengetahuannya untuk kita sama-sama berfikir tentang perkara ini...insyaAllah, kita akan mendapat sesuatu daripada penjelasan dan kata-kata mereka.
majalahikhwah, Faisal Tehrani, atau penjelasan pandangan oleh ilmuan dalam Rausyanfikir..Byk lagi pendapat berkenaan isu ini, namun sebagai permulaannya, ada baiknya kita bermula dengan yang sedikit namun padat dengan penjelasan yang mudah difahami..

Fikirkanlah...

Assalamualaikum..

Wednesday, January 13, 2010

Variasi pemikiran

Assalamualaikum...

Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri yang lalu, tentang perbincanganku dengan sahabat lama berkenaan Islam.Lama ku berfikir untuk 'publish'kan entri ni kerana ia melibatkan persoalan yang mungkin kompleks bagi sebahagian daripada kita..Akhirnya, aku memutuskan untuk m'publish'kannya juga dengan harapan, ia memberi harapan kepada sesiapa yang berharap sesuatu terhadap pencariannya selama ini. Sebelum itu, ku pohon maaf kerana menggunakan bahasa rojak yang sepatutnya tidak digunakan khususnya bagiku, yang mempelajari Bahasa Melayu sejak tahun 1 hingga kini. Itulah salah satu kelemahan manusia biasa sepertiku, belajar setinggi mana pun, tetap tidak dapat menggapai erti 'kesempurnaan' dalam menguasai sesuatu bidang ilmu, meskipun bidang bahasa ibunda yang merupakan bahasa pertuturan seharian.

Aku juga memohon kepada anda sekalian agar membaca dan menghayati isi perbincangan kami dengan hati, minda dan jiwa yang tenang dan terbuka. Janganlah membuat tanggapan negatif kerana apa yang ingin kusampaikan hanyalah perbincangan hamba-hamba yang lemah, yang hanya mempunyai setitis daripada selautan ilmu Allah, yang ingin mencari jawapan atas segala persoalan dan pencarian dalam hidup..

Perbincangan ini telah ku edit mengikut kesesuaian dengan sedaya upaya tidak mengubah maksud ayat yang sebenarnya telah disampaikan.

" Apa yang ani faham tentang agama? Apa itu Islam?"

" Pada sy yang tak seberapa pngthuan agama, agama ni kepercayaan dan keyakinan yang menyeluruh meliputi kehidupan kita berhubung soal ketuhanan. Bila merujuk kepada Islam, satu2nya agama yang diredhai olehNya, ia adalah kpercayaan kita kepada Allah, dan apa pun yang kita lakukan adalah untuk redhaNya. Apa ertinya beragama bila redha Allah pun tak dikisahkan?" Aku memberi persoalan semula padanya.

" Jwpn ani tu betul. Ia mngikut kefahaman kita. Cb tanya ustaz2 juga. Apa yang saya fhm tntang agama ialah, agma yg smpurna tbhgi kpd 5 bahgian,iman niat, ibadah, muamalat, muasyarat dan akhlak. 5 bahgian agma ni kita kena ikut cara yg prnh ditunjukkan oleh Nabi SAW. Itulah agama."

Aku tersenyum tatkala mbaca jawapannya.

" Jwpn kmu tlalu tinggi standardnya utk org mcm sy yg baru bljr agama" balasku.

" Itu bukn jwpn sy, itu jwpn para ulama."
" Utk mdpt redha Allah, kita kena tiru org yg paling diredhai Allah iaitu kekasih Allah, Nabi SAW n para sahabat. Kita kena tiru mcm sahabat. Selain cara Nabi, tiada kejyaan dunia mahupun akhirat."

Aku menghubungi ustazah dan sahabat lain yang ku kira lebih arif berkenaan hal ini untuk mendapatkan pandangan mereka pula. Sprti yang ku katakan pada sahabat lamaku ini, aku sendiri baru bertatih dalam mengenal Allah dan agamaNya ini, dan pengetahuanku amat-amat serta cukup terbatas. Semestinya perlu merujuk kepada yang lebih tahu, lebih arif.

Ustazah yang kuhubungi berkata, " Islam adalah tunduk pd Pcipta n patuh kpd psruhNya. Sgala yg dilkukan hanya utk redhaNya."

Seorang sahabat yang kuhubungi berkata, " Dr segi soalan, ani mungkin nk jwpn yg lebih kpd kefhamn. Kita sbnrny dah tahu, apa itu Islam. Tp secra umum shj. Kalau nk tahu org tu fhm ke tak apa itu Islam, lihat gaya hidupnya. Gaya hdupnya mstilah sama dgn gaya hdup Rasulullah n sahabat nabi krn mreka inilah golongan yg pling fhm apa itu islam.Jdi, bgmana kehidupan rasulullah n sahabat2? Mereka beribadah, bperang, mereka ada kehebatan militari, mereka memerintah negara, da empayar bisnes, bina education, ada sistem kehakiman n len2. Semua ni adalah Islam.Adakah kehidupan kita sebagai seorang muslim pd hari ini mgambil semua ini? Kalau kita tak ambik semua ni, maka islam kita masih tak sempurna n 'cacat'.."

Seorang lagi menjelaskan dgn agak pjg lebar namun dgn bahasa yg agak mudah,
" Islam ni berasal dri perkataan 'salam' yg bmksud sejahtera. Islam adalah nasihat. Islam adlah satu2nya agama yg mberi pduan khdupan yg lengkap, yg mjnjikan kesejahteraan kpd umatnyad dnia n akhirat jika ia terus dijadikan sebagai panduan hidup. Islam mengajar apa itu iman. Hidup akn lebh bmkna jika adanya iman dan jika kita mengenal Tuhan. Islam tak hny ttegak dgn kata2. Semua hukum hakam yg tmaktub dlm prundangan Islam akn mbawa mkna tsirat yg pnuh hikmah jika dteliti dgn sebaiknya oleh org yg mahu bfikir. Org yg bru memeluk Islam itu ibarat kain putih, takda dosa. Mka, ptutnya tak wujud pun rasa diri org yg bru memeluk islam itu bhw dirinya tlalu kotor n tak layak utk btemu Allah n beramal ibadah demiNya. Bahkan ptutnya mualaf itu rasa bsyukur kerana tpilih utk diberikan hidayah dan nikmat iman yg mbuktikan bhw Allah sgt2 syg pdnya krn dlm ramai2 org kat dunia ni, dia yg Allah pilih utk rasa smua tu. Islam itu adalah 'landasan' yg Allah bagi pd kita utk mjlani khdpan demi mdapt ksjhteraan d dnia n akhirat. Secra pribdinya, sy rasa Islam itu sbuah agama yg syumul sbgi pbimbing kita ke jalan yg benar mnju akhirat yg abadi. Pernah tak tfikir, knp smua org sibuk nk kaji pasal Islam? Ada ka agma lain yg org selongkar berabisan utk cari sebab np perundangnnya bgni n bgtu? Waima amaln buang air dlm Islam pun org kaji. n dibuktikan bhwa cr yg dianjurkan Islam tu adalah yg tbaik yg tsimpan rhsia n hikmah yg kita sndiri tak jangka.."

Penjelasan sahabat ini agak luas dari soalan yg utama iaitu apa itu Islam namun ia menerangkan dalam skop yang luas tentang kebenaran Islam. Aku kongsikan pendapat dua orang sahabat ini berssama dgn sahabat yg bertanya padaku pada awal cerita. Kami meneruskan perbincangan dan perkongsian dlm keadaan pdapat yg agak tegas antara keduanya.

Setelah kukongsikan pdgn 2 org sahabat tsebut, dia melontarkan soalan lagi buatku, " Bagimana sahabat dpt kefahaman agama? Betulkah kehidupan para shbt seperti yang ani sebut tadi?"

" Mereka dpt kefahaman agama dr apa yg mereka pelajari dari Rasulullah. Mereka paling hampir dgn Rasulullah, kerana itulah mereka yg paling jelas tentang Islam."

" Iya, kamu rasa smua bnda itu ka yg dijadikan shabat diredhai Allah? Kalau tak silap sy, org yahudi pn ada semua pkara2 tu skg. Iya tak?"

Aku sekali lagi tersenyum. Mungkin bagi sesetengah yang dapat mengikuti dgn jelas perbincangn kami, akan berpendapat kami seakan2 berselisih faham, namun sebenarnya tidak. Memang apa yang dikatakannya benar.

" Mmg yahudi pn ada smua tu. Yg beza ialah iktikad. Sbnarnya, smua tu dri Islam. Dorang yahudisasikannya utk kepentingan sndiri."

" Bbeza iktikad tp kita telah tiru khdupan yahudi seandainya itulah yg dikatakan Islam. Nabi tak pernah seru kepada keduniaan. Nabi seru mnsia beriman kpd Allah n inilah yg shbt buat. Mereka tlah gembar-gemburkan kehbatan Allah SWT, ikut cara Nabi SAW. Akhirnya Allah bri bntuan ghaib pd shbt. Allah tlah menangkan Islam stelah bgtu byk pnderitaan n pgorbanan yg dilalui oleh nabi n shbt. Layakkah kita mtdbir dnia bila dlm hati kita sndiri pun msih ada rasa cinta pd dnia n tkut mati? Shbt tlah korbankn hrta, diri n msa mereka utk agama. Brulah Allah beri kefhmn agm pd mereka. Cukupka kita dgn bc kitab tnpa pngorbanan yg sma sprti para shbt, kmudian kita kata yg kita telah faham agama?

Berkenaan soalan ini juga, aku mengongsikannya pandangan sahabatku yang lain, " Ya btul smua tu turut dibuat oleh yahudi. Sbb tu mreka bjaya. Beza kita dgn yahudi, mreka buat smua tu bukan utk Allah, tapi utk lawan islam.Jd, mereka dilaknat dan dimurka oleh Allah. Tp kita buat smua tu krn Allah n utk pjuangkn islam spti nabi n sahabat2. Mreka ni lah yg dredhai Allah n djamin msuk syurga.."

" Bnar. Nabi telah didik shbt shingga para shbt ada 6 sifat unggul dlm diri mereka.
1. Hakikat lailahailallah muhammadarrasulullah.
2. Hakikat solat khusyuk n khudu.
3. Hakikat ilmu n dzikir.
4. Hakikat ikramul muslimin.
5. Hakikat niat ikhlas
6. Hakikat dakwah dan tabligh
Perkara2 ni lah yg ada dlm diri shbt sehingga Allah redha pd para sahabat smsa d dnia lagi n sahabat pn redha pd Allah. Ada 4 cara kehidupan. Yahudi dgn politkny, nasrani dgn hiburannya, majusi dgn sukannya. Cara khdpan nabi, adlah dgn amalan agma yg 5 tu.. "

" Bnar, nabi tak pernah seru utk kdniaan, tapi nabi tak pernah suru tinggalkan dunia n tumpu pd akhirat ja. Keduanya kena seimbang.."

" Pbndingan dunia n akhirat yg ulama tamsilkan adalah ibarat bayang2..dunia adalah byg2. Klau kita kejar byg2, pasti kita tak dpat tangkap byg2 tu. Dnia bgtu juga, Kalau kita utmakan akhirat, pasti n pasti dunia pn kita dapat. Macam sahabat. Nabi tak suru tinggalkan dunia. Yg nabi suru, taati perintah Allah, ikut sunnah nabi. Itu ja,yg utma kena buat dkwah ikut cara nabi. Shbt bperang dulu tak sama dgn umt islm yg bperang. Shbt bt dkwah dulu pd org kafir, org kafir tak mau ikut, kena bayar jizyah. Tak mau juga, baru perang. Itupun shbt bperang dgn niat utk sebarkan agama. Umpamanya bomba, yg dtg utk selamtkn 1000 org dlm kbakaran sbuah kg. Tp ada bbrpa mat rempt pl cb nk halang bomba d ptghn jln. Bomba tfkir bgmn nk slmtkn sribu org td dgn dhalang oleh mt rempt. Mahu tak mahu, bomba kena langgar mat rempit yg sedikit utk selamatkan srbu org td. Bgtulah shbt, mereka fikir bgmn hndak sebarkan kalimah kpd byk lgi penduduk dlm ssbuah pemerinthan. Yg mhlng tu raja n askrnya. JUmlah mereka sikit ja bnding bil pduduk. Jd takda pilihan, 2 yg shbt langgar ja dgn bprang utk sebarkan kalimah iman pd mnsia slurh alam.."


Pada akhirnya, dia mnyimpulkn dlm Islam tidak ada sebarang pcmpuran jantina dlm apa jua tindakan. Aku cuba mem'positif'kan fikiran dengan perbincangan yang agak tegas itu. Kata2nya adalah benar, dan aku tahu dia berkata sedemikian kerana dia melihat banyak perkara yang semakin menyongsang kini. Tujuannya cukup baik, untuk memperingatkanku, seorang sahabatnya yang sentiasa leka agar peka dengan apa yang kulakukan sehari2. Dia ingin aku faham apa yang ku pegang, apa yang kulakukan, dan apa yang ku pertahankan. InsyaAllah, selagi ada kemampuanku, aku akn pertahankan pendrianku.

Sememangnya ramai kini yang tidak mengerti apa yang mereka lakukan, apa yang mereka perkatakan dan apa yang mereka pertahankan. Aku tidak mahu menjadi sebahagian dari golongn tersebut. Ramai yang hanya mengikut tanpa mempelajari sebenarnya tentang perkara itu. Ramai yang hanya selesa dengan berada di tengah2. Konklusinya, ramai yang mengaku Islam, mengaku kenal Allah, namun peribadi jauh sekali mencerminkan sebagai seorang Islam, sebagai hamba Allah. Rmai yang mengaku hamba tapi lagak lebih dari dari seorang tuan.

Islam agama yang cukup sempurna. DijadikanNya sebagai landasan untuk kita meneruskan perjalanan dengan lurus dan baik. Umpama keretapi yang bgerak lurus di sebuah landasan. Andai kata landasan atau rel keretapi tersebut terpesong, apakah yang akan tjadi kepada keretapi yang laju bgerak menentang arus angin n udara itu? Kita mempunyai akal, maka fikirkannya, kita mempunyai hati, maka tafsirkannya, rasakannya...

Adalah menjadi fitrah dalam kehidupan, keterbatasan akal memikirkan urusan yang ditentukanNya menjadikan pandangan setiap manusia berbeza. Jika kita mampu mmberi sesuatu utk kebaikan, knp tidak melakukannya? Sperti kata Ust Hasrizal, 'erti hidup pada memberi'. Memang benar, kita acapkali menjadi peminta, asyik meminta, namun memberi terlalu sedikit. Banyak cara yang kita boleh lakukan utk bjuang di jalan Allah. Jika ia memerlukan kita berurusan dengan ramai orang, dan tidak terkecuali yang berlainan jantina, tetapkanlah batas untuk berurusan atas yang perlu sahaja. Ingatlah, tiap apa yang kita lakukan, dengar, lihat dan katakan akan dipertanggunjawabkan kelak. Sesungguhnya, aku berasa amat takut untuk berkata hal apapun khasnya yang berkaitan agama kerana kita akan bertanggugjwab atas yang kita perkatakan. Dan sememangnya, tiap apa yang kita lakukan dan katakan bersangkutan dengan agama kerana islam itu bukan sekadar pengisian rohani, ia merupakan sistem kehidupan. Apa jua yang kita lakukan ada panduannya dalam islam agar kita benar2 selamat dilandasan kehidupan ini.


Kutegaskan sekali lagi, setiap yang kita lakukan, bmula dengan niat. Jika bniat utk mbntu agama Allah, insyAllah, pasti tbentang luas jalan yg disediakanNya untuk kita.. Namun, harus diingat, niat tidak menghalalkan cara.. Islam hadir dgn penyelesaian utk stiap prsoalan..Jsteru itu, fikirkanlah...Betulkanku andai ku tersilap...


Tuesday, January 12, 2010

Pagar diri

Aku tertarik tatkala terbaca berkenaan pagar diri dari belenggu ilmu hitam dan sihir seketika tadi.. Kurasa, elok rasanya ku kongsikan dengan semua yang berada diluar sana. Dan jika ada sebarang penambahan, harap dapat turut dikongsi bersama..InsyaAllah, kita semua mendapat manfaat daripadanya..

Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur.
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'
(Riwayat at Tabraaniy )

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:
'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
(Riwayat Abu Daud ).

Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya:
"Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk ke dalam tandas.
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". (Riwayat al Bukhari dan Muslim.)

Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah.
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."
(Riwayat Abu Daud ).

Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat alKursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."
(Riwayat al Bukhari).





Sumber :http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2179