Assalamualaikum...
Meniti hari-hari terakhir
sebagai warga kampus IPG Keningau memberikankanku sejuta pengalaman
dan kisah yang penuh liku-liku dan warna warni. Seperti insan yang
baru belajar erti sebuah kehidupan.
Di penghujung waktu bergelar warga institut ini,
hati begitu mudah sekali terusik. Air mata menjadi begitu murah
walaupun kelihatan amat mahal pada pandangan ramai manusia lain.
Kala diasak dengan
pelbagai perkara, adakalanya kita seakan makin tidak memahami diri sendiri. Cewaahh…beginilah hidup menuju alam
kedewasaan..
Aku teringat saat-saat bersama dengan seseorang..Teringat akan luahan hatinya...”kenapa saya saja yang dapat msalah macam ni? Kenapa
orang lain tidak?” tika itu aku tersenyum mendengar kata-katanya.
Kelihatan stress benar bunyi suaranya. “Bersyukur lah dapat ujian
begitu. Tidak semua orang dapat rasa..” aku menjawab dalam nada
mengusik.
“Tapi kenapa saya? Dari
dulu sampai sekarang, saya rasa hidup saya selalu bermasalah..”
omelnya lagi.
“Baguslah tu..begitulah
kehidupan. Orang yang tiada masalah tulah yang paling bermasalah
tau..”jawapanku masih dalam nada gurauan. Tapi aku hanya ingin
menyampaikan apa yang kurasakan betul.
Wajah stressnya semakin
jelas. Aku tertawa kecil. “Orang yang banyak masalah..banyak kena
bagi ujian ni orang yang Tuhan sayang..lebih banyak ujian, tandanya
Tuhan lebih sayang..” ku tepuk-tepuk kakinya.
“Ya..?”
“Iyaa..”aku
mengangguk, yakin. Lalu menyambung, “Sebab tu kena bersyukur..dapat
ujian lebih sebab Tuhan sayang..” Dia diam. Tunduk memandang
lantai. Wajahnya berubah sedih. “Menangis ja kalau rasa mo
nangis..” ujarku. Dia hanya diam. Seketika kami bersantai, menonton
‘muvie’ seram di kala mud sedang kecamuk rasanya, walhal seminar penyelidikan kami bakal
menjelma beberapa hari lagi dari hari tersebut.
“Betulkah orang yang
paling banyak ujian paling kena sayang Tuhan?” soalannya berputik
kembali. Aku memandangnya. Aku senyum lagi dalam anggukan. “Kenapa?”
soalannya masih tidak berhenti.
“Sebab Tuhan mau kau
jadi kuat..” “Kuat macamana?”
Hatiku bagai digaru-garu.
Aku tidak tahu ingin ketawa atau ingin menangis. Jauh di sudut hati,
hatiku terusik dengan soalannya. “Makin banyak ujian, makin kuat
hati..bila dapat ujian lagi..lama-lama kita takkan rasa susah
sudah..kita da besa..jadi ble lagi senyum sambil cakap.,’oh..xda pa
bah ni..’..”
Pandangannya berkaca.
Lalu memeluk lutut sambil menangis. “Ya Allah…”hatiku berbisik.
Aku memeluk bahunya. “Jangan nangis..saya rasa lain tengok ko
nangis..tak best oh..” pujukku. Walhal baru sebentar tadi, aku
menyuruhnya menangis kalau rasa nak menangis. Tapi sebenarnya, memang
aku tidak suka melihatnya menangis. Air mataku juga seperti ingin
tumpah tapi aku sedaya upaya menahan. Dialah..rakanku..rakan yang sangat istimewa..dialah juga yang
ku anggap seperti adikku sendiri. Adik yang selalu menyakitkan hati,
tapi dialah juga yang selalu menceriakan kehidupanku..
Apabila teringat akan perkara ini..senyuman terukir..aku tahu dia seorang yang kuat..
Lantas..kata-kata yang lain muncul dalam kotak fikiranku..
“Kadang-kadang kita
berharap ada orang yang mengerti kita..ada orang yang menolong
kita..tapi sebenarnya Allah nak jadikan kita orang yang menolong
orang lain, mengerti orang lain..” ujar juniorku beberapa hari
selepas peristiwa tersebut. “Kita ni dah cukup banyak masalah, tapi
perlu mendengar masalah orang lain..” tambahnya. Ya..memang benar..kerana itu tandanya Allah ingin menjadikan kita insan yang berjiwa besar, agar dapat memahami dan membantu insan-insan lain..
Aku tenggelam dalam fikiran sendiri..memikirkan masalah kita d sini tidaklah seberat masalah dan ujian insan-insan terdahulu..juga masalah dan ujian saudara-saudara kita di Gaza yang saat ini masih berhempas pulas meneruskan kehidupan dalam suasana yang tak mampu dibayangkan...
Saudara-saudaraku di luar sana..sama-sama kita mendoakan saudara-saudara kita di Gaza agar mereka diberikan kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan agama dan tanah Palestin..