Sunday, December 20, 2009

Aku terfikir lagi

Tengah menghabiskan sisa2 cuti kebelkangan ini, sahabat lama menghubungiku. Aku sedikit terkejut kerana dia sememangnya jarang menghubungiku, kecuali atas sebab2 yang tertentu. Tempoh hari, kata2nya membuatkanku berfikir begitu dalam. Kali ini, dia sekali lagi membuatkanku berfikir berkenaan pa yang telah ku lakukan selama ini.


" Ani bila nak kawin?" Pada mulanya, itulah pertanyaannya. Tapi bukan itu soalannya yang membuatkanku berfikir hingga risau memanjang. Soalan tu aku jawab dengan sempoi jak. Heheh....


Bermula dengan soalan kedua, bmula la episodnya." Kenapa ani join usrah?" Soalan ni masih mampu ku jawab dengan sebaik mungkin. Mengapa? Mungkin patut ku selitkan jawapanku sekali dalam blog ni supaya ia boleh menjadi perangsang kepada insan lain untuk turut sama menghidupkan sunnah nabi ni. Lebih kurg bgnilah perbualan kami .



Jwabku, " Sejujurnya,sy pn xtau knp sy join. Sy suka join coz dpt byk ilmu n kesedaran. Kalau hnya baca buku, sy xkn dapat ilmu yg pelbagai mcm dlm usrah." Untuk makluman, sahabatku ni seorang yg amat bsopan dlm tutur kata, jdi aku mgunakn kata ganti nama yg juga sopan utk bbicara dgnnya.


Seterusnya, aku meneruskan, " Dlm usrah, sering dipesan n diperingtkn knp perlu teruskan usrah. Sy tertarik bila sorg naqib ungkapkan salah satu hadis nabi yg nabi bsbda,islam bmula dlm keadaan dagang(asing) n akn b'akhr dlm keadaan asing, jd b'untglah org yg asing itu"


" Kenapa perlu teruskn usrah?"


" Soalan yg mnarik. 1st, ia sunnah nabi. 2nd, subjek PI xda diajar khususnya di ip kami. So,usrah slh stu cara utk belajar plbagai ilmu bkenaan agama n isu umt islam masa kini. 3rd, usrah ni cara trdsionl utk bdkwah yg smkin dlupakan coz org skg gemar guna tmk. Ada yg anggp usrah ni cara lapuk. 4th, mkin ramai yg xnk gerak dlm usrah. 5th, kalau bukan kita, sapa lagi?"


Itu antr jwpn ku yg ku ingt. Sbnrnya nk tmbh lagi, usrah ni menjadikan kita lebih kenal dgn saudara seaqidah n 1 medan utk mnympaikan segala yg bkaitan umat islam. Tapi tak ingat pula masa tu. Soalannya padaku tak berhenti setakat di situ saja. Dia terus menyoalku dengan soalan yang lebih mcabar bagiku. InsyaAllah, pada masa akan datang, akan ku kongsikan soalannya yang seterusnya.


Diharap anda mdapat sesuatu dripada pbincangan kami yg sedikit itu. Ku serahkan pada anda semua untuk mentafsir segalanya mengikut kacamata fikiran anda masing2.


Assalamualaikum...

Tuesday, December 15, 2009

Mungkin Kita Lupa

Saat ku membaca beberapa artikel mengenai isu khilaf dalam Islam seketika tadi, aku tertarik kepada empat isu terbesar umat Islam yang semakin tenggelam dek isu khilaf yang makin berleluasa masa kni. Empat isu itu ialah gejala murtad, umat Islam Palestin, gejala sosial, dan keperluan ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam.
Memang menyedihkan bila majoriti umat Islam masa kini hanya sibuk berdebat isu khilafiyyah hingga lupa tentang perkara yang lebih besar melanda umat ini yang berlanjutan sekian lama. Antara amalan yang diperdebatkan ialah qunut Subuh, zikir berjemaah selepas solat, tahlil, sambutan Nisfu Syaaban, sambutan maulid Rasul S.A.W. dan sebagainya.
Pengetahuanku dalam agama tidaklah sedalam mana, justeru itu aku tidak mampu memberikan jawapan samaada semua amalan tersebut salah atau tidak. Padaku, selagi mana amalan tersebut memberi kebaikan kepada semua umat Islam, ia wajar diamalkan. Semakin membimbangkan apabila sesetengah golongan tertentu menggunakan isu ini untuk menjatuhkan Islam, kerana pada mereka inilah bukti yang menunjukkan Islam sangat rumit dan menyusahkan manusia. Padaku, khilafiyyah yang terjadi adalah kerana kita tidak memiliki ilmu setinggi yang dimiliki oleh para ulama muktabar. Para ulama muktabar mengemukakan pendapat yang berbeza kerana mereka melihat perkara tersebut jauh lebih kehadapan dengan pemahaman yang berbeza.
Berkata Imam Jalaluddin al-Sayuti:Sesungguhnya ikhtilaf (perselisiahan) di antara mazhab-mazhab di dalam agama ini adalah nikmat yang besar dan kurniaan yang hebat. Di sana terdapat hikmah yang hanya dapat dilihat oleh orang-orang yang berilmu. Manakala orang-orang yang jahil tidak mampu melihatnya. Bahkan aku (Imam al-Sayuti) pernah mendengar sesetengah golongan yang jahil berkata: Nabi S.A.W. datang dengan syariat yang satu, dari manakah datangnya mazhab yang empat?
Isu ini memberi impak yang amat besar terhadap penerimaan dan pemahaman masyarakat khususnya golongan yang dahagakan ilmu agama. Pencarian agama melalui jalan pintas memungkinkan mereka memahami Islam dari persepsi yg berbeza. Apa yang menakutkan ialah apabila isu khilafiyyah ini dijadikan isu aqidah antara sesama mazhab.
Mungkin kita terlupa sejarah yang berlaku pada 1950 apabila agama menjadi agenda besar yang membawa kepada rusuhan masyarakat ketika itu. Berbalik kepada isu-isu besar umat Islam masa kini, aku teringat kepada isu Natrah yang berjaya membangkitkan umat Islam di Malaysia pada 1950an dahulu. Air amataku menitis apabila aku membaca kisah tersebut. Jika aku tidak silap, lebih kurang 18 orang terbunuh semasa rusuhan yang dikenali Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950. Natrah yang merupakan seorang Islam setelah menjadi anak angkat kepada keluarga Che Aminah, seorang pedagang yang berasal dari Terengganu, yang sering berdagang ke luar termasuklah Jawa iaitu tempat Natrah dilahirkan. Namun perebutannya dengan keluarga asal yang merupakan rakyat Belanda menjadi isu kebangsaan malahan antarabangsa kerana ia juga melibatkan negara luar. Natrah dipaksa pulang ke Belanda dan dikristiankan semula setelah kesnya kalah pada perbicaraan pada Disember 1950, kerana undang-undang sivil ketika itu mengatasi undang-undang syariah meskipun melibatkan isu agama. Kesungguhan peguambela beliau, Dr Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof Emeritus Ahmad Ibrahim untuk menegakkan undang-undang syariah dalam kes beliau seharusnya menjadi pengajaran kepada kita semua, khususnya hari ini.
Jika diteliti, isu murtad dahulu begitu serius sehingga melibatkan rusuhan beramai-ramai dan ia mndapat perhatian ramai pihak. Bgtu sukar untuk memurtadkan Islam dahulu kala namun senarionya hari ini, ramai secara sukarela keluar daripada Islam. Persoalannya, dimanakah jati diri sebagai seorang Islam jika melihat kepada semua perkara ini, sejak dahulu hingga sekarang?
Tepuk dada, tanya hati masing-masing.
Kpda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini, ku sarankan anda membuka mata hati dan minda untuk menyelami penderitaan Natrah yang dipaksa untuk menjadi kristian semula meskipun hatinya masih tetap kepada Islam.
Ku pohon maaf andai coretan kali ini menyinggung mana-mana pihak, aku hanya menyampaikan sesuatu yang ku kira wajar untuk dibuat renungan bersama dengan berdasarkan ilmu yang sedikit.
Sehingga bertemu dalam luahan pandangan di masa akan datang. Assalamualaikum..

Monday, December 7, 2009

Bicara Hati

Assalamualaikum.....

Hari ni, aku dapat lagi peluang utk mjenguk n m'update blog sekaligus. ( Ani..ani..dah nak jadi kaki blogger ka? ) Tak la juga..tapi ku rasa blog ni la medan dan medium utk bkongsi apa juga isi hati dan buah fikiran yg tak keterlaluan. Heheh..

Kesedihan sedikit melanda hati ni hari ni.Cewah..Biasanya, bila hatiku tak gumbira, aku akn melakukan bbrapa pkara..Nak kongsi sikit ngan semua, kot2 dlm bbrpa cara tu, ada yg sesuai dgn anda..huhu..

1- Istighfar..ingat Tuhan byk2..selawat ( tarik nafas panjang2 )
2- Dgr alunan ayat suci al-Quran
3- Dgr lagu nasyid n pa ja muzik
4 - Cuci muka..ambik wudhuk
5- Kalau di ip, p masjid, library,padang atau merayau p bilik kawan
6- Main muzik
7 - Termenung..heheh..surf internet
8 - Membaca buku
9 - Makan n tidur

Haah..itulah antara cara ku mgurangkan kesedihan yg melanda.. klik punya klik, tjenguk blog admin blog bumi Salong ( siapa mereka? fikirlah n carilah sendiri..) dan beberapa blog lain..Baca punya baca..alhamdulillah..ada juga input utk mengisi minda dan hati..

Teringat kata2 Aa Gym, lebih kurang begini katanya yang ku dapat kusimpulkan..adakalanya manusia yang kaya luarannya, punya segalanya tapi hatinya tidak tenang..mengapa? Kerana hatinya sibuk memikirkan duniawi. Adapun jasad kita, dipenuhi oleh duniawi, namun hati, jiwa dan roh kita, perlu sentiasa ke arah ukhrawi. Manusia gelisah hatinya hanya kerana dua perkara; samaada sibuk memikirkan harta, anak dan dunianya atau gelisah kerana bimbang akan amal ibadahnya, samaada diterima atau tidak oleh Allah. Jadi, terpulang kita mahu masuk ke kelompok mana. Dan kunci untuk mendapat ketenangan hati adalah dengan membersihkan hati kerana hati yang kotor tidak mungkin memperoleh ketenangan. Kenapa begitu? Sebab ketenangan itu hadir pda hati yg bersih mengingatiNya. Bukankah dengan mengingati Tuhan, hati akan menjadi tenang?

Umpamanya cermin. Cermin yang digilap selalu akan bersinar dan boleh menampakkan wajah penggunanya dengan jelas. Sebaliknya, cermin yang dipenuhi debu akan menghalang pandangan mata untuk melihat pantulan diri..Itulah antara kesimpulan dari kata-kata beliau yang dapat ku tangkap setelah menonton bicarawara beliau di Astro Oasis suatu ketika dahulu. ..( promosi sikit..hehe) Kepada rakan2 di luar sana yang sememangnya kaki dan tangan tv, jenguk2lah Astro Oasis utk mngisi rohani dn intelek anda. InsyaAllah, pasti kita akan mendapat sesuatu daripada mana-mana slot yang kita tonton.

Aku berfikir seketika, aku masuk kelompk mana ya? Aku tak mampu menjawabnya..Teringat lagi monolog watak Iqbal Maulana dalam novel 'Musafir Cinta' yang dipinjamkan oleh seorang sahabat( moga Allah mberi hidayah dan taufik kepada sahabat ini)..Lebih kurang begini monolognya yg da ku edit m'ikut citarasa dan gaya bahasaku( mohon maaf kepada penulis asal)...
" Kenapa aku harus melalui semua ini? Aku baru sahaja setapak menuju kepadaMu, berat sungguh ujianMu. Aku masih perlu belajar. Ya, belajar. Samudera ilmuMu masih terlalu luas. Sedangkan aku baru sahaja menaikkan layar kapalku untuk merenangi samuderaMu. Daratan masih terlalu jauh. Bagaimana untukku melalui semua ini.."

Hati akan sakit bila lupa dan lalai untuk mengingatiNya..Justeru itu, untuk apa sakitkan hati sendiri? Selalulah ingat padaNya..Berdoa,bermohon dan bertaubatlah padaNya sehingga kita bosan, kerana Dia tidak pernah bosan untuk mengampuni dan mendengar rintihan hamba-hambaNya..


Sunday, December 6, 2009

Ada apa dengan Ketawa?

Bismillah...

Kabare semuanya? Waras nggak? Wah..hari ni ku praktis sikit bhasa Jawa yang memang amat sukar untuk dipelajari..

Musim cuti ni, makin terhad lah masa untuk m'update blog. Nak jenguk blog pun payah. Tapi, tak pa..dengan masa yang sedikit ni, ingin ku kongsikan sesuatu berkenaan ketawa. Untuk pengetahuan semua, aku memang mempunyai ramai kawan yang gemar ketawa. Aku pun gemar ketawa juga, tapi aku ni kurang sikit ketawa berbanding rakan-rakan lain...Tapi aku mudah ketawa bila tengok Nabil dalam rancangannya Lu fikirlah Sendiri.. haah..fikirlah ya...

Ketawa ni memang baik tapi jadi sangat tak baik bila dah ketawa berdekah-dekah sampai tak sedar dunia sekeliling..Kawanku pernah berkata..Remaja hanya sekali, so mesti enjoi..Enjoi pun bertempat la kawan..Hidup mesti ceria, tapi bukan ceria atas kesedihan orang lain..Kadang-kadang kita tak sedar dalam bergurau tu kita menyakitkan hati orang lain, mungkin ada yang terasa dipersendakan. Dalam 'bergurau' dan 'mempersendakan' orang lain, hanya dibatasi garisan pemisah yang tipis sekali. Its a very thick line ( mengambil kata-kata Zaibo )...

Banyk ketawa ni juga boleh mematikan hati..seperti kata Imam al-Ghazali,
"Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,”

Ketawa juga boleh melalaikan kita dari mengingati akhirat. Nabi ada bersabda, "Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Bukan nak kata bergurau tu salah, tapi kena berpada-pada...Hati manusia ni kita tak tahu, ada yang boleh menerima gurauan, ada yang sebaliknya. So, kena fikir sebelum bercakap. Kadang2 kita bergurau dgn berbohong tanpa menyedari itu juga satu kesalahan. Nabi pun bergurau tapi semuanya yang benar belaka. Seperti sabdanya, “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”

Kbenaran itu adakalanya pahit, tapi itulah yang sebaiknya diketahui. Saidina Ali ada berkata, " Orang yg jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat"

So, kepada semua di luar sana, berhati2lah dalam bergurau..Fikir2lah sebelum melontarkan ujaran gurauan anda..

Hanya setakat ini sahaja kali ini. InsyaAllah, untuk coretan lain kali, akan ku kongsikan sesuatu yang ku harap dapat memberi sesuatu dalam hati anda semua..

Selamat menyambung cuti kepada rakan-rakan..

Assalamualaikum....

Sunday, November 22, 2009

Titipan Ulang Tahun

Bismillah...

Alhamdulillah.....syukur kepadaNya, tanggal 22 ni,aku masih diberikan peluang untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran yang ke 22. Tak terasa..dah 22 rupanya ( hehe..). Ucapan pertama ku terima sehari lebih awal daripada sahabat lama di zaman sekolah ( rupanya aku masih diingati..)..dan ucapan kedua daripada salah seorang pensyarahku..( satu kejutan )..

Apapun, terima kasih kepada yang mengingati tarikh keramat ini, 22November, iaitu tarikh kelahiranku ke dunia penuh ranjau ini ....Pintaku..doakanku terus istiqamah dalam mencari keredhaanNya selagi ku berpeluang bernafas dibumiNya..dan maafkanku andai pernah terlanjur kata hingga menyinggung hati dan rasa..

Setinggi kesyukuran padaMu ya Allah, sedalam rasa kasih dan sayang dariku untuk semua yang bersama2ku mengharungi cabaran fatamorgana dunia selama ini....
- Mama dan papa
- Abang, kakak dan adik2ku yang comel2..
- Sepupu sepapat..sanak saudara..kaum kerabat...
- Sahabat, rakan taulan dan adik2 ( Yati, Cung, Ibah, Fatin, Riha dan semua yang lain yang tak tertulis nama..)
- Saudara seaqidah yang mengenali dan tak mengenaliku..

Doa dari kalian semua amat bermakna buatku..

Buat saudara Khalid, jutaan terima kasih atas bantuan menyiapkan tayangan video untuk majlis konvokesyen prasekolah..Maaf banyak2 kerana terpaksa menggunakan kepakaranmu pada saat2 akhir...

Kepada seorang sahabat yang amat kuhormati, terima kasih atas segalanya..Pesanmu padaku adalah pesanku padamu jua..
- Andai hati gusar, ingatlah dan dekatkanlah diri pda Ilahi
- Kita hanya boleh menilai diri sendiri melalui muhasabah diri
- Sebagai seorang Islam, kena jaga dua perkara, habluminallah habluminannas..dan semestinya yang utama ialah habluminallah..
- Apa yang kita sukai dan kita sangka baik untuk kita tak semestinya yang terbaik untuk kita..boleh jadi sesuatu perkara tu kita tak suka tapi itulah yang terbaik untuk kita..kena yakin pada ketetapan Allah, kerana setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
- Doaku sentiasa mengiringimu..insyaAllah..:-)

Aku bukan sebaik mana, tidak mungkin sempurna dan alim jauh sekali..namun harapan dan impianku setiap hari ialah untuk menjadi lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok pula lebih baik dari hari ini..So, sekali lagi ku pinta..doakan agar aku tetap istiqamah...

Pesanku pada semua....hadirkanlah cinta anda setulus hati hanya untuk Dia yang lebih berhak untuk dicintai lebih daripada segala-galanya....bersyukurlah dan ingatlah padaNya setiap masa..

Selamat bercuti kepada semua.......

Assalamualaikum.....

Friday, November 20, 2009

Selakan terakhir kisah kau dan aku..

Orang kata..
Hidup ni macam roda..
Kejap di atas, kejap di bawah..
Ibarat hukum karma..
Ada pusingannya..

Orang kata..
Hidup ni mcm hari..
Kejap gelap, kejap siang..
Siang mentari, malam sang bulan..

Orang kata..
Hati kita ni misteri..
Ada zahir ada batin..
Ada suka, ada duka..
Ada tangis, ada tertawa..

Orang kata..
Kehidupan ni umpama pelayaran..
Ada ribut, ada badainya..
Ada bahagia ada deritanya..
Ada nakhoda ada kelasinya..
Ada daratan ,ada lautnya..
Ada untung, ada malangnya..
Ada senang ada susahnya..
Ada tenang ada gelisahnya..

Itulah hakikat kehidupan..
Umpama pasang surut air di laut..
Panas redup cahaya mentari..
Terang suram sinaran lampu..
Tenang gelodak rasa di jiwa..
Bagaikan terangkum dalam satu kata dan frasa..
Itulah kehidupan..
Kehidupan dunia...
Dunia yang sementara..

Kini..
Segalanya termaktub dalam memori..
Selagi diizinkanNya..akan ku kenang segalanya..
Sebagai suatu kisah indah dan berharga..
Sebagai suatu pedoman dan pengajaran..
Sebagai teladan dan sempadan..
Untuk menghadapi hari hadapan..

Andai ku tak diizinkanNya untuk mengingati segalanya..
Andai aku terlupa...
Andai aku tak 'terkisah'..
Dengan segala kudrat insani yang ada...
Salam diucap.. maaf kupinta..

Sesungguhnya..aku insan yang lemah..
Aku hambaNya yang hina dan dina..
Aku tak punya apa-apa..
Selain secebis iman dan taqwa..
Sepotong hati, segunung rasa dan jiwa..
Tanda sungguhnya, ikhlasnya.. hati ini..
Untuk melawan segala kerapuhan dan prasangka..
Dalam langkah menggapai redhaNya melalui ujian dunia..

Maafkanlah ku...doakanlah diriku..
Ku pinta doamu mengiringku..
Menemani langkah kehidupanku yang tersisa ini..
Sebelum segalanya keras, pejal dan kaku..
Sebelum tiba waktu untukku..
Dijemput Dia Yang Satu...



( Payah rupanya nak buat sajak ni..setelah bertungkus lumus, masih tak dapat mengindahkan lambang-lambang bahasa dalam bahasa Melayu ni..Tapi tak apa la..yang penting ada usaha, bukan mudah nak belajar bahasa ni tau...)

Kepada guru-guru bahasa Melayu di luar sana yang menyinggah sekejap di blog yang tak seberapa ni, tolonglah betulkan mana2 kata, frasa, atau ayat yang tak sesuai kat atas tu..Manalah tahu dengan bantuan anda sekalian, aku boleh menjadi pengarang yang baik..heheh...insyaAllah...

Friday, November 6, 2009

examm....

Bismillah..

exam...exam...exam....hurmm...ble jadi stress...( sabar ani..jgn stress..) lumrah hidup pelajar..kena bdepan dgn exam..kenapa? Dah nama student, mesti ada exam.So..bsabarlh...Ni baru exam dunia...
Hm... nak cita sikitla bab exam dan sekolah. Ada satu sistem sekolah yg takda exam...jeng..jeng,..itulah sistem sekolah terbuka, atau dgn nama yg standard, Open education. Tapi sistem ni takda kat Malaysia, ia di asaskan oleh seorang insan yang menekankan pendekatan humanis dalam pembelajaran,, seorang pakar pendidikan yang juga pelopor kepada model pendidikan terbuka iaitu Neil. ( ringkas namanya, Neil aja..). Neil ni tkenal masa abad ke 20.
Sekolah yg bnama Sekolah Summerhill ni tletak di United Kingdom selatan, mula beroperasi pd 1924 dan motonya ialah kejujuran, keseimbangan dan berkumpulan. Tujuan pnubuhan sekolah ni adalah utk mbekalkan suatu alam belajar yg bebas, demokratik dan penyayang utk kanak2 bmain dan bljar.
Di sekolah ni, semua aktiviti bdasarkan motivasi pelajar itu sndiri. Maknanya, 100% bpusatkan pelajar. Objektif...objktifnya ialah utk mbolehkan kanak2 mcapai mtlamat pendidikan dalam suasana yg bebas, gmbira dan penyayang. So, student ada hak autonomi utk tentukan kurikulum sndiri dan mnympurnakn pbljaran masing2. Di sekolah ni, takda exam, takda penilaian, takda homework..Andai ada yg nak amik exam, barulah guru akan mbimbing mereka. Maknanya, gru hnya sbagai fasilitator..
Ringkasnya..dalam mazhab humanis ni strategi yg ditekankan lebih kpd bpusatkn murid, kaedah individu, inkuiri penemuan, kerja praktik dan aktiviti pengayaan dan pemulihan..Hmm..nampak agak best kan, tapi takda yang sempurna di dunia ni. Sekolah ni pun ada kelemahannya yg tsndiri, tpi pa kelemahnnya, sahabat sekalian boleh fikirkan sendiri....Apatah lagi jika manusia yg merancangnya, sebab manusia tu sndiri pun tak smpurna..
Itulah yg menjelaskan mengapa sistem pendidikan negara kita nampak universal, sebab ia mengaplikasikan semua teori pembelajaran dari segenap pelusuk dunia.( Iya meh?)..Misalnya, nak bentuk kurikulum pendidikan kebangsaan negara kita, semua contoh kurikulum seluruh dunia di ambil kira tak kira kurikulum barat atau kurikulum timur..Contohnya, kurikulum model Taba, Stenhouse dan yang seangkatan dengannya..Itulah yang menjlaskan kenapa pendidikan kita cukup unik walau agak ketinggalan berbanding negara maju..
Apapun, akademik cuma menyokong hidup didunia, membantu kita menjalankan hidup dgn lebih bmakna..Yang lebih penting, pendidikan rohani, iaitu agama. Sehebat mana pun seseorang itu dlm akademik, namun ia tak bererti andai dia tidak mengenal siapa Tuhannya, siapa dia dan tujuannya hidup di dunia..Maka, kesimpulannya, itulah pentingnya ilmu, supya kita mengetahui sesuatu yg kita tak tahu..supaya kita dpt mpbaiki diri melalui tindakan dan phasilan tlaku yg baik..Bukankah pembelajaran yg bhasil itu diertikan sebagai perubahan tingkah laku khususnya daripada tingkah laku yg tidak baik kpd tingkah laku yg baik...
Hanya itu shj pkongsian kali ini.. Belum habis study ni..InsyaAllah, lain kali, kita berkongsi ilmu baru pula ya...
Assalamualaikum....

Thursday, November 5, 2009

Tirai dilabuhkan...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, malam ini, perjumpaan sesi usrah para nuqaba utk kali terakhir sem ni berjaya dilaksanakan.. Mengapa yang terakhir? Terakhir ats nama ja..insyaAllah, jika masih berkesmptn, bjumpa lagi dalam sesi seterusnya tahun hadapan..
Syukur, masih tergerak hati insan-insan terpilih untuk menhadirkan diri biarpun dlam keadaan yg agak menekan ( suasana exam )...jutaan penghargaan diberi atas kesudian..insyaAllah, apa yang kita lkukan ini memberi suatu manfaat buat kita semua..
Apa yang menariknya, dalam perjumpaan kali ni, semua naqib naqibah, ( walau tak semua mnhadirkan diri ) yang ada, bersuara. Alhamdulillah, satu perkembangan yang baik bila mendengar isi hati ataupun refleksi keseluruhan setiap hamba Allah yang ada..Sekurang-kurangnya tahu serba sedikit tentang kekurangan pelaksanaan usrah dan juga masalah dan kekangan dalam menjawat amanah sebagai ahli biro kerohanian.
Kepada semua yang hadir, jutaan kemaafan sekali lagi dipinta andai ada kata-kata yang menyinggung sebentar tadi. Bukan niat untuk menyinggung, hanya berkongsi sedikit,secebis rasa, pendapat dan pengalaman dengan semua adik-adik yang jauh lebih hebat dari hamba Allah yang bercakap sebentar tadi..
Andai ada terlanjur bicara, mohon maaf,andai ada tersinggung rasa, maaf juga dipinta dan andai terdapat kekurangan..maaf juga dipinta..Itulah salah satu indahnya usrah..cantiknya ukhwah....kita saling berkongsi rasa dan ilmu serta pengalaman..tidak ada manusia yang sempurna. Justeru itu, kita perlu berada dalam jemaah untuk saling melengkapi, saling bantu membantu dan saling skong menyokong antara satu sama lain..
InsyaAllah, andai ada kesempatan bersama2 tahun hadapan, bersama2lah kita gerakkan diri kita untuk mgerakkan sahabat2 yang lain di luar sana..Pokoknya, jangan terlalu kisahkan pandangan 'mereka' terhadap kita, tetapkan niat kita bekerja untuk Allah, kisahkanlah pandangan Allah pada kita...Jangan melihat banyak atau sikit sumbangan kita, tapi lihatlah sejauh mana ketetapan kita untuk melaksanakannya.. Sahabatku mengingatkan, amalan yang sedikit tetapi dilakukan secara istiqamah itu lebih disukai Allah..Bersama2 kita saling pesan-memesan antara satu sama lain...
Semoga berjaya mengharungi arus peperiksaan dengan jayanya.......

Friday, October 23, 2009

SEGALANYA MILIKMU
Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan..pelbagai keresahan..dan tangisan
aku tahu
inilah kasihMu
aku tahu..inilah cintaMu
dan ku tahu
tiap yang terbaik untukku..
tak semuanya yang ku mahu..
dicelah hayat nafas yang terhela
ada dingin saat menyeru namaMu
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapanMu..( ya Allah )
ku tahu..inilah kasihMu
aku tahu..inilah cintaMu..
dan ku tahu..disegenap ruang rasaku
telah Kau titipkan kekuatan..oh Tuhan..


Aku mendapat lagu ini dari seorang ukhti baru-baru ini, dan aku sangat menyukai liriknya..
Dalam hidup ni, pelbagai keadaan yang kita semua perlu lalui. Ada yang mgembirakan, menyedihkan, melemahkan, menguatkan, buat kita ketawa, menangis, marah, tidak puas hati dan sebagainya..Itulah lumrah kehidupan, kerana kita hambaNya, makhlukNya yang amat istimewa, dikurniakn aqal dan hati untuk berjalan seiring dan sejalan meniti titian kehidupan. Adalah mustahil untuk kita ketawa bergembira sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. Seperti kata seorang tokoh motivator, Aa Gym, apa pun yang kita rasakan, tak kira sedih atau suka, bungkuskan baik-baik perasaan itu dan pulangkan kembali padaNya..kerana apa pun jua, semua datang daripadaNya..sifat dan sikap berserah diri padaNya itu penting dalam menyiapkan assignment di dunia sebelum dinilai di sana kelak.
Ayuh sahabatku..kita berjihad sekuat mana yang kita termampu..Saling ingat memperingati, sokong menyokong, doa mendoakan dan bantu membantu antara sesama kita..Berusahalah kita bersama-sama untuk berjihad dalam hidup ini, terutamanya melawan nafsu diri sendiri..Itulah perjuangan yang pada dasarnya asas untuk berjaya dalam tahap jihad seterusnya. " Andai manusia dapat menundukkan nafsunya, martabatnya lebih tinggi dari malaikat, namun andai manusia ditundukkan oleh nafsu, martabatnya lebih rendah dari binatang.."..renungi kata-kata ini...
Ingatkanlah andai ku terlupa...betulkanlah andai aku tersilap..maafkanlah andai aku tersalah..Sesungguhnya, aku hanyalah hambaNya yang penuh dengan kekurangan, kelemahan dan dosa kesalahan...

Friday, October 16, 2009

Kata-Kata Seorang Sahabat

Bismillah...

Pagi ini, ku dapat menyaksikan kabus bergerak menyelubungi kawasan ip. Damai rasa di hati tatkala berada di dalam laluan kabus tersebut ( cewah..jiwang pula rasanya ). Sejuk dan tenang rasanya. Bukan selalu merasai suasana ini. Syukur alhamdulillah, aku masih berpeluang merasainya...
Minggu ini, agak padat dengan proses penyiapan tugasan dan assignment yang semakin menghampiri dateline. Apatah lagi minggu ini penuh dengan rakaman, amali dan juga BIG.Hari selasa lalu, sekitar jam 8 malam sahaja, hostel sunyi sepi, berbeza dengan hari yang lain kerana opsyenku semua keletihan dan dibuai mimpi. ( Biasanya kamilah yang paling riuh ).
Semalam, tengah berusaha menyiapkan sisa-sisa tugasan, aku menerima sms dari seorang sahabat yang agak lama tidak kutemui dan hubungi. Aku agak terkejut kerana soalan yang ku utarakan telah berlalu entah bila dan dia tidak menjawabnya ketika itu.
Dia masih menuntut di salah sebuah universiti dan dia merupakan bekas rakan sekelasku semasa di tingkatan 6 lalu. Perbualan kami agak singkat namun ku rasa, ada baiknya dikongsikan terutamanya buat semua shbt di luar sana yg bcta2 ingin aktif dlm sbrg prgram.
( Perbualan ni dah diedit sikit2 yer.. )

" Salam..saya tak ikut program tu..Napa ani?"

" Lmnya saya tunggu jwpn kamu. Tapi, tak apalah, tak da apa juga tu. Nak tahu coz kwn saya yg tanya hari tu. Lagi pun, Azizul kwn kmu mcm join, ada nama dia, kalau saya tak silap org la.Tu ja sebenarnya. Pa kbr?"

" Owh, takpa. Sy takda krdt ba ani..Lama da takda krdt. Mo dekat setahun jgk ni. Hehe..Tidak ba. Tak ikut ani. Sy tak minat ikut aktiviti U. Bcampur ba lelaki prmpuan. Best tu tkt lari fikir pla nti. Sy sht ja ni. Ani? "

" Alhamdulillah, sht. Kmu da mkin jauh ke depan skg ya. Bgsla tu. Msti byk pengalaman n tmbh matang skg. Klu ada sesuatu yg ble di kongsi, pgmln or ilmu yg ble d jdikn smpdan n tldn, kgsila ya. Cmna pkmbangan skg?"

" Jauh ke dpn eh? Tak adalah. Kta cuma bljr dr pnglmn lalu ja. Dnia kn smntra ja..:) Tak da pkembgn apa2. Sy mcm yg dulu2 tu sblum msuk form 6. Hehe..Pkmbgn? Oh! Ada! Sy mkn gemuk lgi. Pkmbgn bdn gitu.."

"Alhamdulillah, ertinya sht n bhgia tu.InsyaAllah. Btl, dunia hny smntra. Insaf trs ni dgr ayt tu. Mkn hr mkn bsr n mkn berat tgjwb kita kn? Mmg pnting bljr dr pglamn lalu."

" Alhamdulillah. Bgnilah khdupn dnia ni. Smua smntra. Bhgia d dnia smntara, susah d dnia pn smntra, sihat n sakit d dnia pn smntra. Smua yg bnywa psti mrsai mati. Mahu tak mahu kta kena usahakan iman hari2. Kna ckp, dgr, fikir n lihat kebesaran Allah. Brula iman meningkat. Kn? Hri ni kita tgk byk org buat pgram tpi tak ikut syariat kn? Maksiat cmur skli dlm agenda. Nmpk seolah2 islamik sbnrnya tak. Bnda camni bahaya utk umat manusia. "
" Nk kongsi sdkit pesann ulama. Wnta amt pnting buat usaha dakwah ikut tertib. Takda pgaulan bbas dngn bkn mhrim. Ada stu kisah. Cite Siti Fatimah. Suatu hari, dlm mjlis Rasul saw, nabi tlh tny pd pra shbt yg duduk dlm mjlis. Siapa wnta pling btqwa? Bila Saidina Ali dgr soaln ni, dia blik rmh tnya istrinya. Dia kata, wahai istriku, siapakah wnta pling btqwa? Bila Fatimah dgr soalan ni, dia tny pd Ali, siapa yg tny soaln ni? Ali bgtau, Rasulullah saw. Pastu, Siti Fatimah bgtau, Hai Ali, gtaulah pd ayahandaku, sesungguhnya wanita yg pling btqwa disisi Allah adalah seorg wnta yg lelaki yg bkn mhrim tak pernah lihat dia n dia tak pernah lihat lelaki yg bkn mhrimnya. Pastu Ali blik dlm mjlis n bgtau jwpn pd nabi. Nabi tny siapa yg bg jwpn ni? Ali bgtau Siti Fatimah. Pastu nabi kata sesungguhnya wnta pling btqwa di sisi Allah SWT adalah Siti Fatimah. Puteri kesayangan nabi SAW. ..:)"


" Trm ksh ats pkongsian. Klu mslmh nk join grkn dakwah, cmn? Skg mmg pyh jmp prgrm yg tak cmpur. Spjg ikut pgrm, tak pernah sy jmp. Nk cnthi siti fatimah, bkn mudah.Dia tdidik dlm suasana islam yg kuat, oleh insan bpribadi agung. T'ingin nk jd cmtu tapi tak mmpu.."

" Sng ja..tsk pyh ikut pgrm la kalau ada pcmpuran. Lgipun yg utama kn study.."

Aku terdiam sejenak selepas membaca smsnya. Tak payah ikut pgram? Hm....



" Agaknya,cmna nk istiqamah dlm pa yg diusahakan? Kdg2 rs penat n tak mampu nk trskn. N cmna nk buat pengurusn masa yang efektif?

" Allah suka dgn amalan yg sdkit tp ikhlas bt krn Allah. Ikhls ni akn dtg bl kt bt scra istiqamah. Tak pa, kta ni mmg lemah. Sy fhm juga perasaan tu sbb sy pn mcm tu. Tak palah..Pelan2 ba. Kta niat bljar2 utk taat perintah Allah ikt cara nabi saw. InsyaAllah, Allah fhm n trma. Pgurusan masa yg efektif? Bg sy, kita dpt jg solat 5 wktu mcm cara nabi solat.."


Kata-katanya menusuk hatiku. Shbtku ini mmg dah ke depan berbanding diriku. Mungkin suasana di universiti membuatkannya sedemikian rupa. Mungkin pengamalan masa lalunya juga menjadikan dia insan yang berfikiran lebih dalam. Setiap insan mempunyai kisah hidup yang tersendiri. Amat wajar jika semua itu dijadikan sandaran dan pedoman untuk meniti hidup yang mendatang.

Aku bersyukur kerana rakanku, seorang demi seorang mula berjalan di jalan yang sama yang inginku lalui. Banyak kisah dan pengalaman kami smasa di sekolah dahulu, dan padaku, rakanku ini melalui pengalaman yang sangat mencabar sebelum ini. Dia cukup kuat menghadapi semuanya, dan semoga Allah sentiasa membantunya dalam perjuangannya.
Doaku..Moga Allah sentiasa memelihara silaturrahim antara kami dan ukhwah yang terjalin ini sentiasa utuh keranaNya.

Kepada semua sahabat di luar sana, semuanya terpulang pada diri kita. Kita sentiasa diberikan peluang untuk membuat pilihan. Jika ingin menceburkan diri dalam mana-mana program, tetapkanlah niat anda hanya keranaNya, jagalah pergaulan anda dan jagalah hati anda.. Lazimnya, kita akn perolehi apa yg diniatkan..so, bhati2lah menghadapi resam dunia...

Bsama2 kita bdoa agar ditetapkan hati dan diluruskan niat dalam apa jua yang dilakukan...InsyaAllah...Tidak ada manusia yang sempurna, justeru itu, berusahalah yang terbaik untuk mendapat yang terbaik dariNya..


Assalamualaikum.............

Wednesday, October 14, 2009

Cerita tentang blog dan angkatannya...

Assalamualaikum....
Baru tadi..ku jelajahi blog seorang senior...Agak lucu entrinya..Boleh buat ku ketawa. Dia membawa isu tentang blog yang mula menghantui masyarakat tanpa had peringkat umur. Juga keadaan tertekan yang dialami oleh para pelajar, yang bukan sahaja disebabkan oleh ujian tapi juga kerana pening dan tertekan memikirkan isi ataupun entri berkualiti yang patut dimasukkan dalam blog. ( hehe..ada juga cerita begini..)
Memang tak dinafikan, semua jaringan medan maya kini makin menghantui sebilangan besar masyarakat terutama remaja yang sememangnya aktif dalam bab maya-maya ni..Apatah lagi Facebook ( FB ),mungkin boleh dikira berapa ramai yang tidak tahu apa itu facebook ( bukumuka ) heheh..Aku sendiri tidak mempunyai ruangan sendiri dalam Facebook, dan majorti rakan-rakan mempunyainya. Kalau ikutkan hati, memang nak juga ada fb sendiri, tapi berbalik kepada apa yang selalu ku utarakan pd diri sndiri, untuk apa buat perkara tu? Untuk apa nak ada facebook? Bukan sahaja fb, malah fs, tagged, blog, web dan sebagainya. Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Memetik kata-kata seorang ukhtie bila persoalan ini diutarakan, dia kata, "yang penting niat kita tu.."
Apapun, tak juga dinafikan, benda-benda ni beri banyak faedah hanya jika digunakan sebaiknya..Terutama untuk perkongsian ilmu, pengalaman dan sebarang kisah yang boleh dijadikan pedoman dan teladan dalam hidup. Tambahan pula, ia membantu kita menjejak semula rakan-rakan lama yang sudah lama tidak dihubungi dan ditemui.
Tapi, lain sudah jadinya andai medan maya ini dijadikan medan umpatan bagi sesetengah pihak. Maklumlah, menjadi penghuni maya yang mungkin sahaja tidak dikenali, jadi bebas melontarkan kata-kata yang entah sedap atau tidak didengar dan dibaca. Atau menjadi medan perkongsian benda-benda yang tidak elok, video dan sebagainya yang tidak patut disebarkan.
Dalam sesuatu perkara tu, ada pro dan kontranya. Terpulang pada kita untuk memilih yang dirasakan terbaik. Dan kita kena tahu dan ingat, setiap pilihan yang kita buat melahirkan kesannya yang tersendiri. Orang kata, itulah dunia. Ada baik buruknya, ada putih hitamnya, ada suka dukanya dan sebagainya. Bukankah semua perkara diciptakan berpasangan??Hm..kepada semua pelayar-pelayar alam maya, gunakanlah semua kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin, bukan untuk sebaliknya..

Saturday, October 10, 2009

Nukilan seorang guru..

Pagi ini amat indah sekali, alhamdulillah..Di sini kita masih berkesempatan menikmati keindahan alam ciptaanNya yang terbentang luas pada setiap masa..Tengah duduk2 menikmati sarapan, teringat pula kt suatu karya seorang sahabat yang rasanya amat relevan bagi para pendidik dan bakal pendidik masa kini..
Jadi, dengan penuh rasa rendah hati dan rendah diri, ingin aku kongsikan hasil karya sahabatku ini buat tatapan semua pembaca di luar sana...Moga2 ia memberi suatu yang berharga buat kita semua..
Hayatilah setiap bait kata dan baris ayat dalam sajak di bawah ini..


Cabaran guru tirai abad ke 21

Merempuh gempita riuh keringat
Mengendong minda emas insan bergelar guru
Taman ilmu dihurung semilir getir cabaran
Kini..
Manis kitab tak terbatas
Dek pagar bicara dan tinta
Damba benih muda dahaga lautan pengetahuan Yang Maha Agung
Sekilas petikan dihujung jari
Disana terdampar anak muda..
Tewas dirakus nafsu..
Dirobek dadah berbisa akibat percikan globalisasi
Di sini..
Insan berselimut emas tergelincir leka
Dibias kemilau kerdipan berlian
Terpikul pendidik nadi penjalin nilai bangsa
Anyamlah jalur kemanisan agama
Bentenglah permaidani budaya
Agar waris Adam kental mengorak langkah
Tak rapuh dimamah tuba berbisa abad ini…
Terima kasih kepada sang penulis sajak ( seorang sahabat yang amat kuhormati dan kagumi kerana berkebolehan dalam pelbagai bidang ) kerana menyumbangkan hasil nukilan yang begitu berharga buat semua khususnya para pendidik muda abad ini..
Mohon maaf sebab tak minta izin untuk 'publish'kan karya di blog ini..( heheh..-jangan marah..halalkan ya..:)

Wednesday, October 7, 2009

Ini Cerita Raya Seorang Amatur

Bismillah..

Alhamdulillah..Syukur..Tiada kata lain mampu ku ungkapkan untuk menyatakan rasa kesyukuran kerana sehingga hari ini, aku masih mampu berdiri, berjalan, berjoging dan berlari serta berpeluang bernafas menghirup udara Bukit Langsat yang segar ini.

Banyak perkongsian yang ingin kutitipkan buat sahabat sekalian dalam blog yang tak seberapa ini. Harap2 perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat buat semua meski hanya secubit rasa.

Pada tahun ini,suasana rayaku agak berlainan sedikit berbanding dengan yang sebelumnya. Kepulangan insan yang ditunggu selama 5 tahun menjadikan raya tahun ini lebih bermakna buat kami sekeluarga. Abang sulungku yang merantau di 'over sea' ( heheh.. ) akhirnya pulang ke kampung setelah 5 tahun beraya di perantauan. Dia tiba di bumi Sabah pada 9.09.2009 dan sampai ke kampung pada 10.09.2009. Petang itu, selesai bersungkai, ku mendapat sms dari papa bahawa abangku telah sampai ke rumah. Satu kejutan. ( Sepanjang tempoh memilki 'hape', boleh dikira berapa kali beliau meng-sms-ku sepanjang tahun). Aku yang menetap di hostel mengira2 hari yang masih perlu dilalui sebelum bercuti raya selain tidak sabar untuk berjumpa abangku. Bagaimana agaknya rupanya? Makin kurus atau makin berisi atau makin handsome? ( haha.. )

16.09.2009- Aku berangkat pulang ke kampung secara rasminya dengan dijemput oleh adik, kakak dan bakal abang iparku.Cuti hanya seminggu lebih, namun barang2 yang dibawa seakan bercuti berbulan2. Tiba di rumah, aku lantas mencari abangku. Hampa dan kecewa, kerana dia bermalam di rumah makcik dan belum balik lagi.
" Abang kau tu dah lain. Sensitif macam budak2. Cepat terasa.." kata mak bila ku bertanya tentang abang. Aku terdiam sejenak. 'Mungkin masih perlu sesuaikan diri sebab dah bertahun tak balik. Dulu, semua masih kecil. Sekarang, adik-adik lelakiku lagi tinggi dan besar dari abang. Mesti rasa semacam' bisik hatiku.
" Dorang Kelea dan Ijan tak berbual 'ngan dia?" tanyaku lagi.
Kelea ( Safry-adik lelaki sulungku ) dan Ijan ( Safryzan-adik lelaki kedua )
" Bbuallah juga. Tapi tau2 lah si Ijan tu, cakap melepas." jawab mak. Ijan memang suka cakap lepas. Namun, biasanya dialah yang menceriakan keadaan suram di rumah.
Akhirnya, petang itu, abangku balik. Ingatkan siapa yang nak jadi pengganti Jay Chou dalam Initial D, bawa kereta punya main laju, rupanya dia. Mula-mula, dia buat tak tau ja bila nampak aku menyapu dengan rupa penat ( hoho..maklumlah..saat dekat nak sungkai.. ), lepas tu dia patah balik lalu menghulur tangan. Aku tersenyum dalam hati. Lantas ku sambut dan ku cium tangannya. Pertama kali dalam seumur hidupku menyalami dan mencium tangan abang. Pertama kali..Rasa nak nangis pun ada. Beribu topik yang kususun untuk diperbualkan hilang serta merta.
" Bila balik?" selepas bertahun, dia bercakap di depanku. " Baru tadi "
" Cuti dah?" dia bertanya lagi. " Ya.." jawabku. Alangkah singkatnya perbualan pertama kami kerana sepupuku memanggilnya dari bawah rumah. Abang dah makin kurus, lebih kurus berbanding dahulu. Rambut separa kuning ditutupnya dengan topi. Aku tidak tahu berkata apa. 'Sabar ani..perlu masa untuk tegur dia. Tegur 'ngan baik' aku pujuk hati sendiri.

Malam itu, sambil membuat kuih makmur kegemaranku, kami ( aku, adik perempuanku, kakak dan mak serta sepupuku ) menonton muvie pilihan majoriti iaitu muvie seram. Bila hampir semua dah lena dengan bahan-bahan untuk membuat kuih, aku bertanya lagi pada mak tentang abang. Aku tidak sedar bahawa abang belum tidur dan masih bermain' game' di tingkat bawah.
" Dia macam orang asing di sini. Katanya, tak 'ngam 'ngan orang di rumah. Sebab tu asyik merayau ke sana sini. "
" Orang asing?" aku tidak faham. Aku memang agak low-pick-up.
" Yalah, macam tinggal di tempat lain, bukan di rumah sendiri. Sebab tu dia balik2 tanya, bila kau balik, sebab katanya, mungkin dia boleh berbual2 dengan kau.." kata mak. Sedih, sebak dan terharu pula hatiku. Antara semua adik-adiknya yang lain, aku juga yang dicarinya. Walhal, selama ini, aku antara senarai terakhir yang dihubunginya. Saat menyusun adunan makmur, air mataku hampir jatuh. Satu persatu perihal abang sejak balik diceritakannya dan ku rasakan abang begitu penting buatku. Perasaan yang tidk pernah timbul sebelum ini. Malah ketika dia berangkat pergi 5 tahun lalu, aku tidak merasa apa-apa. Cuma terasa kekok kerana tidak bertemunya dalam jangka masa yang agak lama. ' Cool ani..rilek..jangan nangis. Kontrol..' hatiku berbisik. Bnyak yang mak ceritakan, seakan aku baru sahaja mempunyai seorang abang ketika itu. Sememangnya, raya tahun ini agak berbeza khususnya buatku. Alhamdulillah, syukur..biarpun dalam tempoh perantauan abangku itu, banyak suka duka melanda kami sekeluarga, dan sepanjang itu jugalah suramnya aidilfitri bagi kami terutamanya mak..namun, hikmahnya cukup besar sekali.

Sebelum balik ke hostel kesayanganku, aku sempat keluar pekan bersama abang dan kami berbual seperti geng kamceng namun tidak dapat ku nafikan perasaan kekok masih ada kerana berpisah selama 5 thun dan amat jarang berhubung. Abang pandu kereta dgn agak laju( wlu tahu bukn kereta sendiri yg dibawa) , seolah2 perasan berada di litar sepang. Nasib baik aku juga biasa memandu laju ( hanya dalam game -heheh )..jadi taklah gabra sangat...

Cuti minggu lalu, aku balik ke kampung kerana naluriku mendesak untuk balik. Tapi abang dah berangkat ke Labuan untuk bertemu bapa saudara kami, Pakcik Asri, insan yang sangat berjiwa kebapaan dan 'caring' dengan semua anak saudaranya, terutamanya kami adik beradik. Agak sedih kerana aku yang paling lewat bertemu dengannya dan paling awal 'menghilangkan diri' kerana balik ke asrama. Tapi, aku berharap dan ku tahu, abangku pasti baik2 sahaja di bawah perhatian pakcikku dan paling utama, di bawah perlindunganNya, kerana doaku, doa kami semua sentiasa mengiringinya. Biar seteruk mana pun perjalanannya sebelum ini, kisahnya sebelum ini dan dirinya sebelum ini, dia tetap abangku. Satu-satunya abang kandungku dunia dan akhirat. Justeru itu, biar renggang nampak di mata, namun dekat rasa di hati.

Pada sahabat di luar sana, hargailah insan tersayang ( keluarga anda semestinya, dan bukannya boipren gelpren ya..) sementara ada kesempatan yang diberikan. Jangan biarkan konflik dalaman memutuskan hubungan darah yang sudah tetap sejak azali. Putus cintan cintun dengan insan bukan mahram tak apa ( beribu kali pun tak pa..Aiman tak kisah..) , tapi jangan putuskan silaturahim yg terbina, khususnya yg terbina ats talian kekeluargaan. Seperti yang pernah ku katakan sebelum ini, adakalanya kita hanya akan mengetahui betapa dekatnya seseorang di hati kita bila kita berpisah dan kehilangannya. Jadi, hargailah ia selagi semuanya berada didepan mata kita.....Jika kasih dan sayang tidak mampu diluah dengan kata-kata, lahirkanlah melalui tindakan, dan paling utama, melalui doa kita...
Ku mohon pada semua yang dapat memahami isi tersirat dari ceritaku ini, agar turut sama mendoakan yang terbaik untuk abangku tidak kira di mana jua dia berada...
Moga Allah sentiasa menaungi kita semua dengan limpahan rahmatNya yang tak terhitung...
Moga Allah sentiasa menguatkan kita untuk menghadapi hari2 mendatang yang pastinya lebih mencabar..
Pesanku...ingatlah Allah dalam keadaan apapun..dan bersyukurlah padaNya setiap masa, kerana Dia sentiasa mengurniakan yang terbaik buat kita..:)

Fikir-fikirkanlah....assalamualaikum...

Wednesday, September 16, 2009

Coretan Ramadhan...

Bismillah...



Alhamdulillah, sekali lagi aku berpeluang mencoretkan tinta-tinta bahasa yang tak seindah mana dalam blog yang tak seberapa tapi pnuh bermkna ini. Kekangan tugasan yang tak berpenghujung menyebabkanku hanya mampu menyimpan idea perkongsian di dalam minda selama beberapa ketika.


Cuti sudah bermula, syawal mula terasa, ramadhan kian hening dipenghujungnya ( masjid da sepi, barisan saf makin kurang, azan terasa sayup ditelinga..sunyinya..)


Mengimbas kembali usrah terakhir sebelum cuti antara para muslimah, 3 persoalan diutarakan mengenai raya. Bagaimana persiapan raya, apakah pengertian raya dan kenangan semasa raya. Nampak seperti cerita kosong di kedai mamak, namun hakikatnya ia memberi seribu pengertian buat semua yang terlibat saat dan tika itu. Cairan mutiara yang mahal bagi sesetengah orang tumpah juga saat membicarakan topik yang agak santai ketika itu...Banyak kisah tersingkap, banyak memori terluah semula dan terasa seperti semakin mengenali ahli-ahli usrah..Aku juga tidak mampu untuk menjawab spenuhnya 3 persoalan itu kerana ia lebih mengundang lebih banyak kesedihan berbanding kegembiraan..




Azam ramadhan kita..tercapaikah? Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, ramadhan bakal berlalu dan mungkin tidak ada lagi peluang untuk merasainya pada tahun hadapan. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, bagaimana untuk menghuraikan perasaan berada dalam ramadhan tahun ini...




Sayu hati bila mengenangkan ketidaksempurnaan ibadah sepanjang bulan mulia ini. Risau semuanya menjadi sia-sia, hanya merasa lapar dan dahaga tanpa sekelumit pun nilai penghayatan beribadah di sepanjang ramadhan...Dengan kesibukan yang mencengkam diri, ..kebanykan drpd kita sibuk mengejar dunia, hingga terlupa seketika kita berada di bumiNya, bulnNya yang mulia dan meminjam seketika nikmat dunia..




Apapun, kepada semua muslimin muslimat di luar sana, mari bersama-sama kita renungi perjalanan sepanjang ramadhan kali ini. Berjayakah kita dengan segulung 'ijazah' setelah melepasi tempoh pengajian selama 30 hari di Universiti Ramadhan ini? Apakah 'ijazah' itu cuma sekadar 'ijazah belian' atau 'ijazah' yang diperolehi dengan sepenuh kudrat kesungguhan untuk mencapai dan menggapai ketinggian nilai sebuah ramadhan....




Selamat menjalani hari-hari terakhir ramadhan dan bersama-samalah kita mengambil tiap kesempatan dengan menganggap inilah ramadhan terakhir kita...





SALAM AIDILFITRI......


Rapuh by Opick

Detik waktu terus berjalan..
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku..


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya
DiriMu yang bertakhta


Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu...


Bait-bait lirik lagu ni amat bertepatan denganku..dan mungkin juga para sahabat di luar sana...Renungilah..
Sedar2lah...Kita semua ( terutamanya diriku ) sememangnya sentiasa rapuh, langkah sentiasa goyah kerana dunia, kerana angkuh dan sombong mengatakan dunia kita yang punya...Jangan sampai terlupa siapakah kita sebenarnya..makhluk yang lemah yang tak memiliki apa-apa pun..
Andai kata aku tersilap, betulkanlah diriku, andai aku semakin lalai dan leka, ingatkanlah aku.. andai aku ingin tersungkur, bantulah aku..

Wednesday, August 19, 2009

Siapakah aku di dunia ini?

Salam Ramadhan....

Bismillah..

Minggu ini, aku menjalani PBS ( Pengalaman Berasaskan Sekolah ) bermula Isnin lepas. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar cuma PBS kali ini kurang sedikit feelnya bbnding PBS sem lalu. Mungkin krn sem lalu aku b'PBS di tempat sendiri, bekas sekolah sndiri dan di kmpung sndri.

Ramadhan pun dah nak hampir tersingkap tirainya. Tinggal tunggu hari ja, bak kata orang tua2. Syukur alhamdulillah, sehingga saat ini, Allah masih mmberiku peluang yang tak ternilai..iaitu menanti saat tibanya Ramadhan. Aku tdak tahu masih adakah peluang untuk menghabiskan Ramadhan kali ini, atau melaluinya setakat beberapa hari sahaja, ataupun tidak berpeluang langsung.Dlm mhitung hari2 terakhir bln Syabaan thun ni, cb kita hitung sekali amal dan dosa yg telah dilakukan samaada sngja atau tidak.

Bnyk sekali prkara luar jgkaan yang tjdi padaku kebelakangan ini. Aku tidak mampu mencari jawapannya kenapa dan apa hikmahnya. Aku masih bfikir dan bfikir sehingga sekarang. Sejak beberapa bulan yg lalu, aku kehilangan insan2 yang kurasakan dekat dihatiku satu persatu. Meskipun zahirnya, agak jauh aku dgn 'insan2' itu, tp mereka benar2 dekat dgnku. Walaupun mngenali mereka hanya sekadar beberapa ketika, kesannya amat dalam buatku. Sehinggakan bila dimaklumkan tentang 'pemergian' mereka, aku tidak tahu apa yang harus ku buat. Hati terasa sebak. Aku agak terkilan tidak dapat menemui mereka sebelum itu. Bnar sungguh ungkapan 'kita hnya menyedari betapa bhrganya seseorang pada kita itu bila kita kehilangannya'. Teringat antara ungkapan hadis yang sering dinyatakan oleh insan-insan pilihanNya, cara ilmu yang haq diangkat ke langit ialah dengan menjemput 'mereka' yang bertuah lebih awal. Dan itulah jua antara tanda-tanda akhir zaman yang makin jelas dan nyata.

Kulayari blog sahabat lama yang pernah kusebutkan sebelum ini, sahabatku ini menyatakan kerisauan dan ketakutannya mengenangkan hari kiamat. Aku tidak tahu kenapa setiap kali ku menghayati bait-bait katanya, aku tersentuh. Betapa jauhnya aku jika dibandingkan dengan sahabatku ini. Betapa jauhnya aku dariNya. Betapa tersianya masaku selama ini. Ntah berapa banyak lagi yang perlu kulakukan untuk mencapai taraf 'hamba yang benar-benar berjiwa hamba'. Kadangkala kurasakan hatiku terlalu sebak hingga air mata pun tak mampu untuk dikeluarkan. Aku takut aku tidak mampu menjawab soalan-soalnNya kelak. Aku takut aku dijemput dalam keadaan yang lalai, lupa dan leka dengan dunia. Aku takut aku tidak mampu menolong ibubapaku jika mereka yang pergi dahulu dariku. Aku takut apa kulakukan selama ini menjadi sia-sia dihadapanNya.

Apa yang sudah kulakukan sehingga hari ini untuk memenuhi kriteria hamba sejati? Aku tidak dapat menjawabnya. Kenapa aku yang dipilih? Antara soalan yang sering bermain dihati dan minda. Ikhlaskah aku dalam semua yang kulakukan? Cukup ikhlas kerana Allah? Atau ada niat lain? Atau niat menyimpang dipertengahan? Ingin mendapat nama? Ingin dikenali? Ingin disanjung? Ingin mendapat balasan?Astaghfirullah al'azim. Aku takut termasuk golongan itu. Contoh paling senang, dalam mencoret apa jua yang terfikir dalam blog ini, aku selalu teringat kata-kata sahabatku itu, ikhlaskah kita membuka blog ini keranaNya? Ikhlaskah kita menyampaikan segalanya dalam blog ini? Atau ingin menunjuk-nunjuk kebaikan diri kita yang belum tentu baik. Terpukulnya hatiku saat ayat itu terbit semula dikotak mindaku. Ikhlas..ikhlas..ikhlas...niat kena betul kerana Allah. Cakap mudah, tapi dalam hati siapa tahu?

Knapa nak teruskan jadi ahli kompang ip? Kerana Allah kah? Kerana nak tuntut ilmu kah? Atau sekadar nak jaga hati kawan, atau ada niat lain yang jauh lebih menyimpang.. Kenapa sanggup terima tugas itu ini sehingga diri rasa tak mampu nak handle semua? Ikhlaskah hati nak buat semuanya? Atau sekadar nak tunjuk diri mampu buat semuanya? Bngga dengan pujian orang yang kita mampu buat itu ini, kita boleh diharap..Astaghfirullah..

Kenapa pergi masjid hanya selasa dan khamis? Takut dgn HEP..Tapi tak takut dgn Allah. Kenapa bckap dan berjumpa dgn yang ni tak boleh, yang tu boleh, berduaan pula..? Kenapa boleh berhubung dgn yang ini, tapi dgn yang lain tidak boleh? Sebab dia istimewa? Lebih istimewa dari Allah? Astaghfirullah...Nauzubillah.... Kenapa nak sertai pelbagai aktiviti dan program luar sedangkan kerja, tugsan, assignment di ip berlambak dan tak siap walau berminggu-minggu tempoh diberi? Niat tu betulkah ikhlas kerana Allah? Atau nak tunjuk diri alim? Astaghfirullah..Cukup terjagakah 5 waktu? Cukup sempurnakah solat fardhu dan solat sunat? Cukup sempurnakah ilmu kita? Cukup baikkah kita?

Kenapa nak tegur orang slah tapi tak tengok diri sendiri salah? Kenapa berani nak betulkan org lain kalau diri pun tak betul? Kenapa berani cakap tapi tak berani buat? Kenapa nak pimpin orang kalau diri sendiri tak terpimpin? Nak ajar orang, ilmu didada dan minda pun x sebanyak mana? Aku bukan lulusan sekolah agama, tak pernah masuk sekolah agama pun,..bukan anak ustaz ustazah, bacaan tajwidku pun tak sempurna lagi..Tak mampu nak dihuraikan semua persoalan yang bermula dengan 'kenapa'..Terlalu banyak..Aku takut sekali dgn soalan itu. Takut ada yang mengenaiku. Dan hakikatnya memang ada pun.

Masaku sudah terbuang begitu banyak sebelum ini, aku takut ia terbuang dengan sia-sia lagi pada masa akan datang jika ada lagi kesempatan. Aku tidak ingin melalui hidupku pada masa hadpan seperti sebelum ini, terumbang-ambing dalam mencari makna kekosongan hidup yang kurasakan bertahun-tahun. Aku ingin maju setapak ke hadapan, keluar dari kekosongan itu, tapi acapkali aku merasa diriku tenggelam dalam kalangan insan-insan hebat yang jauh di depanku dan tinggi di atasku. Aku bukan siapa-siapa untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama mereka. Aku takut niatku terpesong bila aku sudah satu langkah ke hadapan. Aku takut aku makin jauh dariNya dalam usaha utk mendekatiNya. Aku takut, dlm kesibukan mengejar program luar, ruang masaku utk sujud padaNya semakin terbatas. Dlm kesibukan mengikuti aktiviti, aku lalai utk mengingatiNya. Aku takut pujian, kata-kata pengharapan dari insan lain membuatku lupa di mana ku berpijak, siapa diriku dan apa matlamatku. Dlm usaha berbakti kepada masyarakat, aku takut aku lupa berbakti pada insan yang terdekat denganku iaitu keluargaku sendiri.Dgn ilmu yang sedikit, iman senipis kulit bawang, amalan ibarat hembusan angin, aku takut tidak mampu berhadapan dengan kebenaran pada masa hadapan. Astaghfirullah..

Sahabatku..saudaraku..maafkan diriku andai teguranku selama ini menyinggung, menyentuh jiwa dan menyakitkan hati kalian. Ketahuilah..aku hanya cuba melaksanakan tanggungjawabku sebaik mungkin sebagai insan yang turut ingin memperbaiki diri. Aku juga tidak sebaik mana, tidak mngkin sempurna dan alim jauh sekali..Jngn terlalu mengagungkan ciptaan sehingga lupa pada Sang Pencipta. Jgn asyik dgn dunia hingga lupa akhirat. Jgn asyik dgn nikmat hingga lupa untuk bersyukur.. Sentiasalah bersyukur dan ingati 5 prkara sbelum ia ditarik balik..Betulkanku andai ku tersilap..


Wallahu'alam..

Friday, August 14, 2009

Siri Pertama Program Adik Angkat SUI Tambunan

Bertuahnya diri apabila dipilih menjadi salah seorang 'kakak' yang akan mengikuti program adik angkat di Sekolah Ugama Islam Sabah (SUIS) Tambunan bermula 18 Julai lalu. Pelatih lain yang turut menjadi Abang dan kakak dalam program tersebut ialah Abang Asdar, Abang Am, Abang Pian, Kakak Aishah, Kakak Ibah dan Kakak Nana serta Kakak Anis ( urusetia jemputan ).Menurut kata seorang ukhtie, nak join program ni kena melepasi kriteria dan syarat tertentu. ( Hehee.. ) Alhamdulillah, aku berjaya melepasinya. Cewahh..
Banyak perkara bermain difikiranku tatkala mnyertai program ini. Aku sendiri mempunyai 4 orang adik, dah cukup baik dan sempurnakah aku membimbing adik-adik sendiri hingga menyanggupkan diri menjadi 'kakak' kepada adik-adik yang aku tidak pernah kenal sebelum ini? Bukan senang nak mendidik insan yang tidak pernah dikenali dan dirapati..Bukan mudah nak mengenali mereka. Bukan sedikit komitmen dan usaha serta pengorbanan yang harus dilakukan. Sedangkan adik sendiri pun belum dapat dikenali 100%..Sememangnya suatu pengalaman yang mencabar, bermakna dan amat istimewa sekali.
Apabila aku menyelami kehidpn adik-adikku satu persatu, ternyata ada lagi yang mempunyai kisah hidup atau latar belakang yang jauh lebih sukar daripadaku. Kehidupan kanak-kanakku dulu tidaklah semanis mana. Sejak kulahir, kesihatanku seringkali terganggu. Mungkin akulah yang seringkali membimbangkan ibubapaku kerana keadaan kesihatanku. Sehingga pernh ibuku berkata, dia tidak memberiku makan ubat-ubatan yang diberi kerana risau melihat ubat yang terlalu banyak yang perlu kuhabiskan pada ketika itu. Aku juga tidak pernah tinggal jauh dari keluarga sejak kecil, hinggakan tinggal di asrama pun tidak dibenarkan walau ketika ku di sekolah menengah.
Namun aku bersyukur kerana Allah masih memberiku peluang untuk hidup sehingga hari ini. Dan menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin. Menyertai kem atau program seumpama ini merupakan kurniaan tak ternilai buatku. Aku mersakan kehidupnku lebih bermakna dengan adanya program ini. Ada antara adik angkatku yang tak berpeluang bersekolah rendah biasa dan ia membuatkan hatiku sebak, terasa ingin membantunya tapi tidak tahu bagaimana. Teringat kepada adikku yang menawarkan diri ingin berhenti bersekolah kerana ketidakmampuan kami saat itu. Betapa bertuahnya aku kerana mendapat peluang bersekolah. Bertemu dengan adik-adik di SUI ini membuka mataku lebih luas tentang realiti kehidpan dunia yang mempunyai kisahnya yang tersendiri. Betapa bertuahnya aku dari sebilangan besar insan lain. Betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan padaku.
Buat adik-adik di SUI, ku ingin membantu mereka, aku ingin melihat mereka berjaya, aku ingin mereka menjadi pewaris generasi cemerlang pada masa hadapan. Aku ingin melihat mereka menjadi khairra ummah yang unggul di dunia dan akhirat. Doakan aku tetap teguh dengan pendirian, matlamat dan impianku...

Memori indah bersama adik-adik







































Inilah kumpulanku bersama 3 orang adik baru yang mesra dan ramah serta kiut-kiut..hohooo...
Dari kiri : Adik Faizah, Adik Biah ,( ehemm..aku..huhu..) dan Adik Fara.
Saiz ku lebih kurang ja dengan mereka..heheh..

Tuesday, August 11, 2009

Cerita semalam..

Bismillah...
Pada 24-26 Julai lalu, Kem Nadi sekali lagi diadakan di Tambunan, sebuah daerah yang mendamaikan dan penuh dengan kisahnya yang tersendiri. Pada mulanya, aku mendapat tawaran untuk menjadi 'fasi' dalam program trsebut. Tawaran yang sememangnya ku nantikan sejak program pertama yang ku sertai 2 minggu sebelum itu.

Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya apabila dimaklumkan program big bagi bach kami diadakan pada masa yang sama. Alangkah kecewanya diriku. Program big yang merupakan program wajib dan memberi kredit kepada setiap pelatih memaksaku menguntum senyum dalam kepayahan mencari pengganti terbaik yang akan menggantikanku dalam kem tersebut.

Aku cuba meredakan hatiku dengan mengingati semua ketentuan Allah ada hikmahnya. Mungkin saat ini aku patut memberi peluang kepada orang lain untuk merasai keistimewaan program sedemikian, seperti yang kurasai dalam program sebelum ini. Pada saat akhir, yakni bebebrapa hari sebelum hari tersebut menjelang, sekali lagi dimaklumkan bahawa program big bach kami ditunda ats masalah tertentu. Ternyata kesabaranku teruji sekali lagi. Pada masa itu, seorang ustzah menghubungiku dan menawarkn kepadaku untuk menyertai Kem Bestari Solat yang akan diadakan pada 25 Julai. Ya Allah, hatiku berbunga semula. Ternyata Allah mengatur semuanya untukku dengan cukup cantik sekali. Subhanallah..Aku tanpa segan silu memberi persetujuan dan mencari pelatih muslimah yang ingin menyertaiku.

25 Julai 2009, aku bersama dengan Kak Aishah, Kak Ibah dan Kak Cung ( Helsiah ) dijemput dengan bas sekolah bersama-sama dengan beberapa murid lain. Pengalaman yang tak mungkin akan kulupakan. Buat pertama kali ku menjejakkan kaki ke Sk. Patikang Laut yang selama ini hanya biasa ku dengar ditelinga. Kank-kanak yang agak aktif dan amat ceria mengubati hatiku dari kekecewaan tidak dapat menyertai kem Nadi di Tambunan. Mereka senang menerima dan padaku, mereka perlu lebih didedahkan dengan kem seperti ini. Fikiran, hati dan jiwa mereka masih terlalu bersih dan mudah dibentuk.

Buat pertama kali, adik-adikku semuanya kaum adam yang merupakan murid tahun 5 iaitu Adik Syahir, Adik Husin, Adik Shafie, Adik Ridzwan dan Adik Johari. Semuanya kacak2 belaka ( hehe ) Pada mulanya, mereka agak malu namun setelah beberapa ketika, terasa telah lama kenal antara satu sama lain. Mereka mudah menerima segala yang disampaikan dan amat melucukan. Hatiku riang bersama mereka yang seringkali mencuri tawaku.

Di kesempatan itu juga, kami cuba menerapkan amalan zikir sambil paut bahu rakan, jenis tepuk dan beberapa peraturan yang kami pelajari dalam kem Nadi yang kami sertai. Melihat kesungguhan dan keceriaan mereka, hatiku terusik teringat kepada adikku dirumah. Teringat kepada kesungguhan dan pertanyaan-pertanyaan adik bongsuku berkenaan agama. Hanya Allah yang mengetahui betapa dlamnya sayangku padanya. Aku ingin melihat dia menjadi muallim yang teguh dijalanNya dan cemerlang dunia akhirat. Demikian juga harapanku pada adik-adikku yang lain. Petang itu, saatku pulang kerumah, hri telah menjelang gelap. Aku disambut dengan wajahnya yang bersih bersongkok, tahulah aku dia baru sahaja menunaikan solat maghrib dan dia memberitahu padaku, " Jangan risau, kelmarin( semalam ) aku p solat jumaat.." Aku tertawa. Seakan dia tahu bahawa aku ingin bertanya padanya soal itu.
Mohd Safy ( Ade )
Seketika terlintas dihatiku ucapan yang dilontarkan oleh Ukhtie Aishah, cukup baikkah, cukup sempurnakah solat kita hingga kita menyanggupkan diri menjadi pembimbing adik-adik dalam Kem Bestari Solat ini? Solat sendiri pun kita tidak dapat pastikan kesempurnaannya. Terasa diri ini begitu kerdil dan lemah serta penuh kekurangan. Seorang ukhtie juga berkata tidak ingin menyertai kem ini pada mulanya kerana merasa tidak layak. Namun, akhirnya berubah fikiran. Alhamdulillah. Kalau dilihat dari sudut kelayakn, semestinya aku juga tidak layak. Berbanding mereka yang lebih mendalami agama, yang berlatarbelakangkan sekolah agama, aku berada pada senarai terbawah. Bagiku, Allah memberiku peluang ini supaya aku dan sahabat yang lain dapat berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Dalam masa membimbing solat adik-adik, secara tidak langsung, aku mempelajari banyak perkara baharu. Apatah lagi semua fasi lain yang terlibat merupakan ustaz ustazah yang jauh lebih berpengalaman dan berpengetahuan.

Sering aku tertanya-tanya, mengapa aku yang mendapat peluang ini?Aku tahu dan ku sedar, diriku tidak sebaik mana, tidak mungkin sempurna dan seperti yang pernah ku kata sebelum ini, alim jauh sekali. Bagaimana mungkin manusia yang tidak mempunyai apa-apa sepertiku mampu dan layak untuk mendidik dan membimbing adik-adik yang fikrahnya masih terlalu suci. Mmetik kata-kata seorang akhi, 'bagaimana aku yang banyak dosa nak mendidik adik-adik yang bersih, suci daripada dosa?" Persoalan yang menusuk jauh ke lubuk hati.

Kem tersebut berakhir pada kira-kira jam 5. Kerjasama dan komitmen semua fasi amatlah membanggakan. Apapun, kem ini meninggalkan sejuta kenangan dan cetusan yang amat berharga buatku dalam ushaku melalui hari-hari dalam kehidupanku dengan lebih baik dan bermakna. InsyaAllah, jika ada kesempatan pada masa akan datang, aku pasti berbesar hati untuk menyumbangkan dan mendapatkan sesuatu daripada program seperti ini. Seperti yang selalu diucapkan oleh insan-insan pilihan Allah, 'fikirlah apa yang telah anda sumbangkan untuk agama selama hidup 19, 20, dan berpuluh-puluh tahun hingga hari ini'. Aku juga ingin menyumbang sebanyak mana yang ku termampu agar Islam kembali tegak dibumi ini. Doakan diriku agar ku terus kuat menghadapi hari-hari mendatang...

Bersatukah kita?

Baru seketika tadi, sahabatku meluahkan rasa hatinya tentang kepayahan dan kesusahan menjadi ketua opsyen. Terbit rasa simpatiku padanya. Apa yang boleh ku lakukan untuk menolongnya? Aku turut merasa kesusahan itu. Aku juga pernah merasa kesusahan itu. Aku turut mengetahui macamana susah dan sukarnya hendak menyatukan rakan-rakan yang berbilang kaum dengan padangan dan isi hati yang berbeza. Semasa menjadi ketua opsyen pada semester lalu, kepalaku pusing dan bingung hendak menguruskan perangai tiap seorang ahli kelas. Jika diturutkan yang ini, yang itu membangkang. Jika diturutkan yang itu, yang ini bising, mengatakan aku tidak adil, berat sebelah dan membuat keputusan untuk kepentingan kumpulanku. Sering sahaja stress dengan tingkahlaku kawan-kwan yang sukar bertolak ansur.
Aku sering terfikir, senario yang berlaku itu hanya dalam kumpulan yang kecil, dalam lingkungan 24 orang. Namun, impaknya sangat besar. Pernh suatu ketika dulu, timbul salah faham antara kami kerana perpecahan dan sikap pentingkan diri sehingga timbul rasa tidak puas hati beberapa orang. Kumpulan kecil seperti ini jika digabungkn beberapa kumpulan lain, di institut lain, di negeri lain akan menjadi kumpulan besar. Jika setiap kumpulan kecil mengalami masalah yang sama iaitu untk bersatu dan bertoleransi, bagaimana agaknya keadaannya dalam kumpulan yang besar?Dalam dunia global yang serba moden, seharusnya masalah ini tidak timbul kerana sepatutnya setiap makhluk bernama manusia ini turut maju fikiran dan akhlaknya.
Kita singkap pula keadaan masyarakat Islam hari ini dalam skop yang lebih luas. Isu Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan, Selatan Thai, Kashmir dan di segenap pelusuk dunia bukan suatu isu yang baru. Misalnya isu Palestin, kenapa isu yang menyedihkan ini berlarutan sehingga kini? Ia bermula sejak 1948 namun sehingga hari ini, tahun 2009 belum ada penyelesaian yang sepatutnya. Besar sangatkah Israel? Banyak sangatkah Yahudi? Kuat sangatkah mereka? Cuba kira, berapa nisbah jumlah kita dengan mereka? Israel dan Palestin dikelilingi oleh negara Arab yang mengaku sebagai negara Islam namun apa yang mereka lakukan? Usah kata mereka, tengok pada kita sendiri? Apa yang kta lakukan untuk membantu mereka? Beli barangan mereka? Sokong PBB? Sokong AS? Bergaduh semata-mata untuk mendapatkan kerusi politik? Hantar pasukan tentera? Kempen? Rata-rata belia kita hanya duduk ditepi jalan, main skateboard, merokok, dating, berjoli di pusat hiburan, merempit, bohsia, bohjan dan sebagainya.
Umat Islam dalam negara Islam sendiri berpecah. Jangan kata orang lain, lihat sahaja dlm negara kita. Bertanding untuk mendapatkan kerusi politik, ada yang menggunakan nama agama, saling hina menghina, bilalah semua itu berakhir?
Kita telusuri pula keadaan dalam Palestine yang tidak habis dengan persengketaan antara Hamas dan Fatah. Keduanya menganut agama yang sama, tapi perjuangan atas dasar yang berbeza. Apa yang kuingin tekankan disini, perjuangan atas nama agama, atas nama Allah itulah yang akan menang tidak kira siapa dan bangsa yang berjuang. Jika Fatah berjuang untuk negara yang bebas dan berdemokrasi, Hamas berjuang untuk memartabatkan Islam di negara itu. Mereka berjuang kerana Palestin adalah negara Islam. Baitul Maqdis adalah hak milik umt Islam,itulah yang mereka perjuangkan.
Kenapa negara yang hebat seperti Mesir tidak dapat berbuat apa-apa? Kerana mereka juga bergantung sepenuhnya kepada AS, tulang belakang kepada Israel.Jika mereka bergerak untuk bangkit membantu Palestin, bila-bila masa sahaja Mesir akan jatuh dari segi ekonomi terutamanya. Kenapa Arab Saudi hanya lantang bersuara namun tidak bertindak lebih jauh? Kerana mereka juga bergantung kepada AS. Negara yang kaya minyak tapi masih bergantung kepada psaran dunia yang dikuasai AS. Kasihan juga kita. Negara Islam dikurniakan dengan kekayaan yang pelbagai, namun dieksploitasi oleh sesetengah individu untuk kepentingan peribadi.
Renung sebentar, penghuni Israel, biarpun terkenal dengan sikap kedekut, namun apabila dilaungkan untuk kepentingan bangsa Yahudi, dalam masa beberapa jam sahaja mereka mampu mengumpul dana beratus ribu malahan jutaan dolar. Bandingkan dengan kita, untuk program di masjid ataupun surau sekalipun diumumkan di corong mikrofon, poster dan sebagainya, dlam masa seminggu belum tahu mencecah ratusan ringgit. Alangkah kedekutnya kita untuk membantu agama....

to be continue..

Thursday, August 6, 2009

Budaya Hedonisme Menguasai Masyarakat

Sedarkah kita dizaman yang serba canggih ini, sebenarnya kita semakin menuju ambang kejahilan sekali lagi? Jahil dari segi nilai, akhlak apatah lagi agama.
Sedarkah kita bahawa semakin kita mengetahui sesuatu, semakin banyak yang kita tidak tahu dan kita perlu ketahui?
Sedarkah kita, semakin kita menghampiri saat terakhir kehidupan, semakin kita lalai dan jauh dari 'kesedaran' itu?
Hatiku terdetik untuk berkongsi tatkala melihat semakin banyak kerosakan dan musibah yang berlaku saat ini. Teknologi semakin maju kehadapan, namun akhlak semakin mundur kebelakang. Boleh dikatakan zaman jahiliyyah mula mendapat tempat dalam hati setiap yang bergelar manusia pada zaman siber ini.
Salah satu budaya hitam dari barat yang semakin menguasai masyarakat khususnya kaum remaja dan belia kita pada masa ini ialah hedonisme. Nama ja lawa-'hedonisme'- penuh keunikan namun hakikatnya ia merupakan dunia hitam yang membelenggu masyarakat hari ini. Mungkin ramai antara kita yang telah mengetahui tentang budaya ini, dan tidak mustahil juga ramai yang tidak mengetahuinya.
Hedonisme menurut Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup semata-mata. Melalui budaya inilah, matlamat sekularisme pihak tertentu dapat dijayakan. Kebebasan hidup yang ditekankan dalam budaya ini terang-terang menjauhkan manusia daripada Tuhan.

Hedonisme dikembangkan oleh dua orang ahli falsafah Yunani, Epicurus (341-270 SM) dan Aristippus of Cyrine (435-366 SM). Mereka merupakan perintis kepada fahaman hedonisme ini.

Sebenarnya, mereka menganut aliran yang berbeza. Bila Aristippus lebih menekankan kepada kesenangan jasad seperti makan, minum, seksualiti, sebaliknya Epicurus lebih menekankan kepada kesenangan rohani seperti bebas dari rasa takut, bahagia, tenang batin, dan lain sebagainya. Namun, kedua-duanya berpendapat sama yaitu kesenangan yang diraih adalah kesenangan yang bersifat peribadi. Aristipus menyatakan apa yang terbaik untuk manusia ialah kesenangan dan keseronokan. Epicurus pula menyatakan kebaikan tidak mungkin difahami jika unsur kenikmatan dalam hidup ditolak.Dalam fahaman hedonisme masa kini, G.E Moore pula berpegang kepada konsep baik yang bertitik tolak kepada keseronokan.

Budaya ini meletakkan 5 prinsip utama sebagai neraca dalam amalannya, dan prinsip tersebut dengan jelasnya tidak mengakui Tuhan sebagai kuasa Pencipta teragung. Dalam erti kata yang lainnya, manusia yang termasuk dalam dunia hedonisme ini bertuhankan nafsu semata. Hari demi hari yang dilalui hanyalah untuk mengejar kekayaan dunia, bermegah dengan pangkat dan kuasa hingga lupa kepada hakikat kehidupan yang sebenar yakni sebagai hamba Allah yang amat kerdil, hina dan penuh kelemahan. 3 daripada prinsip tersebut ialah

1 ) Prinsip Relative yang menekankan tidak ada suatu konsep dan pemahaman terhadap suatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Maknanya, semua boleh berubah mengikut zaman dan perkembangan ilmu.

2 ) Apa sahaja yang memuaskan hawa nafsu dianggap baik, manakala apa sahaja yang membwa penderitaan dianggap buruk.

3 ) Pilihan majoriti adlah pilihan terbaik kerana majoriti masyarakat merupakan pemutus.

Antara yang amat sinonim dengan budaya ini ialah sambutan pesta thun baru secara besar-besaran yang lebih kepada aktiviti konsert, penyalahgunaan dadah, sambutan ulang tahun yang membazir dengan tempahan itu ini dan mengundang artis untuk mengadakan persembahan, gejala sosial seperti pergaulan bebas, bidang seni dan perfileman yang seringkali disalahguna, korupsi atau rasuah yang berleluasa.

Ramai anak muda lebih suka menghadiri konsert dengan muzik hingar bingar yang membingitkan daripada mendengar alunan suci Al-Quran. Terkinja-kinja dibwah pentas hingga lupa 5 waktu solat fardhu yang berlalu begitu sahaja. Masa terbuang begitu sahaja dipusat-pusat karaoke, laungan azan yang berkumandang di masjid berdekatan terasa menyakitkan telinga. Artis luar negara dengan apa entah cara pemakaiannya dijemput dengan belanja beratus ribu malah berjuta, tapi belanja untuk perbaiki masjid berat untuk dikeluarkan. Belanja untuk mengadakan ceramah atau aktivti bercorak keagamaan terasa membazir. Ada yang lebih teruk, lebih suka berpegangan tangan atau lebih daripada itu, dengan teman wanita / lelaki, padahal ibu ayah atau adik beradik sendiri, nak pandang pun haram. Nak salam, cium tangan ibu ayah pun berat hati tapi sebaliknya dengan yang bukan muhrim, hati bukan main besar.

Lihat sahaja kemajuan di negara barat, khususnya AS, dalam keegoannya menongkat muka dan mengangkat diri di mata dunia, dalam masa yang sama, kadar jenayahnya berlaku tiap saat. Majalah mingguan Inggris Sunday Times menulis, “Meskipun AS memiliki 440 ribu polisi persekutuan, setiap jam terjadi dua kali pembunuhan, 194 kali pencurian bersenjata, 10 kali pemerkosaan terhadap wanita dan anak-anak, dan 600 kali pencurian di rumah-rumah.” Dalam keadaan masyarakat seperti ini, langsung tidak ada ertinya kemajuan dunia mereka kerana hakikatnya mereka mundur dari segi akhlak. Pnghasilan filem aksi yang tidak ada batas dan sempadannya amat besar pengaruhnya terhadap semua yang terjadi.

Betapa ruginya zaman muda yang tersia begitu sahaja dengan perkara-perkara tersebut. Kejahilan yang semakin ketara terlihat pada masa ini entah bila akan berakhir. Cuba sahaja lihat di setiap lorong jalan hari ini, anak-anak muda berkeliaran di jalan dengan aktiviti masing-masing, melepak tanpa tujuan, menghabiskan wang dan masa di pusat video dan keluar berduaan dengan pasangan yang bukan muhrim. Cuba kira berapa ramai yang menghabiskan masa di surau atau masjid mendengar kuliah yang menyentuh rohani, mendalami ilmu agama dan membuka mata hati untuk melihat semua kemungkaran dalam budaya hitam ini. Berapa ramai anak muda yang ada di dalam saf tatkala masuk waktu solat fardhu?

Apa yang kita utarakan lazimnya memantul semula ke dalam diri. Justeru itu, kukongsikan semua ini bukan kerana ingin menunjuk diri ini cukup baik. Tidak sama sekali. Perkongsian ini adalah hasil pengalaman yang kulalui sendiri agar kita sama-sama sedar dan berusaha untuk memperbaiki diri selagi ada kesempatan yang dikurniakanNya.

Hakikatnya, kebanyakan kita dikurniakan mata, tapi tidak melihat, dikurniakan telinga tapi tidak mendengar, dikurniakn hati tapi tidak merasa, dan dikurniakan mulut namun disalahguna hingga terlebih bercakap perkara yang sia-sia..

Wednesday, July 29, 2009

Wednesday, July 22, 2009

Terima Kasih yaa ' Abdullah'...

Alhamdulillah,masih bernafas lagi aku hari ini. Walaupun kurang sihat ( diserang demam ), aku bersyukur kerana masih boleh berdiri dan berjalan seperti biasa. Sejak semester lalu, kesihatanku agak merosot, entah kenapa..kerapkali diserang demam. Banyak perkara luar jangkaan yang berlaku kebelakangan ini.Mungkin dosa dah bertimbun, sehingga Allah menegurku dengan cara ini. Syukur alhamdulillah...Semua yang dikurniakan dariNya merupakan yang terbaik buat kita jika kita melihatnya dari sudut yang positif.
Baru seketika tadi, aku membuka blog seorang sahabat yang lama dah tak kutemui. Perkenalan dengannya walau hanya setakat lebih kurang 2 minggu, namun memberi kesan yang amat mendalam buatku kerana daripadanya, aku belajar banyak perkara baru mengenai gerakan Islam khususnya.
Aku mengenalinya semasa ku berada dalam semester kedua dalam pengajian Pra Pismp tahun 2008 semasa ku menyertai suatu program BPG diluar institut. Terus terang ku katakan, aku sangat kagum dengannya kerana sifat kepimpinan Islam begitu jelas dalam dirinya. Setiap tutur katanya jelas menampakkan impiannya yang tinggi untuk melihat Islam kembali bertapak kukuh di bumi ini. Sahabat ini gemar menganalisa politik sehingga dia diserang oleh teman-temannya dan para pensyarahnya kerana kelantangannya bersuara menegakkan pendiriannya.
Aku sendiri mengatakan padanya bahawa aku tidak minat pada politik, namun dia berkata politik Islam itu bersih, hanya manusia yang mengotorkannya. Dan kerana itu, kni aku sudah mula berjinak-jinak mengenali dan menganalisa politik. Walau tidak sehebat beliau, sekurang-kurangnya aku telah mempelajari benda baru daripadanya. Hamba Allah itu juga yang menyarankan kepadaku agar melibatkan diri dengan usrah dan pergerakan Islam lain jika ingin belajar lebih banyak mengenai Islam.
'Usrah'? Sejujurnya, itulah pertama kali aku disarankan dengan usrah. 'Apa itu usrah'? tanyaku. Perbincangan dengannya yang hanya berlangsung bbrapa minit hari itu menyuntik semangatku untuk belajar lebih banyak mengenai Islam. Begitu cantik takdir yang Allah tentukan buatku. Dari seorang yang kosong, Dia pertemukanku dengan seorang hambaNya yang berjiwa besar agar ku tahu bahawa Dia sentiasa menyediakan yang terbaik buat hambaNya yang benar-benar gersang mencari kebenaran.
Dari perawakannya, kudapat rasakan betapa dalamnya tarbiyyah Islam yang ditanamkan dalam dirinya oleh kedua ibubapanya. Perkongsiannya dalam salah satu penulisannya mengenai ibunya amat menyentuh hatiku. Baginya, ibunya adalah kawan, sahabat, ibu dan kekasih. Secara tidak langsung, timbul rasa kagum dihatiku terhadap insan solehah yang diceritakan oleh sahabatku itu. Membesar dalam suasana tidak Islamik, namun beliau dapat mendidik anak dalam suasana tarbiyyah Islam dengan cukup baik. Subhanallah..Terbit persoalan dari dasar hatiku, apakah aku mampu menjadi seperti ibu sahabatku itu? Lahir dan membesar dalam suasana yang tidak Islamik namun berjaya membentuk keluarga yang terdidik dengan suasana Islam? Apakah umurku sampai ke tahap itu? Apakah aku akan terus kuat untuk memperjuangkan semua yang telah ku usahakan selama ini?
Bagiku, segala ketetapan Allah cukup cantik buatku. Mengapa aku ditakdirkan menjadi pelatih di IPGM ini? Mengapa aku ditakdirkan menjadi guru? Suatu kerjaya yang tidak pernah kubayangkan dahulu.Mengapa tidak dalam bidang sains atau perubatan khususnya..yang amat ku minati sebelum ini? Mengapa antara semua adik beradikku, aku seringkali dikatakan harapan keluarga? Padahal aku tidak memiliki apa-apa kelebihan berbanding yang lain. Aku sendiri tidak mampu menjawabnya. Apa yang ku pasti, Allah lebih tahu mengenainya. Saat aku masih di awang-awangan dan merasakan 'kekosongan' itu, Dia memberiku jalan untuk mendapatkan 'penawar' bagi 'kekosongan' itu. Dia mempertemukanku dengan hamba-hambaNya yang terpilih untuk menyuntik semangat dan motivasi diriku agar tidak mudah menyerah dan terus istiqamah, selain yakin dengan ketentuanNya.
Kadangkala aku juga terasa seperti ingin tersungkur dalam hidup ini, kerana semakin banyak yang dipelajari dan diketahui, semakin banyak yang perlu dilakukan. Semakin besar tanggungjawab, semakin banyak ruang untuk melakukan dosa akibat ketidakmampuan melaksanakan sebaiknya semua tanggungjwab itu. Dan tidak kurang juga terasa semakin jahil diri ini. Sudahlah kurang ilmu, kurang pengalaman, amalan lagilah kurang.
Betapa sakitnya dan sedihnya hati bila melihat keluarga sendiri mengabaikan nilai Islam, cara hidup Islam. Adakalanya terasa diri ini hipokrit, dilantik menjadi timbalan unit dakwah dan tarbiyyah dalam biro , tapi dalam masa yang sama, orang terdekat yakni keluarga sendiri, tidak mampu untuk ditarbiyyah, dididik dan didakwah sebaiknya. Terasa diri ini benar-benar kosong.
Namun, seperti kata sahabatku, aku tidak boleh berhenti setakat disini. Ujian itu tarbiyyah dariNya untukku. Agar aku lebih mengerti hakikat kehidupan..Kerana kehidupan didunia umpama penjara bagi orang mukmin, sebaliknya ia umpama nikmat yang penuh keindahan bagi orang yang lalai. Terima kasih saudaraku, jazakallah...Moga redha Allah sentiasa mengiringimu, dan semoga engkau tetap istiqamah dalam perjuanganmu memartabatkan Islam dalam hati setiap insan.InsyaAllah.

Friday, July 10, 2009

Para fasilitator

Belakang ( dari kiri ): Abg Syuk, Abg Am, Abg Azam, Abg Pian, Abg Dar, Abg Ateh, Ust Idris
Depan ( dari kiri ): Kak Nurul, Kak Shu, Kak Yati, Kak Aisyah, Kak Para, Kak Pija, Kak Ani ( thats me..hehe..), Kak Fida

Wajah-wajah Kem Nadi '09





'Pocong' hidup yang terpaksa dilindungi
dengan plastik daripada terkena hujan gerimis.







Salah seorang fasi, Abg Pian yang menjadi model kepada jurumekap yang amat berbakat. Tetap cool dan macho Abg Pian..!








Saat Perpisahan menjelang. Keakraban antara kakak dan abang bersama adik-adik masing-masing. Suasana sedih menyelubungi setiap peserta dan fasilitator. Seakan tidak ingin untuk berpisah.( kelihatan Abg Azam ( bawah ) dan Kak Yati ( atas )memeluk erat adik masing-masing. )






Hidangan yang tercipta hasil kreativiti adik-adik bersama Abg Syuk dalam sesi ' Makanan Survival'.









" Pijak kuat-kuat. Barulah cepat pecah! Macam ini.." Abg Pian memberi kata-kata semangat berbaur arahan kepada adik-adiknya yang teramat lasak.




Abg Am yang amat rapat dengan adik-adiknya. Pergi kemana pun pasti ada bodyguard cilik yang aktif.







Kak Para yang amat ceria dan bersemangat dalam setiap sesi menjadikan kumpulannya dinobatkan sebagai kumpulan paling ceria dan bersemangat.





Suasana solat berjemaah yang menyejukkan pandangan. ( Suasana yang agak sukar dilihat di IPGM sendiri terutama dalam jumlah yang ramai seperti ini )