Saturday, July 4, 2009

Qiamullail masa Kem NADI..

Alhamdulillah, masih bernafas lagi diri ini pada pagi ini..Hari ini, ku nak sambung cerita pasal kem NADI di Tambunan hari tu. Kali ni, ku nak sentuh bab qiamullail yang menjadi sebahagian dari program kem tu.
Secara jujurnya, dalam byk2 kem yang pernah kusertai, baru kali ni merasa qiam dalam progrm ni. Sebelum ini, awl bangun dalam kem pn sebab nak solat subuh. Itulah istimewanya program Nadi ni. Dlam Kem Kepimpinan Al-Falah yang sebelum ni ku sertai pun tak da qiam. Hari pertama tu, kami tidur lebih kurang jam 12.30 tgh mlm. Tu pun tidur tak lena, kejap jaga, kejap tdur. Bru ja melelapkan mata, da tjga semula. Lebih kurang jam 3 kami semua bangun. Tu pun sebab ada peserta yang da bangun.. Baru ku terjaga.

Biarpun da biasa tidur singkat ( terutamanya bila nak siapkan assignment..kdg2 tak tidur langsung sebab siapkan asgmnt last minit..hehe.. ), tapi suasana dalam program yang masanya terlalu 'fit' , mmg tak ble lari dri perasaan letih. Sebaik ja semua da bangun, kami semua berkumpul dan bergerak bersama menuju ke masjid pekan Tambunan yang terletak kira2 300 meter dari 'penginapan' kami..:))

Masa tu, rasa kantukku masih menguasai diri sampaikan nak berjalan pn rasa mcm dlm mimpi. Alunan zikir oleh adik2 peserta mengejutkanku acapkali ku merasa ku hendak tertidur dalam perjalanan. Subhanallah..aku tak dapat menggambarkan bagaimana perasaan ketika itu.

Qiam pagi itu di ketuai oleh Abg Ateh sendiri. ..Sesekali, rasa kantukku menyerang walaupun ku sudah berwudhuk sebelum itu. Dan aku tak dapat mengikuti qiam tersebut 100 peratus. Alangkah ruginya..mengantuk punya pasal, tengah berdoa pun ble tertidur..Apa yang jelas ku ingat, lafaz istighfar yang amat mngharukan...Dlm rasa mengntuk yang amat sgt, hatiku tetap tersentuh mendengar lafaz istghfar Abg Ateh, dan hatiku sebak kala itu. Sedar bahawa diri ini terlalu banyak dosa sampai tak terhitung lagi..Ntah sok ada lagikah ruang dan peluang untukku mnebus dosa2ku..

Ya Allah..sakitnya, peritnya hati bila dibebani dgn dosa2 lalu..Buat baik mcm mana pun, rasa tak tertebus semua dosa itu. Saat qiam pagi itu berakhir, aku merasa amat rugi sekali kerana tak dapat mengikuti qiam itu sehabis baik. Ntah bila ada lagi peluang untuk mengikuti qiam seperti itu..Teringat pula kat Ust Shukri yang membuatku sayu dgn bacaannya dalam solat terawih beberapa tahun lalu. Lama da tak jumpa dia, doaku semoga dia sentiasa diredhai dan dilindungi Allah..

Muhasabah diri selalu, itu yang selalu ku tekan buat diri sendiri. Ku tahu dan ku sedar, diriku bukanlah sesempurna mana, tidak sebaik mana, dan alim jauh sekali. Tapi aku akan cuba berusaha memperbaiki diriku setiap masa. InsyaAllah..Masa yang tinggal terlalu singkat dan aku sendiri tidak tahu dapatkah aku melalui 10 tahun lagi, 5 tahun lagi, sebulan atau sehari malah sesaat lagi..Masih terlalu banyak yang perlu ku perbaiki dan kadang2 ku juga merasa seperti tidak mampu menghadpi semuanya lagi. Tapi, bila ku teringat, putus asa bukan akhlak seorang muslim, hatiku serba sedikit bertambah kuat..Alhamdulillah.

Doa dan harapanku, Allah memberiku peluang dan ruang untuk sentiasa mencapai yang terbaik dalm hidup ini. Dan aku sentiasa menanti peluang untuk mengikuti sesi qiam yang begitu menyentuh hati seperti hari tersebut..

to be continue..

Janji Tuhan Pasti Berlaku

Oh alangkah indah hidup ini

Bila Islam bersinar kembali

Cahaya iman menyuluh tiap sanubari

Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia

Sunnah Rasul memandu langkahnya

Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya

Kebatilan tiada tempatnya


Telah lama dinantikan

Bara Islam marak semula

Manusia kegelapan

Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu

Janji Tuhan pasti berlaku

Di dunia bahagia

Syurga Tuhan kekal selamanya


Pada Tuhan doa dan harapan Daulah Islam seluruh dunia Selamatkan kami umat di akhir zamanPada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara


by Shoutul amal