Assalamualaikum..
Semoga kita semua tetap berada
dalam lindungan dan rahmatNya..
Em…ini lah ceritaku setelah
sekian lama menyepi…
Suatu ketika dulu, aku begitu
teringin untuk berdikari dan hidup di perantauan…apabila menerima tawaran
memasuki IPG di Keningau, aku sangat bersyukur, namun pernah juga terdetik di
fikiranku..kenapa di Keningau, tidak ditempat lain yang lagi jauh..
Namun kini, segala-galanya seakan
terbalik..setelah menamatkan pengajian di IPG dan menerima penempatan di Pulau
Banggi sebagai guru interim, aku terkedu. Hanya mampu tersenyum dan
mengucap..moga Allah menguatkanku dan memberiku petunjuk untuk semua itu.
Jujur, aku tidak pernha terfikir untuk berkhidmat di kawasan pulau..apa yang
sudah ter’set’ di minda ialah kawasan hutan..jalan pula laluan lori balak…dan
aku mempersiapkan diri untuk itu…malah aku juga sukakan suasana hutan yang
bakal kudiami..apabila aku dan rakan-rakan memperkatakan tentang hal ini, pasti
terungkap kata-kata, “masa temuduga mo masuk IP..kalau ditanya sanggup dihantar
ke dalam hutan..semua jawab sanggup..dengan penuh semangat lagi…tapi sekarang
bila dihantar ke pulau, terus diam nda dapat cakap apa-apa tapi hati mau minta
pindah terus, sebab masa temuduga nda pun di tanya kalau kena hantar di pulau
amacamana?”hehe..
Kini, aku sudah mula berkhdmat di
Pulau Banggi…SK Lok Tuhog, Banggi, Kudat..sekolah yang terletak di
tengah-tengah kampung, di persisiran pantai..sepertimana sekolah-sekolah luar
bandar yang lain, kemudahan di sekolah ini juga agak kurang..termasuk tempat
penginapanku di rumah guru lama yang boleh dikatakan usang..
“Tahniah dan selamat datang..khidmat
anda sememangnya diperlukan di sini.” ucap bekas rakan sekolahku yang juga
bertugas di Pulau Banggi, tapi berlainan sekolah. Rakan ini sudah berkhidmat di
Pulau Banggi sejak kira-kira dua tahun lepas.
“Tahniah..bertebaran berkhidmat
kerana Allah…moga dipermudahkan..”demikian pula sokongan dari naqib atawa tok
guruku..
“Hati-hati di sana..ok juga di
sana..tapi cubala minta pindah awal..lepas 6 bulan..cuba minta pindah..”ujar
makcikku pula.
“Nda boleh minta tukar ka? Cuba
merayu..” bapa pula sedikit memprotes tentang penempatanku yang baginya terlalu
jauh dan merbahaya, apatah lagi dalam suasana hangat tentang isu
penceroboh..kerana Kudat antara termasuk zon yang berpotensi untuk
di’merah’kan.
“Kenapalah kau kena di
sana..”sepupu-sepupuku pula mengeluarkan bicara.
Bukan sedikit, tetapi banyak lagi
..baik kata-kata positif yang mendorong, menyokong dan mendokong, dan tidak
kurang juga yang menakutkan, mengurangkan semangat dan memberatkan hati untuk
pergi. Sepupu-sepupu, terutama yang rapat denganku memang terkejut
besar bila dapat tau yang aku bakal mengajar di Pulau Banggi…semua
menyarankanku untuk mohon pindah seawal mungkin. Demikian juga pakcik dan
makcikku…dan ku kira bapa adalah orang yang paling sibuk bertanya di sana sini
tentang status dan keadaan proses penempatanku. Kalau boleh merayu untuk tukar,
bapalah orang pertama yang menyuruh. Alasannya..kalau terkena jauh tapi masih
dalam kawsan tanah besar (daratan dan bukan pulau), senang untuk pergi balik
tiap hujung minggu..mak pula lebih banyak berdiam..tapi aku tahu jauh di sudut
hati, mak juga risau dan berat hati untuk membiarkan aku pergi sendirian..hati
seorang ibu.. pastinya sukar untuk membiarkan anak perempuannya berkelana di
tempat orang. sedangkan semasa aku menemani seorang sahabat ke semenanjung
sekalipun..beliau menghubungiku saban waktu untuk bertanya keadaanku..itu
berteman..sedangkan yang ini bersendirian..
Untuk pertama kalinya dalam
hdup..aku merasakan diriku menjadi perhatian keluarga..pakcik makcik
menghubungiku, walau semuanya berjauhan…malah datang ke rumah
menemuiku..menghulurkan itu dan ini..memberi semangat, kata-kata perangsang dan
menyatakan mereka sentiasa akan mendoakanku…untuk seketika..aku terfikir..dalam
beratnya hatiku menerima hakikat ini, Allah menghadirkanku para penyokong dan
pendorong yang begitu positif dengan diriku..positif dengan keputusan
penempatanku..yakin akan diriku..
Sementara dalam perjalanan ke
Kudat untuk melapor diri..mereka semua tida putus-putus menghubungiku..sebelum
menaiki feri (bot express) ke Pulau Banggi, mereka turut menghubungi..setetlah
sampai ke Pulau pun mereka terus menghubungiku untuk memastikan aku benar-benar
ok…
“Baik-baik
sana..hati-hati..pakcik sama makcik selalu doakan yang terbaik..moga kau juga
baik-baik saja di sana..” ujar pakcikku.
“Jangan tinggal solat..penting
tu..rajin2 baca ayat pendinding..” ujar makcik-makcikku pula.