Wednesday, September 16, 2009

Coretan Ramadhan...

Bismillah...



Alhamdulillah, sekali lagi aku berpeluang mencoretkan tinta-tinta bahasa yang tak seindah mana dalam blog yang tak seberapa tapi pnuh bermkna ini. Kekangan tugasan yang tak berpenghujung menyebabkanku hanya mampu menyimpan idea perkongsian di dalam minda selama beberapa ketika.


Cuti sudah bermula, syawal mula terasa, ramadhan kian hening dipenghujungnya ( masjid da sepi, barisan saf makin kurang, azan terasa sayup ditelinga..sunyinya..)


Mengimbas kembali usrah terakhir sebelum cuti antara para muslimah, 3 persoalan diutarakan mengenai raya. Bagaimana persiapan raya, apakah pengertian raya dan kenangan semasa raya. Nampak seperti cerita kosong di kedai mamak, namun hakikatnya ia memberi seribu pengertian buat semua yang terlibat saat dan tika itu. Cairan mutiara yang mahal bagi sesetengah orang tumpah juga saat membicarakan topik yang agak santai ketika itu...Banyak kisah tersingkap, banyak memori terluah semula dan terasa seperti semakin mengenali ahli-ahli usrah..Aku juga tidak mampu untuk menjawab spenuhnya 3 persoalan itu kerana ia lebih mengundang lebih banyak kesedihan berbanding kegembiraan..




Azam ramadhan kita..tercapaikah? Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, ramadhan bakal berlalu dan mungkin tidak ada lagi peluang untuk merasainya pada tahun hadapan. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, bagaimana untuk menghuraikan perasaan berada dalam ramadhan tahun ini...




Sayu hati bila mengenangkan ketidaksempurnaan ibadah sepanjang bulan mulia ini. Risau semuanya menjadi sia-sia, hanya merasa lapar dan dahaga tanpa sekelumit pun nilai penghayatan beribadah di sepanjang ramadhan...Dengan kesibukan yang mencengkam diri, ..kebanykan drpd kita sibuk mengejar dunia, hingga terlupa seketika kita berada di bumiNya, bulnNya yang mulia dan meminjam seketika nikmat dunia..




Apapun, kepada semua muslimin muslimat di luar sana, mari bersama-sama kita renungi perjalanan sepanjang ramadhan kali ini. Berjayakah kita dengan segulung 'ijazah' setelah melepasi tempoh pengajian selama 30 hari di Universiti Ramadhan ini? Apakah 'ijazah' itu cuma sekadar 'ijazah belian' atau 'ijazah' yang diperolehi dengan sepenuh kudrat kesungguhan untuk mencapai dan menggapai ketinggian nilai sebuah ramadhan....




Selamat menjalani hari-hari terakhir ramadhan dan bersama-samalah kita mengambil tiap kesempatan dengan menganggap inilah ramadhan terakhir kita...





SALAM AIDILFITRI......


Rapuh by Opick

Detik waktu terus berjalan..
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku..


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya
DiriMu yang bertakhta


Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu...


Bait-bait lirik lagu ni amat bertepatan denganku..dan mungkin juga para sahabat di luar sana...Renungilah..
Sedar2lah...Kita semua ( terutamanya diriku ) sememangnya sentiasa rapuh, langkah sentiasa goyah kerana dunia, kerana angkuh dan sombong mengatakan dunia kita yang punya...Jangan sampai terlupa siapakah kita sebenarnya..makhluk yang lemah yang tak memiliki apa-apa pun..
Andai kata aku tersilap, betulkanlah diriku, andai aku semakin lalai dan leka, ingatkanlah aku.. andai aku ingin tersungkur, bantulah aku..