Sunday, January 24, 2010

Pengalaman baru

" Cuba tengok langit, ada nampak bintang tak?"

" Malam ni gelapla, takda bintang pun.."

" Nampak planet pluto tak?" Soalan yang ku kira amat lucu. Bagaimana mungkin mampu pancaindera mata kasar manusia mencapai ke arah itu, untuk melihat planet pluto yang berjuta2 jauhnya dari bumi.

" Tak da lah.."

" Ok..tak nampak kan? Bandar Keningau nampak tak?"

" Asrama kami bukan menghadap arah bandar. Terlindunglah..tak nampak.."

"Itulah manusia ani. Serba serbi tak nampak. Kenapa agaknya?"

" Hmmm..." Aku berfikir untuk mendapatkan jawapan yang paling tepat.

" Sebab kemampuan kta terbatas. Kita cuma manusia biasa, yang segala-galanya terbatas. Kadang2 nak itu, dapat ini, nak ini, dapat itu. Itulah orang kata, kita ni hanya mampu merancang tapi kita tak dapat nak tentukan ia terjadi atau tak."

Itulah serba sedikit intipati perbualanku dengan seorang sahabat yang amat kuhormati, banyak memberiku nasihat dan peringatan, sentiasa menyokong, menegur dan banyak membantu. ( Moga Allah sentiasa meredhainya)

Namun aku sebenarnya bukan bermaksud ingin bercerita tentang sahabat ini, sebaliknya ingin berkongsi perasaan ( cewah..) mengenai sesi usrah bersama Ustaz Misri dan Ustaz Rosli baru2 ini. Satu perkembangan yang sangat baik kali ini, kerana perjumpaan para nuqaba dihadiri orang kuat Japim khususnya Ustaz Rosli yang baru kali ini dapat ku bercakap 'face to face' dengannya kerana beliau baru menamatkan pengajiannya dan kembali mengajar di Ip Keningau ni. Salah satu harapanku, dapat belajar dalam kelasnya satu masa nanti. InsyaAllah..Untuk minggu ketiga interaksi rasmi di ip, sesi taaruf usrah berjalan dan dalam perjumpaan tersebut, banyak perkara baru diketahui antara kalangan nuqaba yang lain.

Beliau menerangkan thaqafah nuqaba yang paling minimum, dan ia membuatkanku tenggelam dalam kalangan nuqaba yang lain. Memandangkan latar belakang para nuqaba yang semuanya rata2 dari sekolah agama, ijazah dalam pengajian agama( KPLI PAI ), dan terlibat dalam gerakan usrah bertahun2 lamanya, aku hanya mampu bernfas paras hidung orang kata. Sangat2 terasa tak layak dan tak mampu untuk berada salah satu dalam kalangan mereka. Namun seakan-akan beliau memahami hakikat tersebut, katanya kalau sudah terpilih untuk berada dalam kalangan nuqaba, itu tandanya memang layak berbanding yang lain. Hanya terpulang pada kita bagaimana untuk menjadi lebih sedikit berbanding ahli-ahli usrah kita. Kata2 beliau menusuk dalam hatiku. Demikian juga kata Ust Misri yang membuatkanku berfkir banyak kali.

Sememangnya banyak perkara baharu yang dapat diketahui apabila menyertai gerakan usrah. Setinggi manapun belajar, pengetahuan kita sebagai manusia tetap terbatas, justeru jangan pernah jenuh untuk menuntut ilmu dari yang lebih tahu. Kadang2 pasti timbul perasaan bosan untuk belajar kerana kita kena belajar benda yang sama, tapi tak pernah ambil tahu kenapa perlu belajar benda tu.. Satu perkara yang kita mesti ingat, makin banyak belajar, makin banyak yang kita tak tahu dan kena tahu, percayalah..

Dengan adanya perubahan dalam usrah tahun ni, ku harap ia akan berjaya menjadi satu medan yang terbaik untuk mengeratkan ukhwah sesama ummat Islam dan mendapatkan perkongsian ilmu di Ip Keningau ni khususnya seterusnya menyuburkan Islam di bumi keningau ni..Insya Allah..

Teringat mutiara kata yang disampaikan oleh salah seorang pensyarah, ' sebaik-baik ingatan adalah tarian-tarian tinta', membuatkanku ingin menulis seberapa banyak yang boleh kukongsikan untuk tatapan semua, dengan harapan ia memberi suatu pengajaran untuk semua, agar dalam masa yang sama aku sentiasa mengingati dan berusaha mengamalkan apa yang kupelajari..

Kesimpulannya, aku tidak sabar menanti pertemuan para nuqaba yang seterusnya...

Assalamualaikum....