Saturday, December 17, 2016

Kembara di Bumi Sonata



Laptop ku buka. Nafas panjang ku hela dan lepaskan pelan-pelan. Pandanganku kosong. Jari jemari bersedia di papan kekunci tapi masih saja kaku.

Fikiran melayang seketika, menerawang ke masa lalu, mengimbas kenangan dulu-dulu yang menjadi memori kehidupan. Aku memang suka mengelamun, tapi makin menjadi kebelakangan ini.

“Camana Korea? Best ka?”

“Ceritalah sikit kak..”

“Apa ko makan di sana?”

Antara soalan-soalan yang diterima dari yang mengetahui perjalananku ke Bumi Sonata.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah yang mengizinkanku untuk bermusafir di salah satu pelusuk bumiNya yang jauh berbeza kondisi masyarakat, budaya, cara hidup malah pegangan agama dengan kita di Malaysia.

Sudah lama hasrat terpendam untuk menjejakkan kaki ke Bumi Sonata. (Aku lebih suka menggunakan gelaran Bumi Sonata sebab lebih epic..heheh..) Bukan sebab kemasyuran mereka dalam industri hiburan dunia, tapi kerana nilai tradisi yang masih terpelihara seiring kemodenan cara hidup dan kecanggihan teknologi yang di ibaratkan 100 tahun di hadapan Malaysia. Walhal, siatu ketika dulu, mereka datang ke Malaysia untuk belajar pengurusan pentadbiran negara, dan hari ini mereka jauh meninggalkan kita. Banyak yang boleh kita pelajari dari sudut pandang sebegini. 

Okey..jom imbas kembali.

Mengimbau kembali perasaan dan pengalaman berada di Bumi Sonata. Suhunya yang menggigit kulit tembus ke tulang. Insan kerdil dan kurus sepertiku pasti saja lebih terasa kedinginan itu. 

‘Macamanalah kak mo survive di Korea ni kalau sejuk begini pun nda tahan?’ usik housemateku. Al-maklumlah, sudah menjadi kebiasaan bagiku berselubung dengan comforter ketika tidur. Nda kiralah tidur waktu tengahari ka atau petang mahupun malam. Apatah lagi kalau cuaca sejuk. Memang berselubung habis satu badan.

‘Ndapa..nanti kak bawa comforter jalan-jalan’ jawabku sambil ketawa. Kononnya mau bawa selimut..tapi ndala kali sebab baju sehari-hari pun hampir over weight suda. 

Penerbanganku dijadualkan pada 5 Dec jam 12.30 malam. Nyaris aku tersalah info, awalnya ku sangkakan tengahari 5 Dec, rupanya tengah malam. Petang 4 Dec aku sudah bergerak ke airport dan semalaman menunggu di airport untuk urusan check in dan selainnya. Untuk pertama kali, aku menaiki penerbangan luar (Easterjet), syarikat penerbangan dari Korea dan 97% penumpang adalah Korean termasuk staff. 3% adalah aku dan beberapa orang Sabahan lain.  Belum sampai Korea dah rasa macam di Korea. Nasib baik sudah biasa dengar sleng Korea ni (tengok RM juga bah sikit-sikit), jadi nda juga kesakaian. Perkara pertama aku salute ialah layanan flight attendance kepada penumpang. Cara dorang sambut dan greet memang ada bezanya dengan syarikat penerbangan kita. Bukan perbezaan yang besar, tapi nampak dan rasa juga bah. Cukup dengan senyuman dan tunduk hormat sudah ada bezanya. Dalam penerbangan juga mereka berikan air putih percuma kepada para penumpang. Tapi ndalah aku minum sebab rasa mau tidur lebih kuat dari rasa mau minum. Tengah malam ba tu. Kira awal pagi sudah.

Penerbangan ambil masa lebih kurang 6 jam, dan sekali lagi aku merasa ajaib dengan perubahan masa. Jam 6.30 masih gelap sedangkan di Malaysia jam 6 terang benderang. Inilah namanya nda bersedia  sebelum datang. Main terjah saja. Turun dari kapal, bergerak menuju balai ketibaan. Nah..ikut saja sign board sama orang ramai yang berpusu-pusu. Mau naik train pulak. Bingung dan risau. Tapi dalam hati teruja juga sebab benda baru mau kena belajar.  Siap tanya sekuriti yang bertugas dan sekali lagi berkedut dahi cuba memahami bahasa Inggerisnya. “Just follow..the train..” terangnya sambil mengangkat jari jemari dan tangan sebagai bahasa tambahan. Berpusu-pusu lagi masuk ke dalam train. Syukur saja para Korean ni berbaris macam budak sekolah, nda macam sebahagian orang kita yang bertolakan masuk LRT. Jalan punya jalan…Masuk kawasan imigresen, ada staff yang mengangkat tangan sambil menyebut ‘Foreign Passport over here’ dengan kuat. Aku terkulat-kulat seketika. “Miss, over here” staff tersenyum tersenyum sambil menunjukkan arah. Aku balas senyumannya. Pandang belakang, cari rakan dan disapa oleh dua orang lelaki. Wajah seperti Korean, “Sini kah?” Owh..rupanya Malaysian. Dari loghat yang pekat, aku assume dia Sabahan. “Iya kot..pertama kali sampai sini, nda tau lagi” jawabku. Dia tersengih. Seketika beramah mesra. Rupanya kami sama flight tapi dorang di belakang. Patut nda nampak. Sudahlah berwajah Korean. Heheh… Bilangnya mau ke Bundang. Aku iya saja, tau nama Bundang, tapi nda ku tau ada apa di sana. Kalau berkesempatan mau juga menyampaikan diri ke Bundang.

Selesai urusan di imigresen dan ambil luggage, bergegas keluar mencari siapa yang bertanggungjawab mengambil kami. Nda pernah jumpa jadi kepayahan sikit, dengan kawasan airport yang bukan alang-alang besar, penat juga mau keliling airport. Ohya, sebelum terlupa, pemeriksaan imigresen Korea memang lebih ketat dan canggih dari Malaysia. Nampak aku bertudung dan berpaspot merah, pegawai yang bertugas alihkan bahasa komputernya ke Bahasa Melayu (Indonesia). Jadi ndalah dia susah payah mo memahamkan aku prosedur di situ. Aku merasa kagum di situ. Subahanallah. Aku teruskan perjalanan dengan mengheret bagasi dan backpack yang berat totalnya hampir mencecah 40 kg. Ringan saja. Hampir menyamai berat badanku sendiri. Mujur nda overweight. Seandainya terlebih berat, casnya juga bukan alang-alang..1kg 10USD. Slim terus dompet. Hikmahnya, aku ndalah bershopping banyak. Cukup sekadar memenuhi ruang berat yang masih berbaki 1kg lebih (free 15kg berat dan 7 kg bawa dan simpan dalam kabin di atas) dan asalkan ada kenangan dari Bumi Sonata.

Jalan punya jalan sambil mata meliar kiri kanan tengok panorama baru. Dalam hati berkata, nda hairanlah kalau Incheon International Airport ni mengungguli gelaran lapangan terbang terbaik di dunia untuk 3 tahun kalau aku nda silap (berdasarkan rancangan TV : Fattabiouni yang aku tonton beberapa tahun lepas..hehe)

Terima Kasih

Alkisah beberapa tahun yang lalu....

'Tok..tok..'

Aku yang masih membaringkan diri hanya melihat daun pintu dengan selamba. Bahang exam sangat terasa. Aku melihat roomateku juga masih diselubungi nota-notanya. Awal pagi begini, suasana asrama masih sunyi, kerana setiap pelatih masih dalam dunia lena atau dunia buku.

'Tok..tok..' ketukan itu berbunyi lagi.

'Assalamualaikum..nut..' daun pintu dikuak. Aku berpaling sejenak ke muka pintu. Kelihatan Siti (rakan sekelasku) berdiri lalu terus masuk dan duduk di hujung kakiku. Aku menjawab salamnya perlahan dan meneruskan aktiviti ulangkajiku. Siti menggoncang lenganku. "Nut..sorry..." ucapnya. (Aku digelar dengan banyak nama panggilan di dalam kelas, dan salah satunya..anut). "Kenapa?" tanyaku namun mata masih melekat di helaian nota.

"Sorry ya pasal semalam..betul-betul minta maaf.." ucapnya. Pasal semalam? Aku berfikir sendiri. Oh..baru ku teringat. Dia meminjam keretaku dan lewat balik dan pada masa yang sama, aku juga bergegas ingin keluar kerana ada urusan. "Oh..tak pa bah tu..yang penting selesai juga " ujarku pula, mahu menenangkan hati dua belah pihak. " Yalah..tapi sy tak senang hati juga..mo study malam tadi pun nda sedap hati..pagi tadi bangun terus teringat pasal tu lagi.." jelasnya. Aku hampir tertawa. Tanpa dipinta, dia menjelaskan semuanya. " Sorry ah.." dia mencari-cari tanganku. "Kenapa ni?" tanyaku, kehairanan. Aku bangkit duduk di sebelahnya.

" Mau salam..mari peluk saya.." katanya lagi. Aku mengerutkan dahi. Betul-betul macam prasekolahlah, bisik hatiku. Aku rasa geli hati, tapi aku tahu dia serius dan memang begitulah sikapnya.

"Saya takut ba.."sambungnya lagi.. "Eh..takut apa pula?" aku menanya semula.

" Yala..sy takut..bila sy mula rapat dengan ko..mesti sy ada buat salah..sebab tulah sy takut mo rapat ngn ko.." Aku terkedu. Hilang bicara. Tidak pernah pula Siti berkata begitu sebelum ini. Aku tersenyum. Nota-nota kuletakkan di sisi.

"Yung, tiada orang yang nda pernah buat salah, aku pun selalu juga buat salah.."
"Tidak..ko tida pernah buat salah sama sy" laju dia memotong kata-kataku. Penuh ekspresi wajahnya.
"Hahahah..jangan cakap begitu.." aku terketawa, aku pegang tangannya. Siti ikut tertawa lalu memelukku. "Sorry ah nut" ucapnya lagi.
"Ish ko ni..ok saja bah" ujarku, lebih tegas. Siti (panggilan manjanya Ayung, memang cepat emosi sikit, mudah saja nampak perubahan emosi dari ekspresi mukanya) senyum tersipu-sipu.

Hari ini, Ayung sudah menjadi wanita dewasa. (Hihihi)..Isteri kepada Delver Yunus Ivan Abdullah (Gibo) dan ibu kepada dua budak comel, Dhiya Sofea (Yaya) dan Delona Suraya (baby Yona)..Tapi kalau ketemuan, sama juga perangai macam dulu-dulu cumanya lebih keibuan. Weehaaa..

Kami dipostingkan di tempat yang sama (Pulau Banggi) tapi berlainan sekolah. Disebabkan Tenom agak jauh, aku selalu menumpang kasih di rumahnya jika keluar pulau dan tidak balik ke Tenom. Rumahnya adalah rumahku. "Rumah ko juga ini Ani..tuuna bilik ko sudah itu" bilang mamy dan diiyakan oleh Siti. Terima kasih mamy..terima kasih Siti Payungku sayang.

Masa berlalu, aku sudah punya rumah sewa sendiri di Kudat bersama housemate2ku di pulau, dan aku makin jarang ada kesempatan untuk menyinggah di rumah Siti, melawat mamy. Kali terakhir aku melawat mamy selepas beliau operation mata dan masih kabur2 pandangannya. namun masih saja mamy dapat mengecam aku, walaupun pandangannya terhad. Sempat lagi aku masakkan mamy sarapan dan kami brekpes bersama. Masa ni, Siti tiada di rumah. Aku kurang ingat sama ada Siti tidak keluar pulau ataupun balik ke kampung Gibo.

"Lama sia tunggu ko datang sini Ani..lama betul ko tida pigi sini.." bilang mamy. Aku terkedu seketika. 
"Siou mi..bukan tida mo pigi sini..tapi jarang suda gia sa keluar pigi kk, paling pun pigi Kudat saja. Ada suda gia rumah sewa kami sana.." jawabku. Rasa bersalah merajai hati. Sejak sakit mata dan operation, mamy tidak sudah meneleponku seperti dulu. Kalau awal-awal masuk pulau dulu, mamy selalu telefon, lebih-lebih lagi kalau mamy tidak dapat kontek Siti.

Kini, semakin jarang berhubung dengan mamy. Cuma mengetahui perkembangan kesihatan mamy dari Siti bila kami berjumpa dalam mesyuarat di luar pulau. Moga mamy sihat-sihat saja. Moga Allah melindungi mamy selalu.

Untuk kesekian kalinya, terima kasih Siti dan Mamy yang banyak membantuku, dan memberi ruang menumpang kasih sayang bersama kalian saat berjauhan dengan keluarga. Mohon maaf untuk sebarang kesalahan sepanjang menjadi anak angkat dalam keluarga mamy, menjadi adik-adik Siti yang semakin jarang pulang ke sana menjenguk mamy. Terima kasih untuk curahan kasih sayang pada diri ini. Moga silaturahim kita tetap utuh sampai ke akhirnya.

Salam Sayang Selalu.