Saturday, January 30, 2010

Kasihmu Amanahku

Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum...

Terlalu banyak isu atau kisah yang ingin ku kongsikan buat semua yang sudi membaca perkongsianku hinggakan kadangkala aku tidak tahu hendak menulis isu yang mana satu.

Akhirnya, setelah menonton video klip kumpulan Inteam yang bertajuk 'Kasihmu Amanahku'. aku tergerak untuk menulis suatu cerita tentang 'perkahwinan'. Tajuk ni memang menarik ramai anak muda khususnya yang sedang kemaruk nak kahwin..Haha. Tapi tak bermakna diriku berada dalam kalangan tu..ehemm..

Memandangkan sejak akhir-akhir ni, isu 'cinta' melonjak naik terutama semasa forum Maal Hijrah hari tu dan insyaAllah beberapa orang terdekatku bakal mendirikan masjid, jadi baik rasanya berkongsi serba sedikit mengenai perkahwinan yang begitu besar pahalanya jika tujuan dan cara yang dilakukan betul disisi agama.

Pernah orang bertanya, " Kak ani nak kawin bila? Pada umur berapa? Dengan siapa? Macamana orang pilihan?" Aku sendiri sebenarnya tidak tahu menjawab semua soalan itu.

Cakap pasal kahwin ja, semua orang senyum lebar. Dah mula rancang nak kahwin ikut style barat la, tradisional la, tempah itu ini la, pakaian mesti tak kurang dua tiga empat persalinan, nak buat grand, buat kat hotel, dewan atau sewa kanopi dengan konsep dalam taman dan sebagainya. Memang cantik rancangan yang difikirkan, dan memang cantik majlis yang diaturkan tetapi selalu kufikirkan, kenapa perlu melakukan seperti itu? Adakah tujuan berkahwin cuma untuk memperlihatkan majlis kita yang terhebat dan lain daripada yang lain?Tidak sahkah ikatan itu tanpa majlis yang serba mewah?

Kita hidup dizaman moden la..Kenalah istimewa sikit. Lagipun kahwin sekali ja seumur hidup. Peristiwa penting bha tu. Itu antara kata-kata yang ku dengar bila soal kahwin dibangkitkan dalam kelas. Andai kata itu bukan kali terakhir perkahwinan yang dialami, kot2 kahwin lagi kali kedua ketiga, camna la? Bila hantaran murah, tak nak terima. Harga barang mahal bha..Mana cukup tu..Haha..Kadang2 lucu juga bila cerita bab kahwin.

Apapun sahabat2, saudara saudariku sekalian, kahwin ni sunnah nabi dan dituntut dalam agama. Dalam erti kata lain, ia sebahagian ibadah yang menjadikan kehidupan jauh berbeza daripada sebelumnya, iaitu semasa belum berkahwin. Ia boleh menjadikan hidup kita terasa indah dan bahagia andai aspek JERIS benar2 telah bersedia untuk menghadapinya dan begitulah sebaliknya. Memang benar, aku juga belum melangkh ke alam perkahwinan, dan tidak mempunyai pengalaman peribadi tentangnya, tapi membaca kisah2 perkahwinan nabi dan para sahabat serta kisah2 perkahwinan dalam keluarga sendiri, aku memperoleh persepsi yang tersendiri tentang perkahwinan.

Sebelum berkahwin, renung2 la sejenak niat kita utk berkahwin tu. Fikir2lah seketika sudah cukupkah ilmu utk menjadi pemimpin, sudah relakah utk menjadi pimpinan. Dan tenung2lah sudah siapkah memikul tanggungjawab sebagai isteri, suami, ayah, ibu atau pendek kata pengasas keluarga yang anda impikan, sudah yakinkah kita pada diri sendiri untuk membina keluarga berteraskan Islam, berpaksikan al-Quran dan hadis?

Sememangnya Allah telah menciptakan semuanya dengan berpasang-pasangan. Allah jualah yang menentukan jodoh kita. Renungilah ayat-ayatNya dalam al-Quran, antaranya surah Yasiin:36, surah ar-Ruum:21, surah an-Nisa:1.

Kesimpulannya, kepada sahabt2 dan saudara saudari yang berhajat utk membina masjid dalam masa terdekat ini, fikirlah,renunglah, dan hayatilah maksud sebuah perkahwinan yang dianjurkan dalam agama, bukan sekadar untuk menghalalkan yang haram kerana ia mempunyai makna yang jauh lebih dalam daripada yang kita fahami..Telusurilah makna disebalik pengucapan," Aku terima nikahnya..."

Betulkan andai ku tersilap...