Friday, August 14, 2009

Siri Pertama Program Adik Angkat SUI Tambunan

Bertuahnya diri apabila dipilih menjadi salah seorang 'kakak' yang akan mengikuti program adik angkat di Sekolah Ugama Islam Sabah (SUIS) Tambunan bermula 18 Julai lalu. Pelatih lain yang turut menjadi Abang dan kakak dalam program tersebut ialah Abang Asdar, Abang Am, Abang Pian, Kakak Aishah, Kakak Ibah dan Kakak Nana serta Kakak Anis ( urusetia jemputan ).Menurut kata seorang ukhtie, nak join program ni kena melepasi kriteria dan syarat tertentu. ( Hehee.. ) Alhamdulillah, aku berjaya melepasinya. Cewahh..
Banyak perkara bermain difikiranku tatkala mnyertai program ini. Aku sendiri mempunyai 4 orang adik, dah cukup baik dan sempurnakah aku membimbing adik-adik sendiri hingga menyanggupkan diri menjadi 'kakak' kepada adik-adik yang aku tidak pernah kenal sebelum ini? Bukan senang nak mendidik insan yang tidak pernah dikenali dan dirapati..Bukan mudah nak mengenali mereka. Bukan sedikit komitmen dan usaha serta pengorbanan yang harus dilakukan. Sedangkan adik sendiri pun belum dapat dikenali 100%..Sememangnya suatu pengalaman yang mencabar, bermakna dan amat istimewa sekali.
Apabila aku menyelami kehidpn adik-adikku satu persatu, ternyata ada lagi yang mempunyai kisah hidup atau latar belakang yang jauh lebih sukar daripadaku. Kehidupan kanak-kanakku dulu tidaklah semanis mana. Sejak kulahir, kesihatanku seringkali terganggu. Mungkin akulah yang seringkali membimbangkan ibubapaku kerana keadaan kesihatanku. Sehingga pernh ibuku berkata, dia tidak memberiku makan ubat-ubatan yang diberi kerana risau melihat ubat yang terlalu banyak yang perlu kuhabiskan pada ketika itu. Aku juga tidak pernah tinggal jauh dari keluarga sejak kecil, hinggakan tinggal di asrama pun tidak dibenarkan walau ketika ku di sekolah menengah.
Namun aku bersyukur kerana Allah masih memberiku peluang untuk hidup sehingga hari ini. Dan menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin. Menyertai kem atau program seumpama ini merupakan kurniaan tak ternilai buatku. Aku mersakan kehidupnku lebih bermakna dengan adanya program ini. Ada antara adik angkatku yang tak berpeluang bersekolah rendah biasa dan ia membuatkan hatiku sebak, terasa ingin membantunya tapi tidak tahu bagaimana. Teringat kepada adikku yang menawarkan diri ingin berhenti bersekolah kerana ketidakmampuan kami saat itu. Betapa bertuahnya aku kerana mendapat peluang bersekolah. Bertemu dengan adik-adik di SUI ini membuka mataku lebih luas tentang realiti kehidpan dunia yang mempunyai kisahnya yang tersendiri. Betapa bertuahnya aku dari sebilangan besar insan lain. Betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan padaku.
Buat adik-adik di SUI, ku ingin membantu mereka, aku ingin melihat mereka berjaya, aku ingin mereka menjadi pewaris generasi cemerlang pada masa hadapan. Aku ingin melihat mereka menjadi khairra ummah yang unggul di dunia dan akhirat. Doakan aku tetap teguh dengan pendirian, matlamat dan impianku...

Memori indah bersama adik-adik







































Inilah kumpulanku bersama 3 orang adik baru yang mesra dan ramah serta kiut-kiut..hohooo...
Dari kiri : Adik Faizah, Adik Biah ,( ehemm..aku..huhu..) dan Adik Fara.
Saiz ku lebih kurang ja dengan mereka..heheh..