Wednesday, August 19, 2009

Siapakah aku di dunia ini?

Salam Ramadhan....

Bismillah..

Minggu ini, aku menjalani PBS ( Pengalaman Berasaskan Sekolah ) bermula Isnin lepas. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar cuma PBS kali ini kurang sedikit feelnya bbnding PBS sem lalu. Mungkin krn sem lalu aku b'PBS di tempat sendiri, bekas sekolah sndiri dan di kmpung sndri.

Ramadhan pun dah nak hampir tersingkap tirainya. Tinggal tunggu hari ja, bak kata orang tua2. Syukur alhamdulillah, sehingga saat ini, Allah masih mmberiku peluang yang tak ternilai..iaitu menanti saat tibanya Ramadhan. Aku tdak tahu masih adakah peluang untuk menghabiskan Ramadhan kali ini, atau melaluinya setakat beberapa hari sahaja, ataupun tidak berpeluang langsung.Dlm mhitung hari2 terakhir bln Syabaan thun ni, cb kita hitung sekali amal dan dosa yg telah dilakukan samaada sngja atau tidak.

Bnyk sekali prkara luar jgkaan yang tjdi padaku kebelakangan ini. Aku tidak mampu mencari jawapannya kenapa dan apa hikmahnya. Aku masih bfikir dan bfikir sehingga sekarang. Sejak beberapa bulan yg lalu, aku kehilangan insan2 yang kurasakan dekat dihatiku satu persatu. Meskipun zahirnya, agak jauh aku dgn 'insan2' itu, tp mereka benar2 dekat dgnku. Walaupun mngenali mereka hanya sekadar beberapa ketika, kesannya amat dalam buatku. Sehinggakan bila dimaklumkan tentang 'pemergian' mereka, aku tidak tahu apa yang harus ku buat. Hati terasa sebak. Aku agak terkilan tidak dapat menemui mereka sebelum itu. Bnar sungguh ungkapan 'kita hnya menyedari betapa bhrganya seseorang pada kita itu bila kita kehilangannya'. Teringat antara ungkapan hadis yang sering dinyatakan oleh insan-insan pilihanNya, cara ilmu yang haq diangkat ke langit ialah dengan menjemput 'mereka' yang bertuah lebih awal. Dan itulah jua antara tanda-tanda akhir zaman yang makin jelas dan nyata.

Kulayari blog sahabat lama yang pernah kusebutkan sebelum ini, sahabatku ini menyatakan kerisauan dan ketakutannya mengenangkan hari kiamat. Aku tidak tahu kenapa setiap kali ku menghayati bait-bait katanya, aku tersentuh. Betapa jauhnya aku jika dibandingkan dengan sahabatku ini. Betapa jauhnya aku dariNya. Betapa tersianya masaku selama ini. Ntah berapa banyak lagi yang perlu kulakukan untuk mencapai taraf 'hamba yang benar-benar berjiwa hamba'. Kadangkala kurasakan hatiku terlalu sebak hingga air mata pun tak mampu untuk dikeluarkan. Aku takut aku tidak mampu menjawab soalan-soalnNya kelak. Aku takut aku dijemput dalam keadaan yang lalai, lupa dan leka dengan dunia. Aku takut aku tidak mampu menolong ibubapaku jika mereka yang pergi dahulu dariku. Aku takut apa kulakukan selama ini menjadi sia-sia dihadapanNya.

Apa yang sudah kulakukan sehingga hari ini untuk memenuhi kriteria hamba sejati? Aku tidak dapat menjawabnya. Kenapa aku yang dipilih? Antara soalan yang sering bermain dihati dan minda. Ikhlaskah aku dalam semua yang kulakukan? Cukup ikhlas kerana Allah? Atau ada niat lain? Atau niat menyimpang dipertengahan? Ingin mendapat nama? Ingin dikenali? Ingin disanjung? Ingin mendapat balasan?Astaghfirullah al'azim. Aku takut termasuk golongan itu. Contoh paling senang, dalam mencoret apa jua yang terfikir dalam blog ini, aku selalu teringat kata-kata sahabatku itu, ikhlaskah kita membuka blog ini keranaNya? Ikhlaskah kita menyampaikan segalanya dalam blog ini? Atau ingin menunjuk-nunjuk kebaikan diri kita yang belum tentu baik. Terpukulnya hatiku saat ayat itu terbit semula dikotak mindaku. Ikhlas..ikhlas..ikhlas...niat kena betul kerana Allah. Cakap mudah, tapi dalam hati siapa tahu?

Knapa nak teruskan jadi ahli kompang ip? Kerana Allah kah? Kerana nak tuntut ilmu kah? Atau sekadar nak jaga hati kawan, atau ada niat lain yang jauh lebih menyimpang.. Kenapa sanggup terima tugas itu ini sehingga diri rasa tak mampu nak handle semua? Ikhlaskah hati nak buat semuanya? Atau sekadar nak tunjuk diri mampu buat semuanya? Bngga dengan pujian orang yang kita mampu buat itu ini, kita boleh diharap..Astaghfirullah..

Kenapa pergi masjid hanya selasa dan khamis? Takut dgn HEP..Tapi tak takut dgn Allah. Kenapa bckap dan berjumpa dgn yang ni tak boleh, yang tu boleh, berduaan pula..? Kenapa boleh berhubung dgn yang ini, tapi dgn yang lain tidak boleh? Sebab dia istimewa? Lebih istimewa dari Allah? Astaghfirullah...Nauzubillah.... Kenapa nak sertai pelbagai aktiviti dan program luar sedangkan kerja, tugsan, assignment di ip berlambak dan tak siap walau berminggu-minggu tempoh diberi? Niat tu betulkah ikhlas kerana Allah? Atau nak tunjuk diri alim? Astaghfirullah..Cukup terjagakah 5 waktu? Cukup sempurnakah solat fardhu dan solat sunat? Cukup sempurnakah ilmu kita? Cukup baikkah kita?

Kenapa nak tegur orang slah tapi tak tengok diri sendiri salah? Kenapa berani nak betulkan org lain kalau diri pun tak betul? Kenapa berani cakap tapi tak berani buat? Kenapa nak pimpin orang kalau diri sendiri tak terpimpin? Nak ajar orang, ilmu didada dan minda pun x sebanyak mana? Aku bukan lulusan sekolah agama, tak pernah masuk sekolah agama pun,..bukan anak ustaz ustazah, bacaan tajwidku pun tak sempurna lagi..Tak mampu nak dihuraikan semua persoalan yang bermula dengan 'kenapa'..Terlalu banyak..Aku takut sekali dgn soalan itu. Takut ada yang mengenaiku. Dan hakikatnya memang ada pun.

Masaku sudah terbuang begitu banyak sebelum ini, aku takut ia terbuang dengan sia-sia lagi pada masa akan datang jika ada lagi kesempatan. Aku tidak ingin melalui hidupku pada masa hadpan seperti sebelum ini, terumbang-ambing dalam mencari makna kekosongan hidup yang kurasakan bertahun-tahun. Aku ingin maju setapak ke hadapan, keluar dari kekosongan itu, tapi acapkali aku merasa diriku tenggelam dalam kalangan insan-insan hebat yang jauh di depanku dan tinggi di atasku. Aku bukan siapa-siapa untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama mereka. Aku takut niatku terpesong bila aku sudah satu langkah ke hadapan. Aku takut aku makin jauh dariNya dalam usaha utk mendekatiNya. Aku takut, dlm kesibukan mengejar program luar, ruang masaku utk sujud padaNya semakin terbatas. Dlm kesibukan mengikuti aktiviti, aku lalai utk mengingatiNya. Aku takut pujian, kata-kata pengharapan dari insan lain membuatku lupa di mana ku berpijak, siapa diriku dan apa matlamatku. Dlm usaha berbakti kepada masyarakat, aku takut aku lupa berbakti pada insan yang terdekat denganku iaitu keluargaku sendiri.Dgn ilmu yang sedikit, iman senipis kulit bawang, amalan ibarat hembusan angin, aku takut tidak mampu berhadapan dengan kebenaran pada masa hadapan. Astaghfirullah..

Sahabatku..saudaraku..maafkan diriku andai teguranku selama ini menyinggung, menyentuh jiwa dan menyakitkan hati kalian. Ketahuilah..aku hanya cuba melaksanakan tanggungjawabku sebaik mungkin sebagai insan yang turut ingin memperbaiki diri. Aku juga tidak sebaik mana, tidak mngkin sempurna dan alim jauh sekali..Jngn terlalu mengagungkan ciptaan sehingga lupa pada Sang Pencipta. Jgn asyik dgn dunia hingga lupa akhirat. Jgn asyik dgn nikmat hingga lupa untuk bersyukur.. Sentiasalah bersyukur dan ingati 5 prkara sbelum ia ditarik balik..Betulkanku andai ku tersilap..


Wallahu'alam..

Friday, August 14, 2009

Siri Pertama Program Adik Angkat SUI Tambunan

Bertuahnya diri apabila dipilih menjadi salah seorang 'kakak' yang akan mengikuti program adik angkat di Sekolah Ugama Islam Sabah (SUIS) Tambunan bermula 18 Julai lalu. Pelatih lain yang turut menjadi Abang dan kakak dalam program tersebut ialah Abang Asdar, Abang Am, Abang Pian, Kakak Aishah, Kakak Ibah dan Kakak Nana serta Kakak Anis ( urusetia jemputan ).Menurut kata seorang ukhtie, nak join program ni kena melepasi kriteria dan syarat tertentu. ( Hehee.. ) Alhamdulillah, aku berjaya melepasinya. Cewahh..
Banyak perkara bermain difikiranku tatkala mnyertai program ini. Aku sendiri mempunyai 4 orang adik, dah cukup baik dan sempurnakah aku membimbing adik-adik sendiri hingga menyanggupkan diri menjadi 'kakak' kepada adik-adik yang aku tidak pernah kenal sebelum ini? Bukan senang nak mendidik insan yang tidak pernah dikenali dan dirapati..Bukan mudah nak mengenali mereka. Bukan sedikit komitmen dan usaha serta pengorbanan yang harus dilakukan. Sedangkan adik sendiri pun belum dapat dikenali 100%..Sememangnya suatu pengalaman yang mencabar, bermakna dan amat istimewa sekali.
Apabila aku menyelami kehidpn adik-adikku satu persatu, ternyata ada lagi yang mempunyai kisah hidup atau latar belakang yang jauh lebih sukar daripadaku. Kehidupan kanak-kanakku dulu tidaklah semanis mana. Sejak kulahir, kesihatanku seringkali terganggu. Mungkin akulah yang seringkali membimbangkan ibubapaku kerana keadaan kesihatanku. Sehingga pernh ibuku berkata, dia tidak memberiku makan ubat-ubatan yang diberi kerana risau melihat ubat yang terlalu banyak yang perlu kuhabiskan pada ketika itu. Aku juga tidak pernah tinggal jauh dari keluarga sejak kecil, hinggakan tinggal di asrama pun tidak dibenarkan walau ketika ku di sekolah menengah.
Namun aku bersyukur kerana Allah masih memberiku peluang untuk hidup sehingga hari ini. Dan menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin. Menyertai kem atau program seumpama ini merupakan kurniaan tak ternilai buatku. Aku mersakan kehidupnku lebih bermakna dengan adanya program ini. Ada antara adik angkatku yang tak berpeluang bersekolah rendah biasa dan ia membuatkan hatiku sebak, terasa ingin membantunya tapi tidak tahu bagaimana. Teringat kepada adikku yang menawarkan diri ingin berhenti bersekolah kerana ketidakmampuan kami saat itu. Betapa bertuahnya aku kerana mendapat peluang bersekolah. Bertemu dengan adik-adik di SUI ini membuka mataku lebih luas tentang realiti kehidpan dunia yang mempunyai kisahnya yang tersendiri. Betapa bertuahnya aku dari sebilangan besar insan lain. Betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan padaku.
Buat adik-adik di SUI, ku ingin membantu mereka, aku ingin melihat mereka berjaya, aku ingin mereka menjadi pewaris generasi cemerlang pada masa hadapan. Aku ingin melihat mereka menjadi khairra ummah yang unggul di dunia dan akhirat. Doakan aku tetap teguh dengan pendirian, matlamat dan impianku...

Memori indah bersama adik-adik







































Inilah kumpulanku bersama 3 orang adik baru yang mesra dan ramah serta kiut-kiut..hohooo...
Dari kiri : Adik Faizah, Adik Biah ,( ehemm..aku..huhu..) dan Adik Fara.
Saiz ku lebih kurang ja dengan mereka..heheh..

Tuesday, August 11, 2009

Cerita semalam..

Bismillah...
Pada 24-26 Julai lalu, Kem Nadi sekali lagi diadakan di Tambunan, sebuah daerah yang mendamaikan dan penuh dengan kisahnya yang tersendiri. Pada mulanya, aku mendapat tawaran untuk menjadi 'fasi' dalam program trsebut. Tawaran yang sememangnya ku nantikan sejak program pertama yang ku sertai 2 minggu sebelum itu.

Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya apabila dimaklumkan program big bagi bach kami diadakan pada masa yang sama. Alangkah kecewanya diriku. Program big yang merupakan program wajib dan memberi kredit kepada setiap pelatih memaksaku menguntum senyum dalam kepayahan mencari pengganti terbaik yang akan menggantikanku dalam kem tersebut.

Aku cuba meredakan hatiku dengan mengingati semua ketentuan Allah ada hikmahnya. Mungkin saat ini aku patut memberi peluang kepada orang lain untuk merasai keistimewaan program sedemikian, seperti yang kurasai dalam program sebelum ini. Pada saat akhir, yakni bebebrapa hari sebelum hari tersebut menjelang, sekali lagi dimaklumkan bahawa program big bach kami ditunda ats masalah tertentu. Ternyata kesabaranku teruji sekali lagi. Pada masa itu, seorang ustzah menghubungiku dan menawarkn kepadaku untuk menyertai Kem Bestari Solat yang akan diadakan pada 25 Julai. Ya Allah, hatiku berbunga semula. Ternyata Allah mengatur semuanya untukku dengan cukup cantik sekali. Subhanallah..Aku tanpa segan silu memberi persetujuan dan mencari pelatih muslimah yang ingin menyertaiku.

25 Julai 2009, aku bersama dengan Kak Aishah, Kak Ibah dan Kak Cung ( Helsiah ) dijemput dengan bas sekolah bersama-sama dengan beberapa murid lain. Pengalaman yang tak mungkin akan kulupakan. Buat pertama kali ku menjejakkan kaki ke Sk. Patikang Laut yang selama ini hanya biasa ku dengar ditelinga. Kank-kanak yang agak aktif dan amat ceria mengubati hatiku dari kekecewaan tidak dapat menyertai kem Nadi di Tambunan. Mereka senang menerima dan padaku, mereka perlu lebih didedahkan dengan kem seperti ini. Fikiran, hati dan jiwa mereka masih terlalu bersih dan mudah dibentuk.

Buat pertama kali, adik-adikku semuanya kaum adam yang merupakan murid tahun 5 iaitu Adik Syahir, Adik Husin, Adik Shafie, Adik Ridzwan dan Adik Johari. Semuanya kacak2 belaka ( hehe ) Pada mulanya, mereka agak malu namun setelah beberapa ketika, terasa telah lama kenal antara satu sama lain. Mereka mudah menerima segala yang disampaikan dan amat melucukan. Hatiku riang bersama mereka yang seringkali mencuri tawaku.

Di kesempatan itu juga, kami cuba menerapkan amalan zikir sambil paut bahu rakan, jenis tepuk dan beberapa peraturan yang kami pelajari dalam kem Nadi yang kami sertai. Melihat kesungguhan dan keceriaan mereka, hatiku terusik teringat kepada adikku dirumah. Teringat kepada kesungguhan dan pertanyaan-pertanyaan adik bongsuku berkenaan agama. Hanya Allah yang mengetahui betapa dlamnya sayangku padanya. Aku ingin melihat dia menjadi muallim yang teguh dijalanNya dan cemerlang dunia akhirat. Demikian juga harapanku pada adik-adikku yang lain. Petang itu, saatku pulang kerumah, hri telah menjelang gelap. Aku disambut dengan wajahnya yang bersih bersongkok, tahulah aku dia baru sahaja menunaikan solat maghrib dan dia memberitahu padaku, " Jangan risau, kelmarin( semalam ) aku p solat jumaat.." Aku tertawa. Seakan dia tahu bahawa aku ingin bertanya padanya soal itu.
Mohd Safy ( Ade )
Seketika terlintas dihatiku ucapan yang dilontarkan oleh Ukhtie Aishah, cukup baikkah, cukup sempurnakah solat kita hingga kita menyanggupkan diri menjadi pembimbing adik-adik dalam Kem Bestari Solat ini? Solat sendiri pun kita tidak dapat pastikan kesempurnaannya. Terasa diri ini begitu kerdil dan lemah serta penuh kekurangan. Seorang ukhtie juga berkata tidak ingin menyertai kem ini pada mulanya kerana merasa tidak layak. Namun, akhirnya berubah fikiran. Alhamdulillah. Kalau dilihat dari sudut kelayakn, semestinya aku juga tidak layak. Berbanding mereka yang lebih mendalami agama, yang berlatarbelakangkan sekolah agama, aku berada pada senarai terbawah. Bagiku, Allah memberiku peluang ini supaya aku dan sahabat yang lain dapat berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Dalam masa membimbing solat adik-adik, secara tidak langsung, aku mempelajari banyak perkara baharu. Apatah lagi semua fasi lain yang terlibat merupakan ustaz ustazah yang jauh lebih berpengalaman dan berpengetahuan.

Sering aku tertanya-tanya, mengapa aku yang mendapat peluang ini?Aku tahu dan ku sedar, diriku tidak sebaik mana, tidak mungkin sempurna dan seperti yang pernah ku kata sebelum ini, alim jauh sekali. Bagaimana mungkin manusia yang tidak mempunyai apa-apa sepertiku mampu dan layak untuk mendidik dan membimbing adik-adik yang fikrahnya masih terlalu suci. Mmetik kata-kata seorang akhi, 'bagaimana aku yang banyak dosa nak mendidik adik-adik yang bersih, suci daripada dosa?" Persoalan yang menusuk jauh ke lubuk hati.

Kem tersebut berakhir pada kira-kira jam 5. Kerjasama dan komitmen semua fasi amatlah membanggakan. Apapun, kem ini meninggalkan sejuta kenangan dan cetusan yang amat berharga buatku dalam ushaku melalui hari-hari dalam kehidupanku dengan lebih baik dan bermakna. InsyaAllah, jika ada kesempatan pada masa akan datang, aku pasti berbesar hati untuk menyumbangkan dan mendapatkan sesuatu daripada program seperti ini. Seperti yang selalu diucapkan oleh insan-insan pilihan Allah, 'fikirlah apa yang telah anda sumbangkan untuk agama selama hidup 19, 20, dan berpuluh-puluh tahun hingga hari ini'. Aku juga ingin menyumbang sebanyak mana yang ku termampu agar Islam kembali tegak dibumi ini. Doakan diriku agar ku terus kuat menghadapi hari-hari mendatang...

Bersatukah kita?

Baru seketika tadi, sahabatku meluahkan rasa hatinya tentang kepayahan dan kesusahan menjadi ketua opsyen. Terbit rasa simpatiku padanya. Apa yang boleh ku lakukan untuk menolongnya? Aku turut merasa kesusahan itu. Aku juga pernah merasa kesusahan itu. Aku turut mengetahui macamana susah dan sukarnya hendak menyatukan rakan-rakan yang berbilang kaum dengan padangan dan isi hati yang berbeza. Semasa menjadi ketua opsyen pada semester lalu, kepalaku pusing dan bingung hendak menguruskan perangai tiap seorang ahli kelas. Jika diturutkan yang ini, yang itu membangkang. Jika diturutkan yang itu, yang ini bising, mengatakan aku tidak adil, berat sebelah dan membuat keputusan untuk kepentingan kumpulanku. Sering sahaja stress dengan tingkahlaku kawan-kwan yang sukar bertolak ansur.
Aku sering terfikir, senario yang berlaku itu hanya dalam kumpulan yang kecil, dalam lingkungan 24 orang. Namun, impaknya sangat besar. Pernh suatu ketika dulu, timbul salah faham antara kami kerana perpecahan dan sikap pentingkan diri sehingga timbul rasa tidak puas hati beberapa orang. Kumpulan kecil seperti ini jika digabungkn beberapa kumpulan lain, di institut lain, di negeri lain akan menjadi kumpulan besar. Jika setiap kumpulan kecil mengalami masalah yang sama iaitu untk bersatu dan bertoleransi, bagaimana agaknya keadaannya dalam kumpulan yang besar?Dalam dunia global yang serba moden, seharusnya masalah ini tidak timbul kerana sepatutnya setiap makhluk bernama manusia ini turut maju fikiran dan akhlaknya.
Kita singkap pula keadaan masyarakat Islam hari ini dalam skop yang lebih luas. Isu Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan, Selatan Thai, Kashmir dan di segenap pelusuk dunia bukan suatu isu yang baru. Misalnya isu Palestin, kenapa isu yang menyedihkan ini berlarutan sehingga kini? Ia bermula sejak 1948 namun sehingga hari ini, tahun 2009 belum ada penyelesaian yang sepatutnya. Besar sangatkah Israel? Banyak sangatkah Yahudi? Kuat sangatkah mereka? Cuba kira, berapa nisbah jumlah kita dengan mereka? Israel dan Palestin dikelilingi oleh negara Arab yang mengaku sebagai negara Islam namun apa yang mereka lakukan? Usah kata mereka, tengok pada kita sendiri? Apa yang kta lakukan untuk membantu mereka? Beli barangan mereka? Sokong PBB? Sokong AS? Bergaduh semata-mata untuk mendapatkan kerusi politik? Hantar pasukan tentera? Kempen? Rata-rata belia kita hanya duduk ditepi jalan, main skateboard, merokok, dating, berjoli di pusat hiburan, merempit, bohsia, bohjan dan sebagainya.
Umat Islam dalam negara Islam sendiri berpecah. Jangan kata orang lain, lihat sahaja dlm negara kita. Bertanding untuk mendapatkan kerusi politik, ada yang menggunakan nama agama, saling hina menghina, bilalah semua itu berakhir?
Kita telusuri pula keadaan dalam Palestine yang tidak habis dengan persengketaan antara Hamas dan Fatah. Keduanya menganut agama yang sama, tapi perjuangan atas dasar yang berbeza. Apa yang kuingin tekankan disini, perjuangan atas nama agama, atas nama Allah itulah yang akan menang tidak kira siapa dan bangsa yang berjuang. Jika Fatah berjuang untuk negara yang bebas dan berdemokrasi, Hamas berjuang untuk memartabatkan Islam di negara itu. Mereka berjuang kerana Palestin adalah negara Islam. Baitul Maqdis adalah hak milik umt Islam,itulah yang mereka perjuangkan.
Kenapa negara yang hebat seperti Mesir tidak dapat berbuat apa-apa? Kerana mereka juga bergantung sepenuhnya kepada AS, tulang belakang kepada Israel.Jika mereka bergerak untuk bangkit membantu Palestin, bila-bila masa sahaja Mesir akan jatuh dari segi ekonomi terutamanya. Kenapa Arab Saudi hanya lantang bersuara namun tidak bertindak lebih jauh? Kerana mereka juga bergantung kepada AS. Negara yang kaya minyak tapi masih bergantung kepada psaran dunia yang dikuasai AS. Kasihan juga kita. Negara Islam dikurniakan dengan kekayaan yang pelbagai, namun dieksploitasi oleh sesetengah individu untuk kepentingan peribadi.
Renung sebentar, penghuni Israel, biarpun terkenal dengan sikap kedekut, namun apabila dilaungkan untuk kepentingan bangsa Yahudi, dalam masa beberapa jam sahaja mereka mampu mengumpul dana beratus ribu malahan jutaan dolar. Bandingkan dengan kita, untuk program di masjid ataupun surau sekalipun diumumkan di corong mikrofon, poster dan sebagainya, dlam masa seminggu belum tahu mencecah ratusan ringgit. Alangkah kedekutnya kita untuk membantu agama....

to be continue..

Thursday, August 6, 2009

Budaya Hedonisme Menguasai Masyarakat

Sedarkah kita dizaman yang serba canggih ini, sebenarnya kita semakin menuju ambang kejahilan sekali lagi? Jahil dari segi nilai, akhlak apatah lagi agama.
Sedarkah kita bahawa semakin kita mengetahui sesuatu, semakin banyak yang kita tidak tahu dan kita perlu ketahui?
Sedarkah kita, semakin kita menghampiri saat terakhir kehidupan, semakin kita lalai dan jauh dari 'kesedaran' itu?
Hatiku terdetik untuk berkongsi tatkala melihat semakin banyak kerosakan dan musibah yang berlaku saat ini. Teknologi semakin maju kehadapan, namun akhlak semakin mundur kebelakang. Boleh dikatakan zaman jahiliyyah mula mendapat tempat dalam hati setiap yang bergelar manusia pada zaman siber ini.
Salah satu budaya hitam dari barat yang semakin menguasai masyarakat khususnya kaum remaja dan belia kita pada masa ini ialah hedonisme. Nama ja lawa-'hedonisme'- penuh keunikan namun hakikatnya ia merupakan dunia hitam yang membelenggu masyarakat hari ini. Mungkin ramai antara kita yang telah mengetahui tentang budaya ini, dan tidak mustahil juga ramai yang tidak mengetahuinya.
Hedonisme menurut Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup semata-mata. Melalui budaya inilah, matlamat sekularisme pihak tertentu dapat dijayakan. Kebebasan hidup yang ditekankan dalam budaya ini terang-terang menjauhkan manusia daripada Tuhan.

Hedonisme dikembangkan oleh dua orang ahli falsafah Yunani, Epicurus (341-270 SM) dan Aristippus of Cyrine (435-366 SM). Mereka merupakan perintis kepada fahaman hedonisme ini.

Sebenarnya, mereka menganut aliran yang berbeza. Bila Aristippus lebih menekankan kepada kesenangan jasad seperti makan, minum, seksualiti, sebaliknya Epicurus lebih menekankan kepada kesenangan rohani seperti bebas dari rasa takut, bahagia, tenang batin, dan lain sebagainya. Namun, kedua-duanya berpendapat sama yaitu kesenangan yang diraih adalah kesenangan yang bersifat peribadi. Aristipus menyatakan apa yang terbaik untuk manusia ialah kesenangan dan keseronokan. Epicurus pula menyatakan kebaikan tidak mungkin difahami jika unsur kenikmatan dalam hidup ditolak.Dalam fahaman hedonisme masa kini, G.E Moore pula berpegang kepada konsep baik yang bertitik tolak kepada keseronokan.

Budaya ini meletakkan 5 prinsip utama sebagai neraca dalam amalannya, dan prinsip tersebut dengan jelasnya tidak mengakui Tuhan sebagai kuasa Pencipta teragung. Dalam erti kata yang lainnya, manusia yang termasuk dalam dunia hedonisme ini bertuhankan nafsu semata. Hari demi hari yang dilalui hanyalah untuk mengejar kekayaan dunia, bermegah dengan pangkat dan kuasa hingga lupa kepada hakikat kehidupan yang sebenar yakni sebagai hamba Allah yang amat kerdil, hina dan penuh kelemahan. 3 daripada prinsip tersebut ialah

1 ) Prinsip Relative yang menekankan tidak ada suatu konsep dan pemahaman terhadap suatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Maknanya, semua boleh berubah mengikut zaman dan perkembangan ilmu.

2 ) Apa sahaja yang memuaskan hawa nafsu dianggap baik, manakala apa sahaja yang membwa penderitaan dianggap buruk.

3 ) Pilihan majoriti adlah pilihan terbaik kerana majoriti masyarakat merupakan pemutus.

Antara yang amat sinonim dengan budaya ini ialah sambutan pesta thun baru secara besar-besaran yang lebih kepada aktiviti konsert, penyalahgunaan dadah, sambutan ulang tahun yang membazir dengan tempahan itu ini dan mengundang artis untuk mengadakan persembahan, gejala sosial seperti pergaulan bebas, bidang seni dan perfileman yang seringkali disalahguna, korupsi atau rasuah yang berleluasa.

Ramai anak muda lebih suka menghadiri konsert dengan muzik hingar bingar yang membingitkan daripada mendengar alunan suci Al-Quran. Terkinja-kinja dibwah pentas hingga lupa 5 waktu solat fardhu yang berlalu begitu sahaja. Masa terbuang begitu sahaja dipusat-pusat karaoke, laungan azan yang berkumandang di masjid berdekatan terasa menyakitkan telinga. Artis luar negara dengan apa entah cara pemakaiannya dijemput dengan belanja beratus ribu malah berjuta, tapi belanja untuk perbaiki masjid berat untuk dikeluarkan. Belanja untuk mengadakan ceramah atau aktivti bercorak keagamaan terasa membazir. Ada yang lebih teruk, lebih suka berpegangan tangan atau lebih daripada itu, dengan teman wanita / lelaki, padahal ibu ayah atau adik beradik sendiri, nak pandang pun haram. Nak salam, cium tangan ibu ayah pun berat hati tapi sebaliknya dengan yang bukan muhrim, hati bukan main besar.

Lihat sahaja kemajuan di negara barat, khususnya AS, dalam keegoannya menongkat muka dan mengangkat diri di mata dunia, dalam masa yang sama, kadar jenayahnya berlaku tiap saat. Majalah mingguan Inggris Sunday Times menulis, “Meskipun AS memiliki 440 ribu polisi persekutuan, setiap jam terjadi dua kali pembunuhan, 194 kali pencurian bersenjata, 10 kali pemerkosaan terhadap wanita dan anak-anak, dan 600 kali pencurian di rumah-rumah.” Dalam keadaan masyarakat seperti ini, langsung tidak ada ertinya kemajuan dunia mereka kerana hakikatnya mereka mundur dari segi akhlak. Pnghasilan filem aksi yang tidak ada batas dan sempadannya amat besar pengaruhnya terhadap semua yang terjadi.

Betapa ruginya zaman muda yang tersia begitu sahaja dengan perkara-perkara tersebut. Kejahilan yang semakin ketara terlihat pada masa ini entah bila akan berakhir. Cuba sahaja lihat di setiap lorong jalan hari ini, anak-anak muda berkeliaran di jalan dengan aktiviti masing-masing, melepak tanpa tujuan, menghabiskan wang dan masa di pusat video dan keluar berduaan dengan pasangan yang bukan muhrim. Cuba kira berapa ramai yang menghabiskan masa di surau atau masjid mendengar kuliah yang menyentuh rohani, mendalami ilmu agama dan membuka mata hati untuk melihat semua kemungkaran dalam budaya hitam ini. Berapa ramai anak muda yang ada di dalam saf tatkala masuk waktu solat fardhu?

Apa yang kita utarakan lazimnya memantul semula ke dalam diri. Justeru itu, kukongsikan semua ini bukan kerana ingin menunjuk diri ini cukup baik. Tidak sama sekali. Perkongsian ini adalah hasil pengalaman yang kulalui sendiri agar kita sama-sama sedar dan berusaha untuk memperbaiki diri selagi ada kesempatan yang dikurniakanNya.

Hakikatnya, kebanyakan kita dikurniakan mata, tapi tidak melihat, dikurniakan telinga tapi tidak mendengar, dikurniakn hati tapi tidak merasa, dan dikurniakan mulut namun disalahguna hingga terlebih bercakap perkara yang sia-sia..