Wednesday, May 27, 2009

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah exam tuk smester ni. Walaupun da bkali-kali duk exam sebelum ni, kali ni terasa sedikit kelainan sebab ni exam yang first tuk program ijazah yg sedang di ambil.
InsyaAllah, ada 7 semester lagi yang bakal menyusul selepas ni. Kalau nk bandingkan suasana di IP ngn di sekolah, mmg jauh bezanya..sesekli rindu time sekolah2 dulu..( maaflah, bahasa rojak sikit ). Dulu, tak pernah tfikir akan masuk ke IPGM Kampus Keningau ni, sebab guru bukanlah cita2 saya. Bila saya fikir2 semula, rasa takjub dengan kebesarn dan kekuasaan Allah yang mengatur pjalanan hidup saya dengan begtu baik.
Selalu saya tfikir, kalau saya lebih gigih belajar di sekolah dulu, mungkin sya boleh menjadi doktor ( yg di impikan selama ni ), tak pun bekrja dalam bidang perubatan yg amat saya minati..Kalau saya serius dalam study dulu, pasti saya berada di universiti sekrg..Kalau saya tak main2 dalam study..semuanya pasti bbeza..Tapi bila saya fikir semula, selagi mana perkataan 'kalau..kalau' ni tak hilang, selagi tulah rasa kesyukuran takkan timbul.
Justeru, bila saya renung semuanya, muhasabah diri, sebenarnya melangkahkan kaki ke dalam IPGM ni memberi makna yang amat mendalam dlm diri saya. Saat saya menjejakkan kaki ke IP ni, saya seorang yang kosong, sedang bdiri di garisan mula. Kita ( khususnya saya ) hanya manusia yang tidak mngetahui apa2. Meskipun hakikatnya mempunyai otak untuk bfikir, namun ianya trbatas. Tak mampu menjangkau semua prkara yang telah ditetapkan olehNya. Saya rasa bsyukur, amat bsyukur kerana Allah mengurniakan saya peluang yang begitu baik untuk mpbaiki diri saya.
Sebenanrnya dalam hidup ni kita tak perlu mengeluh. Keluhan hanya menambah kekusutan yang ada. Cuba lapangkan dada, tenangkan hati..fikir sedalam-dalamnya akan nikmat yang Allah telah beri selama ni. Kita mengeluh tidak ada duit, tapi tak pernah bsyukur Allah masih beri peluang untuk bernafas secara percuma. Bygkan kalau nk bnfas pn kena bayar ( guru saya di sekolah selalu sebut )..Kita mengeluh bila sakit, tapi tak bsyukur bila Allah masih memberi kita peluang hidup di dunia. Kita mengeluh, marah bila lauk yang ada tak sedap, tapi tak pernah fikir ramai lagi yang sedang dalam krisis kebuluran hingga sanggup makan apa sahaja yang ada..bersyukurlah dengan pa yang kita ada sekarang.dan berusahalah untuk mdapat yang tbaik selain btawakal padaNya..
Allah menentukan segalanya yang tbaik utk kita, hanya kita yang tak pernah merasa puas dgn apa yang ada. Dgn takburnya mengatakan hanya kita yg tahu apa yg tbaik utk diri kita, ( astahgfirullah )..Kita dikurniakanmata, maka lihatlah..kita dkurniakan telinga, maka dengarlah..kita dkurniakan akal, maka bfikirlah..kita dikurniakan hati, rasailah dan bsyukurlah..Jgn asyik berkata 'kalau..kalau', tapi hadapilah semuanya dengan tenang, dgn penuh kesyukuran kerana Allah tak menciptakan sesuatu dgn sia2. Setiap ketentuanNya pasti ada hikmah yang tsmbunyi..Renungkanlah..

Salam Ukhwah..