“Kak..macam manalah sudah
posting?”
“Kak, apa cerita orang pulau?”
“Ok ka di sana? Best ka?”
Antara soalan-soalan yang lazim
ku terima apabila bertemu dengan rakan-rakan mahupun adik-adik junior. Biasanya aku cuma tersenyum. “Macam
biasa..ok juga..” jawabku.
“Kak..kongsi ba cerita posting di
pulau..”. Permintaan yang juga lazim. Cerita yang bagaimana ya…terlalu banyak
yang hendak kukongsikan sebenarnya, tapi tidak tahu nak mula dari mana. Banyak
perkara baru yang kupelajari bila berada di tempat baru,ada pro dan kontranya,
ada yang menyenangkan..ada juga yang sebaliknya. Adakalanya perkara dan keadaan
yang dilalui benar-benar menguji hati dan diri,namun setelah bermuhasabah diri,
keadaan dan perkara tersebut berlalu begitu sahaja..umpama angin yang menampar
keras pipi, kemudiannya beralih ke arah yang lain pula.
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya"
Hadis tersebut terngiang-ngiang
di telinga dan kotak fikiranku. Bukan mahu MENGAKU diri sebagai mukmin sejati, tidak sekali-kali...
tapi kerana mahu MENJADI salah seorang daripada mukmin yang dimaksudkan dalam
hadis tersebut..maka secara automatiknya, hati memujuk diri dan fikiran tatkala
berdepan dengan apa juga kesusahan, khususnya apabila menjadi orang baru di tempat yang baru.
“Terbuang ke mana sekalipun,
kalau ada agama, insyaAllah semua ok..” Lebih kurang begitulah kata-kata
seorang hamba Allah suatu ketika dulu..sewaktu diri masih terlibat dengan
program-program beliau. Sebut tentang program..hati sangat ingin untuk berada
dalam suasana dan lingkungan insan-insan seperti beliau. ‘Kalau ada agama..’ maksudnya
cukup dalam. Bukan bermaksud setakat nama agama yang terpapar pada kad
pengenalan atau sijil lahir, tapi pegangan diri terhadap agama. Bukan setakat
pegangan ala kadar,tapi bagaimana kita menjadikan agama sebagai pendirian,
prinsip dan perisai diri untuk berdepan dengan apa juga keadaan. Seindah manapun
suasana yang dihadapi, ia tidak melalaikan diri..dan sebaliknya, seburuk,
seteruk atau sesusah manapun keadaan yang dihadapi, ia tidak menjatuhkan
diri..kerana diri berpegang dengan agama. Agama menjadikan kita manusia yang
rasional dan professional mendepani cabaran kehidupan.
Itu yang sering aku fikir dan
cuba tanam sedalam-dalamnya dalam diri selama ini. Justeru, tatkala menerima
keputusan penempatan sejak lantikan interim dan penempatan tetap (sekolah yang
sama), aku serahkan semuanya pada Allah. Hanya berdoa memohon kekuatan dan
kemudahan dari Allah dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Kakak tinggal di manalah di
pulau 2? Ada air? Makan minum macamana?”
Soalan ini juga lazim diajukan
padaku. Bukan saja dari sanak saudara, bahkan rakan-rakan dan junior-junior
yang begitu teruja ingin tahu kehidupan guru baru di Pulau Banggi. Aku tinggal
di rumah guru yang lama, yang juga lama ditinggalkan tanpa penghuni..dan aku
berseorangan. Hanya ada 3 orang guru perempuan di sekolahku dan keduanya sudah
berkahwin serta tinggal bersama suami dan keluarga masing-masing. Jadi aku
terpaksa tinggal seorang diri di rumah guru lama tersebut. Guru-guru yang lain
semuanya lelaki dan mereka tinggal di rumah guru baru, semuanya sudah berkahwin
dan seorang antara mereka tinggal bersama isteri dan anaknya di rumah guru baru
tersebut (ada dua buah rumah guru baru). Air terpaksa bergantung dengan air
hujan, dan menggunakan solar hybrid untuk sumber kuasa. Kali pertama aku tiba
di rumah tersebut, lampu hanya bertahan sehingga lebih kurang jam 10-11 malam..itupun
hanya lampu diruang tamu yang masih ada dan berfungsi..kemudian, tidak lama
selepas itu, ianya hanya mampu bertahan
selama 5-10 minit..jadi malamku hanya disinari cahaya lilin selepas itu. Oleh
kerana kasihan dengan murid yang selalu datang belajar di rumah pada waktu
malam (juga kasihan dengan diri sendiri)..aku mengambil inisiatif sendiri
membeli wayar dan segalanya yang perlu untuk menyambung tenaga solar dari
sekolah. Alhamdulillah…guru-guru lelaki membantu dengan cukup pantas dan dalam
beberapa jam saja, lampu dirumahku kembali menyala. Malah mereka turut
menyambungkan lampu di dapur menjadikan rumahku terang benderang di malam
hari…Alhamdulillah….
Tidak lama selepas itu, setelah
hati gembira dengan adanya cahaya lampu di rumah…ujian datang lagi apabila air
di dalam tangki tiba-tiba habis dan kebetulan waktu itu bukanlah musim hujan..ketika
itu, aku teringat zaman dulu-dulu semasa masih bergelar pelatih ip. Juga zaman
kanak-kanakku…masalah air sudah menjadi lumrah. Mandi di sumur, sungai, perigi,
mata air, parit..kolam ikan..sudah sebati dalam dunia kanak-kanakku. Adakalanya
sebaldi (bekas tin cat yang kecil) sudah cukup untuk memandikan adikku dulu. Di
ip pula..setengah baldi pun sudah cukup bagus(bila tiba musim krisis
air)..syukur Alhamdulillah..keadaan itu sudah menjadi kebiasaan, sudah menjadi
salah satu pengalaman hidup yang berharga..justeru bila berhadapan dengan
krisis air di tempat baru..aku tidak mudah melatah walaupun diri sedikit payah memujuk
hati. Walau sudah biasa melalui keadaan itu, ada bezanya bila berada di tempat
baru..kerana diri sendirian tanpa keluarga dan teman-teman. Jika dulu, mandi di
parit pun tidak kisah sebab dengan adik beradik..hanya mampu cuci mata dan muka
di ip pun tidak kisah, sebab rakan-rakan lain pun sama..tapi kini..perlu
sendirian. Alternatifnya..terpaksa mengunjung bangunan prasekola untuk mandi
dan membasuh baju..dan kini Alhamdulillah..atas ehsan orang kampung..aku
dipinjamkan sebuah tangki kecil dan dimasukkan ke dalam dapur rumahku lalu
membeli air dari mereka..
“Orang-orang kampung ok juga ka
sana?”
Emm…untuk menjawab soalan ini,
mungkin pada kisah yang akan datang…insyaAllah..