Sunday, January 17, 2010

Mengapa? Cuba fikirkan..

Mutakhir ini, isu penggunaan nama Allah semakin mendapat liputan meluas dalam kalangan banyak pihak, bukan sahaja wakil-wakil politik, malahan 'ulama-ulama' moden, para ilmuan tempatan, pemikir bebas juga pihak media.

Aku menitipkan entri ini bukan untuk mengeluarkan hujah sama ada menyokong pihak yang melarang atau sebaliknya. Aku hanya ingin membuka sedikit ruang kepada semua sahabat di luar sana untuk berfikir mengenai sesuatu sebelum terus memberikan pandangan yang mungkin dikelabui oleh sentimen emosi, perkauman atau menganggap orang lain salah.

Aku percaya, sebagai umat Islam, kita berdiri atas amal dan ilmu. Keduanya pula berdiri atas dasar iman. Dan semuanya bergantung kepada satu kata yang membawa makna yang amat dalam iaitu 'ikhlas'. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk menetapkan niat dalam melakukan semua ini hanya keranaNya. Beberapa sahabat pernah bertanya pendapatku mengenai isu ini, dan secara jujur ku katakan, ilmuku dalam isu ini terlalu cetek dan aku bimbang pernyataan pandanganku akan mengeruhkan kekeliruan yang sedia ada.

Ku titipkan entri ini berdasarkan kepada pembacaan, pemahaman, pemikiran dan perbincangan bersama beberapa hamba Allah. Aku tidak ingin berlagak pandai, tidak berniat menambhkan kekeliruan atau memanaskan lagi keadaan khususnya di bumi ip ini, sebaliknya aku cuma ingin berkongsi pandangan.

Aku membaca, meneliti dan cuba memahami setiap hujah setiap pihak yang melontarkan pandangan masing-masing. Namun setakat ini, aku belum membaca secara terperinci hujah pihak yang menuntut penggunaan kalimah nama Allah. Dan aku sebenarnya ingin tahu kenapa mereka ingin menggunakan kalimah nama Allah. Jika alasan mereka ialah ingin mentranslasikan perkataan 'Lord' atau ' God', kenapa tidak menggunakan kalimah 'Tuhan' sahaja? Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan dari tuntutan mereka. Kenapa baru sekarang menuntutnya, andai sejak dahulu mereka katakan mereka telah menggunakan kalimah Allah? Ada alsan lain mengapa mentranslasikan kalimah 'Lord' iaitu ingin memartabatkan bahasa Melayu dalam semua bidang termasuklah agama. Wajarkah, logikkah? Anda sendiri fikirkan..

Secara peribadi, aku melihat ada sesuatu yang terselindung disebalik tuntutan mereka. Isu ini bukannya isu politik sehingga boleh ditolak tarik, bukan isu ekonomi yang boleh dipajak gadai, ia berkaitan aqidah yang selama ini berhabisan dipertahankan, dijaga oleh insan-insan yang mempunyai mata hati. Jika ada yang mengatakan Allah, Tuhan bagi umat Islam adalah sama dengan Allah pada sudut pandang agama Kristian, ia jelas-jelas menunjukkan mereka cuba untuk menyamakan Allah Yang Esa dengan Allah yang mereka pertahankan dengan konsep triniti. Astaghfirullah al'azim..Aku minta maaf andai timbul kekliruan ats pernyataan ku ini. Jika mereka mengatakan kita menyembah Tuhan yang sama kerana nama yang sama, ia sama sekali salah. Pokok pangkalnya ialah iktikad, aqidah kita sebagai umat Islam yang cuba diruntuhkan oleh banyak pihak setelah sekian lama. Rentetan daripada isu ini, tidak mustahil selepas ini akan timbul pula isu baru berkaitan dengan agama yang akan mensensasikan media.

Menapa tidak boleh? Mengapa dilarang? Mengapa ia wajar kita pertahankan? Buka mata hati masing-masing. Kembali ke titik mula andai kekeliruan mulai menjengah fikiran dan hati kita. Aku percaya, ramai yang mempertahankan pendapat diluar sana kerana emosi mengelabui kejernihan fikiran. Kebenaran tetap kebenaran, namun harus kita ingat, kebenaran yang berserabut akan kalah oleh kebatilan yang dirancang kemas. Untuk memartabatkan kebenaran( haqq) kita memerlukan ilmu yang bersandarkan hujjah yang kuat. Isu ini bukan boleh diselesaikan dengan menguasai bidang sejarah sahaja( ada yang mnyokong penggunaan kalimah nama Allah berdasarkan sejarah ), bidang politik, atau kenegaraan ( ada yang menyokong atas alasan demokrasi liberal ) tapi ia juga wajar dilihat dari sudut teologi dan asas agama itu sendiri.

Aku tahu dan aku sedar isu ini sangt sensitif, termasuk dalam kalangan warga kampus Keningau kerana peratus non muslim yang jauh lebih besar berbanding umat Islam, namun dalam membincangkan apa jua isu, apa yang penting keterbukaan dan kesediaan kita untuk menerima kebenaran yang sebenar-benarnya. Aqal kita sangat terbatas, justeru janganlah berlagak tahu siapa yang benar, siapa yang salah jika belum meneliti sesuatu daripada pokok pangkalnya. Minta maaf andai ada yang tersinggung.

Sebagai tambahan, aku ingin kongsikan pandangan-pandangan insan yang lebih dalam pengetahuannya untuk kita sama-sama berfikir tentang perkara ini...insyaAllah, kita akan mendapat sesuatu daripada penjelasan dan kata-kata mereka.
majalahikhwah, Faisal Tehrani, atau penjelasan pandangan oleh ilmuan dalam Rausyanfikir..Byk lagi pendapat berkenaan isu ini, namun sebagai permulaannya, ada baiknya kita bermula dengan yang sedikit namun padat dengan penjelasan yang mudah difahami..

Fikirkanlah...

Assalamualaikum..