Friday, February 12, 2010

Remaja vs Cinta

Bismillah...

Aku tidak tahu sebenarnya hendak menulis tentang apa kali ini. Cuma, kesempatan yang ada sementara menunggu kakak tiba menjemputku di pekan, aku terfikir satu perkara, suatu peristiwa dan suatu rasa yang ku rasa wajar kiranya untuk dikongsikan.

Untuk makluman, aku bukanlah pakar dalam hal cinta ni, khasnya cinta remaja..tapi, aku juga pernah melalui keadaan yang sama seperti 'budak-budak' sekarang. Aku menggelar mereka budak bukan kerana aku cukup dewasa, tapi kerana ku melihat mereka mentafsir perkataan ' cinta' itu terlalu mudah dan boleh di terjemahkan dalam bentuk tindakan yang sesuai mengikut hati mereka. Justeru itu, maafkan aku ya...

Pernah aku terfikir dahulu, apa itu cinta? Kenapa mesti mempunyai pasangan sedangkan belum berkahwin? Apa kepastian atau jaminan bahawa mereka pasti bersama dengan 'couple' mereka itu? Senarionya pada hari ini, ramai belia, belasa tahun sudah mula terjebak dengan cinta. Perhatikan sahaja filem dari seberang, masih berunifom sekolah, perlakuan seperti orang dewasa. Sudah tahu mengungkapkan ' I love you'....amat mudah sekali.

Aku pernah bertanya kepada rakan-rakan, kenapa mesti bercouple?
Mereka kata, hanya untuk berkenalan..mengenali isi hati...jadi timbul satu lagi persoalan, kenapa perlu bercouple kalau hanya ingin mengenali isi hati? Kalau berkawan biasa, tidak boleh kah? Mengapa perlu menghabiskan wang ringgit untuk membeli kredit, membelikan hadiah dan sebagainya.

Beberapa hari lagi, tanggal 14 Februari akan menjelang. Remaja yang tengah hanyut pastinya ternanti2 akan kemunculan hari tersebut. Apa istimewanya hari tersebut? Anda fikirlah sendiri. Kdang2, sakit hati dan sakit kepala bila memikirkan generasi hari ini makin jauh dari landasan yang sebenarnya. Aku tidak mengatakan aku sudah cukup baik untuk menegur, cuma aku tidak ingin menjadi pemerhati setia kemungkaran yang semakin menjadi saban hari.


InsyaAllah, di masa lain, akan ku sambung perkongsianku kerana masa tidak mengizinkan buat masa ini. Sehingga berjumpa di masa akan datang. Selamat bercuti semua...

Assalamualaikum...