Monday, December 19, 2016

Kembara di Bumi Sonata (part 2)



Hari mulai cerah. Jam hampir ke angka lapan. Oleh kerana masih berada di dalam airport, suhu di luar kurang terasa. Melihat para manusia di balik dinding kaca yang memakai baju sejuk, aku anggap suhunya memang sejuk. Alhamdulillah aku siap sedia pakai jaket, ala kadar saja untuk hangatkan badan. Di awal pagi seperti ini, pastinya aku tercari-cari kehangatan dan kewangian aroma kopi. Pantas, rinduku terbit pada kopi Tenom. Kopi terbaik dan tersedap setakat ini. Alhamdulillah, aku lahir dan membesar di Tenom. Heheh. Dalam masa yang sama, aku turut rindu pada partner kopiku, tidak lain dan tidak bukan, Cik Sclolastica (nama manjanya banyak, ada Tica, Ica, Ika, Ikang, Tikang..aku selesa panggil Ika saja). Mengupi bersama adalah kemestian bagi kami di pulau. Khususnya sebelah petang dan malam, pasti ada kopi di meja makan. Dan biasanya, akulah yang selalu dibuli jadi tukang bancuh kopi. Pernah, aku tinggalkan kopiku di atas meja, bila tengok balik kiranya mau minum , sudah habis! Aku cuma mampu terkedu. Bukan marah..tapi rasa lucu. Dan Ika memandangku dengan muka bersalahnya. “Sorry kakkkk..” ucapnya, bersekali dengan ekspresi bersalahnya. 

Berbalik kepada alkisahnya kembaraku..heheh..

Setelah beberapa ketika, seseorang menghubungiku. Dialah yang akan mengambil dan membawa kami sepanjang perjalanan 6 hari 5 malam di Bumi Sonata. Namanya Suu. Juga Sabahan. Orang Keningau. Dan bermastatutin di Korea. Jadi isu komunikasi insyaAllah tidak ada masalah. Sampai saja Suu, dia menerangkan bahawa kami akan terus ke guest house terlebih dahulu dan untuk ke sana, kami akan menaiki bas. Airport bus. Macam di KKIA tu. Heheh. Okey saja bagi kami. Jadilah kami ikur si Suu ke pondok tiket bas. Keluar dari kawasan bangunan airport..nahhh..nafasku tersekat. Punya sejuk. Pantas ku tutup hidung guna hujung tudung. Ada sudah ‘asap’ keluar dari mulut dan lubang idung bila hembus nafas. Inilah kalau biasa di negara khatulistiwa. Tapi cover-cover juga tu perasaan kebaruan. Lagipun sudah prektis di Kundasang. Haha. Sampai di pondok tiket, aku hanya memerhati Suu berkomunikasi dengan petugas di pondok. (Hahah..kata nama ‘pondok’ kurang sesuai kot.) Macam kaunter tapi much better. Dapat tiket, Suu terus berikan pada kami dan  memberi penerangan serba sedikit dengan cepat, ringkas dan padat. Luggage masuk dalam ruang penyimpanan barang dan dilekatkan dengan nombor tertentu. Kami juga diberikan pelekat nombor yang sama dengan pelekat pada luggage. Tujuannya supaya tidak tertukar beg. Destinasi kami ialah Jongno 3(3 dibaca sam)ga. Jogno 3-ga ni kawasan di tengah bandaraya Seoul. Kawasan yang sibuk. Sampai ja airport bus, bermulalah sesi komunikasi apabila uncle driver bertanya destinasi (bas airport berhenti pada stesen-stesen tertentu dan stesennya juga berbeza dengan bas biasa.) Nasib Suu dah bagitau. Jadi sebut sajala Jongno samga. Aku fikirkan perjalanan menaiki bas mungkin sekitar 30 minit paling lama..rupanya sejam lebih. Siap tersengguk sengguk aku tertidur di dalam bas. Ohya.. dalam bas kena pakai seatbelt okey..macam naik Tungma. Hahah. Macam dalam RunningMan tu..kalau perasan, tiap kali naik kereta atau bas mesti dorang pakai seatbelt dulu. Safety first hokey? Uncle driver tu pulak siap periksa lagi semua penumpang da fasten seat belt ka belum. Kalau belum, dia akan suruh pakai dulu. Lepas da pastikan semua fasten seatbelt, barulah uncle driver duduk di tempatnya dan mula memandu. Boleh duduk di mana-mana seat, tiada nombor khusus kecuali pelekat nombor untuk luggage. Sebelum gerak, driver juga bagi ucapan alu-aluan macam pilot selalu buat sebelum kapal berlepas. Situ dah nampak bezanya lagi sistem pengangkutan awam kita dengan diorang nih. Suu selalu cakap, jangan risau sesat di sini, sebab boleh rujuk laluan subway atau bas yang ada berlekat di stesen bas dan laluan subway. Lagi satu, pengangkutan mereka memang mudah dan selesa. Okey, aku ternanti-nanti pengalaman merasai pengangkutan awam Korea yang seterusnya. 

Alhamdulillah sekali lagi stesen airport bus memang betul-betul ada dekat dengan guest house kami. Jalan beberapa langkah ja. Jadi berbunyilah luggage di heret sebaik keluar dari perut bas hinggalah tiba di guest house. Memang sibuk dan ramai orang. Kawasan tengah bandar kot. Masa di Jeju, bila uncle driver teksi tanya kami tinggal di mana di Seoul, dan kami sebutkan Jongno..reaksi uncle diver berubah..(nampak kekaguman) 

“You must be rich, “ kata uncle. Kami hanya tertawa. “No uncle..we are not rich” sahut Suu. Baru kutahu kawasan tengah bandar biasanya untuk orang high taste, berada dan ‘kaya’. Sebab taraf hidupnya tinggi. ‘Oh..ndala kali kaya’ bisik hatiku. Kalau kaya, nda aku menetap di guest house. Mesti di hotel. Hahah.

Oleh kerana kami akan bergerak ke Jeju pada sebelah malam, kami tidak check in terus. Menumpang sementara saja di bilik Suu. Kenapa begitu..pastinya untuk menjimatkan kos. Namanya trip jimat dan backpackers. Nda rock la kalau mewah2. Hahah. Duduk-duduk cerita dengan Suu dan roomatenya, Adleen , aku terus bertanya tentang waktu solat dan pengalaman mereka sebagai Muslim di sana. Suu menunjukkan aplikasi ‘Halal Korea’ dan memintaku install aplikasi tersebut. Banyak membantu dan memudahkan dalam urusan seharian, khususnya para pelancong, macam kami (Oppss..aku nda mau disebut pelancong, aku lebih selesa dipanggil pengembara..weehaa. Pelancong dan pengembara berbeza tau..berbeda). Aplikasi HalalKorea ni juga sentiasa dikemaskini, jadi insyaAllah sangat boleh dipercayai. Selain waktu solat, arah kiblat, tempat solat sekitar bandar selain masjid, tempat makan, jenis makanan yang boleh dimakan, panduan kembara, mp3 al-Quran turut ada. Memang sangat membantu..alhamdulillah. Beruntunglah insan yang menjadi pencetus inovasi teknologi macam tu, mengalir macam air pahala yang masuk dalam akaun akhiratnya. Apa dan macamana pengalaman kepayahan dalam usaha menunaikan kewajipan sebagai Muslim di sana? Sebentar nanti akan aku kongsikan. 

Selesai pengurusan diri, kami terus mulakan rondaan di sekitar Insadong dan Namdaemun. Belum masuk subway…lawat-lawat kawasan luar dulu. Dan juga makannn. Okey, lunch pertama aku nda ingat apa namanya. Almaklumlah nama makanan Korea ni boleh buat lidah berbelit mo sebut. Yang aku ingat, macam nasi goreng seafood, tapi ada cheese. So, agak sticky tapi rasanya boleh tahan. Bagi yang nda memilih sangat makanan macam ceq, kira sedap sudah tu. Masalahnya, aku nda terer pakai chopstik, memang balik-balik chopstik tepeleot. Tapi nda pa, berjaya juga aku menambah mangkuk kedua untuk nasi goreng seafood nih, lepas tukar-tukar posisi chopstik dan akhirnya guna sudu. Apa yang penting bagiku, makan dan kenyang. Alhamdulillah.