Hari mulai cerah. Jam
hampir ke angka lapan. Oleh kerana masih berada di dalam airport, suhu di luar
kurang terasa. Melihat para manusia di balik dinding kaca yang memakai baju
sejuk, aku anggap suhunya memang sejuk. Alhamdulillah aku siap sedia pakai
jaket, ala kadar saja untuk hangatkan badan. Di awal pagi seperti ini, pastinya
aku tercari-cari kehangatan dan kewangian aroma kopi. Pantas, rinduku terbit
pada kopi Tenom. Kopi terbaik dan tersedap setakat ini. Alhamdulillah, aku
lahir dan membesar di Tenom. Heheh. Dalam masa yang sama, aku turut rindu pada
partner kopiku, tidak lain dan tidak bukan, Cik Sclolastica (nama manjanya
banyak, ada Tica, Ica, Ika, Ikang, Tikang..aku selesa panggil Ika saja).
Mengupi bersama adalah kemestian bagi kami di pulau. Khususnya sebelah petang
dan malam, pasti ada kopi di meja makan. Dan biasanya, akulah yang selalu
dibuli jadi tukang bancuh kopi. Pernah, aku tinggalkan kopiku di atas meja,
bila tengok balik kiranya mau minum , sudah habis! Aku cuma mampu terkedu.
Bukan marah..tapi rasa lucu. Dan Ika memandangku dengan muka bersalahnya. “Sorry
kakkkk..” ucapnya, bersekali dengan ekspresi bersalahnya.
Berbalik kepada alkisahnya
kembaraku..heheh..
Setelah beberapa ketika,
seseorang menghubungiku. Dialah yang akan mengambil dan membawa kami sepanjang
perjalanan 6 hari 5 malam di Bumi Sonata. Namanya Suu. Juga Sabahan. Orang
Keningau. Dan bermastatutin di Korea. Jadi isu komunikasi insyaAllah tidak ada
masalah. Sampai saja Suu, dia menerangkan bahawa kami akan terus ke guest house
terlebih dahulu dan untuk ke sana, kami akan menaiki bas. Airport bus. Macam di
KKIA tu. Heheh. Okey saja bagi kami. Jadilah kami ikur si Suu ke pondok tiket bas. Keluar
dari kawasan bangunan airport..nahhh..nafasku tersekat. Punya sejuk. Pantas ku
tutup hidung guna hujung tudung. Ada sudah ‘asap’ keluar dari mulut dan lubang
idung bila hembus nafas. Inilah kalau biasa di negara khatulistiwa. Tapi
cover-cover juga tu perasaan kebaruan. Lagipun sudah prektis di Kundasang. Haha.
Sampai di pondok tiket, aku hanya memerhati Suu berkomunikasi dengan petugas di
pondok. (Hahah..kata nama ‘pondok’ kurang sesuai kot.) Macam kaunter tapi much
better. Dapat tiket, Suu terus berikan pada kami dan memberi penerangan serba sedikit dengan cepat,
ringkas dan padat. Luggage masuk dalam ruang penyimpanan barang dan dilekatkan
dengan nombor tertentu. Kami juga diberikan pelekat nombor yang sama dengan
pelekat pada luggage. Tujuannya supaya tidak tertukar beg. Destinasi kami ialah
Jongno 3(3 dibaca sam)ga. Jogno 3-ga ni kawasan di tengah bandaraya Seoul. Kawasan
yang sibuk. Sampai ja airport bus, bermulalah sesi komunikasi apabila uncle
driver bertanya destinasi (bas airport berhenti pada stesen-stesen tertentu dan
stesennya juga berbeza dengan bas biasa.) Nasib Suu dah bagitau. Jadi sebut sajala
Jongno samga. Aku fikirkan perjalanan menaiki bas mungkin sekitar 30 minit
paling lama..rupanya sejam lebih. Siap tersengguk sengguk aku tertidur di dalam
bas. Ohya.. dalam bas kena pakai seatbelt okey..macam naik Tungma.
Hahah. Macam dalam RunningMan tu..kalau perasan, tiap kali naik kereta atau bas mesti dorang pakai seatbelt dulu. Safety first hokey? Uncle driver tu pulak siap periksa lagi semua penumpang da fasten seat belt ka belum. Kalau belum, dia akan suruh pakai dulu. Lepas da pastikan semua fasten seatbelt, barulah uncle driver duduk di tempatnya dan mula memandu. Boleh duduk di mana-mana seat, tiada nombor khusus kecuali pelekat nombor untuk luggage. Sebelum gerak, driver juga bagi ucapan alu-aluan macam pilot selalu buat sebelum kapal berlepas. Situ dah nampak bezanya lagi sistem pengangkutan awam kita dengan diorang nih. Suu selalu cakap, jangan risau sesat di sini, sebab boleh rujuk laluan subway atau bas yang ada berlekat di stesen bas dan laluan subway. Lagi satu, pengangkutan mereka memang mudah dan selesa. Okey, aku ternanti-nanti pengalaman merasai pengangkutan awam Korea yang seterusnya.
Alhamdulillah sekali lagi stesen airport bus memang betul-betul ada dekat dengan guest house kami. Jalan beberapa langkah ja. Jadi berbunyilah luggage di heret sebaik keluar dari perut bas hinggalah tiba di guest house. Memang sibuk dan ramai orang. Kawasan tengah bandar kot. Masa di Jeju, bila uncle driver teksi tanya kami tinggal di mana di Seoul, dan kami sebutkan Jongno..reaksi uncle diver berubah..(nampak kekaguman)
Alhamdulillah sekali lagi stesen airport bus memang betul-betul ada dekat dengan guest house kami. Jalan beberapa langkah ja. Jadi berbunyilah luggage di heret sebaik keluar dari perut bas hinggalah tiba di guest house. Memang sibuk dan ramai orang. Kawasan tengah bandar kot. Masa di Jeju, bila uncle driver teksi tanya kami tinggal di mana di Seoul, dan kami sebutkan Jongno..reaksi uncle diver berubah..(nampak kekaguman)
“You must be rich, “ kata uncle.
Kami hanya tertawa. “No uncle..we are not rich” sahut Suu. Baru kutahu kawasan
tengah bandar biasanya untuk orang high taste, berada dan ‘kaya’. Sebab taraf
hidupnya tinggi. ‘Oh..ndala kali kaya’ bisik hatiku. Kalau kaya, nda aku
menetap di guest house. Mesti di hotel. Hahah.
Oleh kerana kami akan
bergerak ke Jeju pada sebelah malam, kami tidak check in terus. Menumpang sementara
saja di bilik Suu. Kenapa begitu..pastinya untuk menjimatkan kos. Namanya trip
jimat dan backpackers. Nda rock la kalau mewah2. Hahah. Duduk-duduk cerita
dengan Suu dan roomatenya, Adleen , aku terus bertanya tentang waktu solat dan
pengalaman mereka sebagai Muslim di sana. Suu menunjukkan aplikasi ‘Halal Korea’
dan memintaku install aplikasi tersebut. Banyak membantu dan memudahkan dalam
urusan seharian, khususnya para pelancong, macam kami (Oppss..aku nda mau
disebut pelancong, aku lebih selesa dipanggil pengembara..weehaa. Pelancong dan
pengembara berbeza tau..berbeda). Aplikasi HalalKorea ni juga sentiasa
dikemaskini, jadi insyaAllah sangat boleh dipercayai. Selain waktu solat, arah
kiblat, tempat solat sekitar bandar selain masjid, tempat makan, jenis makanan
yang boleh dimakan, panduan kembara, mp3 al-Quran turut ada. Memang sangat
membantu..alhamdulillah. Beruntunglah insan yang menjadi pencetus inovasi
teknologi macam tu, mengalir macam air pahala yang masuk dalam akaun
akhiratnya. Apa dan macamana pengalaman kepayahan dalam usaha menunaikan
kewajipan sebagai Muslim di sana? Sebentar nanti akan aku kongsikan.
Selesai pengurusan diri,
kami terus mulakan rondaan di sekitar Insadong dan Namdaemun. Belum masuk
subway…lawat-lawat kawasan luar dulu. Dan juga makannn. Okey, lunch pertama aku
nda ingat apa namanya. Almaklumlah nama makanan Korea ni boleh buat lidah
berbelit mo sebut. Yang aku ingat, macam nasi goreng seafood, tapi ada cheese. So, agak sticky tapi rasanya boleh tahan. Bagi yang nda memilih sangat makanan macam ceq, kira sedap sudah tu. Masalahnya, aku nda terer pakai chopstik, memang balik-balik chopstik tepeleot. Tapi nda pa, berjaya juga aku menambah mangkuk kedua untuk nasi goreng seafood nih, lepas tukar-tukar posisi chopstik dan akhirnya guna sudu. Apa yang penting bagiku, makan dan kenyang. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment