Monday, July 6, 2009

Ceritera cuti semester

Bru2 ni, hamba balik kampung lagi.( cewah, men 'hamba2' da..hoho ). Walau hnya tidur semalam di rmah, da cukup baik sebab byk pbincangan antraku dan emak. Tetiba rasa nk kongsikan sesuatu pula hasil dri pengamatanku sejak cuti semester lalu. Ni takda kaitan dgn pbincangan sulitku dan emak ye..Ni ceritera cuti smester antaraku dan makcik2 ku yang teramat sporting dan terbuka..Begnilah kisahnya..

Alhamdulillah, cuti yang kulalui agak baik meskipun agak sunyi.( skema punya ayat ). Cuti pada minggu kedua di kampung agak meriah kerana pakcik-pakciku datang bercuti bersama keluarga masing-masing. Bukan sahaja meriah, malah bingit dan membingungkan. Kehadiran mengejut kanak-kanak yang hyperaktif menjadikanku sebagai mangsa buli mereka.

Pergi kemana sahaja, akan dipaut, disekat dan ditahan oleh kanak-kanak yang beratnya mencecah separuh berat badanku. Itu baru sorang. Kalau dua tiga orang, rasa macam nak patah tulang belakang bila semuanya minta gendong. Walaupun penat melayan mereka, namun ia memberikan suatu perasaan yang sukar dnyatakan dengan kata-kata. Bayangkanlah, biarpun jam telah menunjukkan angka 10 malam, mereka masih berlari kjar berkejaran dan melompat disana sini. Hanya selepas mereka tidur dek keletihan, baru aman rasanya dunia di rumah.

Dapur pula menjadi saksiku dalam mempamerkan ke’terer’anku yang sememangnya tak ‘terer’ dalam bab masak memasak. Segalanya bertambah haru biru apabila sepupuku ditugaskan bersamaku untuk memasak makan malam. Ke’terer’ran kami bertambah jelas apabila memotong semua sayur kerana tidak tahu hendak masak apa. Dapur gas pula buat masalah bila malu-malu kucing nak keluarkan api. Akhirnya, ikan gorang hangus dan kari tak jadi. Hohoh…

Namun apa yang paling tak dapat kulupakan ialah saat berbicara bersama isteri-isteri pakcikku yang amat sporting dalam banyak hal. Aku menjadi mangsa wawancara apabila di intebiu berkenaan kehidupanku di maktab. Mereka sama sekali tidak percaya aku tidak mempunyai teman tapi mesra di maktab. Mereka merasakan ia suatu kerugian. Aku terpana seketika.( eseymen, mcm dalam novel la pula ). Apa pula yang rugi? Pakcik2 ku pula bertanya di belakang, melalui sepupuku. Alahai, lucunya pakcik2 kesayanganku ini.

“ Bukan nak kahwin terus pun. Inilah masanya nak kenal-kenal lelaki ni macamana “ makcik 1 berkata.

“ Ya, bukan pasti pun. Kalau ada jodoh,adalah, kalau tiada cari yang lain” makcik 2 menyambung.

“ Pasanglah dua tiga ka..baru senang “ . Dua tiga orang? Seorang pun payah..hahaha..aku ketawa dalam hati.

Aku tersenyum simpul. Simpulan yang penuh isi tersirat. Tiap orang ada pandangan masing-masing. Demikian jua aku. Aku cuma ketawa kecil dan tidak menjawab. Kalau aku menjawab, nanti keluar pula hujah yang bukan-bukan. Hehe…

Tak apalah makcik. Bagiku, mempunyai teman seperti itu bukan satu keperluan utama. Aku terima tawaran masuk ke maktab bukan sebab nak cari atau ada 'teman' itu. Cukuplah sekali kesilapan yang telah kulakukan sebelum ini. Aku lebih rela tidak mempunyai 'teman tapi mesra' jika ia membuatkanku semakin tak kenal diri. Kalau sekadar ingin bermain, boleh juga. Tapi hal begini bukanlah suatu permainan bagiku. Permainan yang agak bosan rasanya ( maaf kalau ada yang tersinggung ). Seperti kata seorang siswa, ‘aku tidak mencari teman wanita atau kekasih, aku mencari pasangan hidupku’. Wah..kata-kata ini amat suka ku dengar. Walau hanya dalam cerita biasa.

Bercinta sebagai agen perkenalan dengan lelaki. Bagiku, ia kurang tepat kerana hasil kajian dan pengamatn yang ku lihat sendiri, lelaki mudah berubah ikut situasi. Kata Dr. Fadzilah Kamsah, lelaki makhluk empat alam. Lagi dasyat. Masa berkwan, bercinta, berkahwin ( dalam rumah dan luar rumah ) adalah berbza. Maaflah kaum lelaki. Hamba tak label semua lelaki macam tu, tapi kebanyakannya memang macam tu. Seorang ‘adam’ pernah berkata : “dalam 10 orang lelaki yang berkata berperasaan dengan anda ( hawa ) dan ingin bersama anda, hanya seorang yang benar-benar ikhlas mengatakannya, selebihnya hanya menginginkan yang selainnya”..Agak mengejutkan kerana ia pengakuan dari seorang adam. Kalau da bgtu kisahnya, mcmmna nak kenal lelaki yang benar-benar ikhlas?

Nah..distu letaknya keyakinan penuh pada Allah. Kalau hati dah ikhlas melakukan apa jua keranaNya, Dia pasti beri yang trbaik buat kita. Selama ini pun Dia sentiasa beri yang terbaik, hanya kita sebagai manusia yang degil tidak mahu menilainya dari mata hati. Sentiasa cuba mengubah segala ketetapanNya. Hakikatnya, manusia tidak pernah puas. Dapat 1, nak 2. Dapat 2. Nak 3 dan begitulah seterusnya.

Cinta itu datng dariNya, jadi biarlah kucuba tetapkan hati untuk mnyerahkan segalanya padaNya. Segalanya memang dah ditetapkan sejak di lauhmahfuz lagi. Hanya kita perlu berusaha untk mencapai yang terbaik. Untuk mendapt yang terbaik, perlulah perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Dan insyaAllah, aku sedang berusaha ke arah itu. Dan insyaAllah semuanya akan berjalan lancar.

Cinta adalah fitrah manusia. Tapi cinta tak semestinya diterjemah dengan bercouple. Couple masa kini terlalu jauh dari erti sebenar cinta ( sekali lagi maaf jika ada yang tersinggung ). Sebab itu aku tegas katakan couple bukan caranya untuk menterjemah dan meluahkan rasa cinta. Cinta itu suci dan mendamaikan jika kita tahu meletakkannya pada tempatnya..( kata-kata ni dipetik dari ayat seorang junior..tapi betul apa ) Kadangkala, bila kita sudah terjebak, kita akan sehabisnya menafikan suatu kebenaran, justeru itu, kembali lah sejenak ke titik asal. Kata orang putih, “ back to the basic ”..hehe, lepas tu, baru fikir semula semuanya.

So..dah panjang lebar hamba berceramah + bercerita kali ni. Hamba sekadar nak berkongsi pandangan ja. Kalau ada yang tersinggung, mohon maaf. Kalau tak puas hati juga, janganlah men umpat2 ya..jumpa trus hamba secara berdepan atau komen kat blog ni. Hehe..

Assalamualaikum…………..