Sunday, December 6, 2015

Helloo........... Bandung!....

Bismillah.

"Kena buat travelog baru2 ni dan cadangan xpdc muslim backpacker kata orang pulau..." kata beliau (insan istimewa) (kepada beliau..abaikan perkataan "insan istimewa' kalau-kalau 'annoying'..hahah, astaghfirullah, istighfar banyak2)

* istimewa itu luas maknanya. (Heheh)

22 Nov -26 Nov 2015. 

Tarikh istimewa terlakar buat diri, kerana berjaya menjejakkan kaki ke luar negara buat pertama kali. (Kesian juga diri ini..haha) Alhamdulillah, Allah memberi peluang untuk merasa pengalaman tersebut. Pengalaman yang istimewa (tengok..kan guna perkataan istimewa lagi, hehe). Ke mana tu?? Yihaa..ke Bandunggg... Dengan siapa?? Dengan housemate2 kesayangan jiwa hamba. Dan trip ke Bandung ni sudah kami rancang sejak awal lagi...So..sebelum berubah status, liburan dulu bersama mereka. (Liburan okey..bukan hiburan..hahah)

Apa ada di Bandung?

Okey, kalau ada yang tanya soalan begitu, takkan dapat ku jawab mengikut aras KBAT. Jawapanku, Bandung ada keistimewaannya yang tersendiri berbanding tempat2 lain. Untuk kaki shopping, iyaa...untuk kaki jalan, iyaaa..untuk kaki fikir, pun iyaaa, dan untuk kaki tengok, pun iyaa...aku tidak pasti aku termasuk dalam kumpulan 'kaki mana', yang pastinya, aku tidak memasang niat untuk bershopping di sana. Aku mencari sesuatu .......sesuatu nilai dan pengajaran kehidupan dari perjalanan tersebut. Supaya perjalanan dan musafir itu tidak sia-sia, dengan habisnya wang ringgit, tenaga dan masa. (Ofkos aku ada shoppping, tapi semua di luar perancangan..heheh)


Alhamdulillah, Bandung kota yang menyenangkan, pada pandanganku. Well...pandangan setiap individu berbeza tau. So, peliss..jangan jadi skeptikal dengan pandanganku. Hehe. Aku selesa berada di Bandung. Mungkin juga sebab cuacanya yang lebih nyaman berbanding Sabah, khususnya Tenom dan Pulau Banggi. Mungkin juga sebab tour guide kami yang sporting dan membuatkan kami senang sepanjang merantau di kota Bandung, dengan aturan masa perjalanan yang fleksibel, pengangkutan dan penginapan yang baik. Dan pastinya izin Allah yang Maha Pengasih mempermudahkan semua urusan perjalanan kami. Alhamdulillah.


Aku nda mau tulis panjang-panjang. InsyaAllah, nanti aku sambung. Mohon turut sama doakan agar Allah berikan aku kekuatan untuk meneruskan cerita ini. Cerita ala-ala travelog gitu. Moga ada  manfaatnya. InsyaAllah.

Sebelum tu, jum kita tengok dulu antara kenangan kami di sana. ^_^

ala-ala di bumi sonata pun ada kan? heheh 


my dearest Eeka and me..heheh. Men payung2 sebab masa ni tengah hujan..Gambar candid ni, cuma kebetulan aku tengok kamera..(cewah). Eeka memang sentiasa senyum. hahah

abaikan pose Eeka..dia memang selalu buat begitu, yang tengah tudung biru tu, idol dari Kimanis. heheh..

Tiga gambar saja dulu ya..semuanya diambil di Kawah Putih..
 
Apapun..cukup setakat ini dulu...mohon permisi dulu ya mas, ya tante, ya mbak... Kita sambung lagi nanti, insyaAllah.

Assalamualaikum...




Nukilan yang istimewa : LANGKAH HATI…#1

1.     Assalamualaikum…buat semua warga yang pernah dan akan mengenali diriku yang serba kekurangan. Sengaja selama ini menyepikan identiti dan perkembangan semasa melalui update medium maya yang sedia ada kerana berpegang pada prinsip #BiarAllahSajaYangTahu…Jini kerana pahala dan syurga ialah Milik-Nya, buka manusia. Namun begitu ukhuwah sesama tetap dipelihara berdasarkan konsep Habluminnas. Teringat kata Bisyr al-Hafi “Setiap orang yang suka dikenali selalu tersingkap aibnya dan dimalu.” Semoga Allah menutupi aib kita dan meninggikan darjat kita..ameen.

2.     Alhamdulilah sehingga mendapat message private dari seseorang yang bakal melayari bahtera hidup sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW agar menangis sang syaitan atas pernikahan yang suci nanti..maka ku gagahkan jua jari jemari dalam kesibukan tanggungjawab melebihi masa sebagai menunaikan hajat yang lama terpendam untuk menulis entri yang tidak seberapa ini. Moga ia menjadi ukhuwah yang kian lama terjalin atas misi Erti hidup pada memberi, berprestasi dalam redho Allah dan Jangan tangguh membuat kebaikan.

3.     JUN 2009..detik awal perkenalan dengan sekumpulan adik salah sebuah IPG yang terletak di pedalaman Sabah untuk menguruskan sebuah program Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) di Tambunan. Detik awal yang menyaksikan langkah hati atas dasar hijrah untuk mencari sesuatu nilai tambah dalam diri mereka untuk berubah dalam kehidupan. Syukur..hasilnya boleh dirasai sekarang..walaupun tempohnya panjang tetapi hasilnya Allah yang tahu… J benarlah kata Nabi SAW..Istiqamah Walaupun kecil.

4.     Selanjutnya tahun 2009 – 2011 menyaksikan bumi Tambunan subur dengan sentuhan-sentuhan insan yang niatnya lurus untuk melihat anak-anak Islam menjadi BEST..BEST..BEST dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang tersenyum dan ketewa kecil mengenangkan liku-liku dan ujian yang dihadapi acapkali hadir mencari pahala dan fastabiqul Khairat.. Cuma satu perkara yang hendak maklum…kalian generasi awal yang terbaik pernah ku kenali dan bersama susah senang. Maaf tidak dapat nyatakan nama satu persatu..agar cukuplah kalian menjadi masyhur dan sebutan dalam kalangan para malaikat kerana amal ibadah kalian pernah dan akan dilakukan.

5.     Pengisian demi pengisian berbentuk rohani setiap perjumpaan tanpa putus walaupun ketika itu belum wujud Whats Up dan Telegram…hanya yang Facebook  dan Blog tetapi penggunaan sangat minima… tetapi ia bukan alasan untuk langkah hati sehingga ada antara kalian yang konsisten dengan hijrah yang dilakukan sampai ke hari ini walaupun kalian bukan dari bidang agama tetapi komited dan langkah hati kalian mengalahkan mereka yang berada dalam jurusan agama dan bertitle Ustaz/ah. Kalian hadir tanpa perlu melalui tapisan protokol yang manusia wujudkan demi Islam. Walaupun ia perlu sebagai rekod pergerakan…tetapi langkah hati kalian lebih teguh untuk merempuh segala halangan dan ia memberi signal ISLAM milik semua.

6.     Harapan ku untuk entri kali ini..agar yang membaca dapat mengambil inspirasi tersembunyi insan yang tidak mengejar pujian, sebutan dan populariti dalam amal dan hidup mereka. Ku doakan kalian terus istiqamah walaupun sekarang sudah bertebaran di seluruh bumi Allah..sebar dan tunjukkan betapa indahnya Islam melalui akhlak dan budi baik kalian..#InilahIslam. Jumpa lagi entri akan datang.

7.     Sebagai hint entri akan datang berkenaan Suplemen Yasin. inshaAllah..doakan agar sempat sebelum nafas terputus. Berprestasi dalam redho Allah..#KeranaKitaAdaSyurga. Wassalam.

Nukilan yang istimewa

Assalamualaikum....halu2...

(subuk-subuk dulu di celah pintu blog..lama suda nda tingu ni blog, berabuk besawang suda kali)

Alhamdulillah..masih bersih nda berabuk. Rasanya ini entri pertama tahun ni. Sekian lama nda dikemaskini..(pengzahiran kekecewaan terhadap diri sendiri)

 Jam sekarang menunjukkan pukul 10.20 p.m, hari Ahad. Besok Isnin..lusa Selasa, cepatnya masa berlalu. Apa cerita kali ni ya...Duduk-duduk tengok langit yang gelap, tapi nampak indah dek hiasan kerlipan bintang, sambil dengar2 lagu (amboi..macam feeling jiwang pula, tapi sebenarnya tidak, heheh) teringat kenangan dulu2.

Tempohari, aku menghubungi seseorang yang begitu istimewa, dan aku percaya..istimewanya beliu, bukan pada pandanganku saja, malah pada pandangan dan tanggapan ramai orang, khususnya yang pernah mengenalinya. Saja untuk bertanya khabar dan sekaligus menghantar jemputan ke majlis yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam pertemuan-pertemuan kami sebelum ini, ada saja kekangan untuk duduk seketika berbincang dan berkongsi cerita. Percayalah, setiap perkongsian cerita bersamanya tidak akan sia-sia..insyaAllah, akan ada input berguna dan berharga untuk diri kita. Justeru, dukacita itu hadir untuk setiap ketidaksempatan pertemuan sebelum ini. Apapun, aku juga percaya, beliau mengingati kami semua dan sentiasa mendoakan kami yang bertebaran berkhidmat di bomi Allah.

Berbalik kepada insiden aku menghubunginya. (perkataan insiden macam nda sesuai kan..tapi aku pakai saja). Aku membuat satu permintaan kepada beliau...Jeng jeng jeng..permintaan apa tu...
Ikuti cerita yang selanjutnya selepas ini..heheh...

Kepada beliau yang ingin dirahsiakan identiti diri, terima kasih untuk segalanya. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang mempertemukan kita semua dalam keadaan yang begitu bermakna. Seumur hidup ini, aku sangat2 bersyukur kepada Allah kerana dalam menelusuri perjalanan hidup yang penuh liku2, yang seringkali tak dapat dijangka...Dia mempertemukanku dengan hamba-hambaNya yang baik2, yang membantuku mengenal diri dan membuat pertimbangan sebaiknya untuk setiap keadaan. Perkenalan dari insan2 seperti kalianlah yang membantu aku menjadi diriku sekarang dengan izin Allah.

Semoga ukhwah dan silaturahim kita sentiasa dalam rahmat dan redhaNya. Terima kasih sekali lagi kerana menunaikan permintaan adikmu ini, meskipun ungkapanmu ini memperlihatkan kepadatan jadualmu..'banyak tanggungjawab daripada masa'..(yang dipetik daripada kata2 Imam Hasan al-Banna..heheh, betulkan andai tersilap).

Semoga diredhai Allah.


6 Disember 2015.