Sunday, December 6, 2015

Helloo........... Bandung!....

Bismillah.

"Kena buat travelog baru2 ni dan cadangan xpdc muslim backpacker kata orang pulau..." kata beliau (insan istimewa) (kepada beliau..abaikan perkataan "insan istimewa' kalau-kalau 'annoying'..hahah, astaghfirullah, istighfar banyak2)

* istimewa itu luas maknanya. (Heheh)

22 Nov -26 Nov 2015. 

Tarikh istimewa terlakar buat diri, kerana berjaya menjejakkan kaki ke luar negara buat pertama kali. (Kesian juga diri ini..haha) Alhamdulillah, Allah memberi peluang untuk merasa pengalaman tersebut. Pengalaman yang istimewa (tengok..kan guna perkataan istimewa lagi, hehe). Ke mana tu?? Yihaa..ke Bandunggg... Dengan siapa?? Dengan housemate2 kesayangan jiwa hamba. Dan trip ke Bandung ni sudah kami rancang sejak awal lagi...So..sebelum berubah status, liburan dulu bersama mereka. (Liburan okey..bukan hiburan..hahah)

Apa ada di Bandung?

Okey, kalau ada yang tanya soalan begitu, takkan dapat ku jawab mengikut aras KBAT. Jawapanku, Bandung ada keistimewaannya yang tersendiri berbanding tempat2 lain. Untuk kaki shopping, iyaa...untuk kaki jalan, iyaaa..untuk kaki fikir, pun iyaaa, dan untuk kaki tengok, pun iyaa...aku tidak pasti aku termasuk dalam kumpulan 'kaki mana', yang pastinya, aku tidak memasang niat untuk bershopping di sana. Aku mencari sesuatu .......sesuatu nilai dan pengajaran kehidupan dari perjalanan tersebut. Supaya perjalanan dan musafir itu tidak sia-sia, dengan habisnya wang ringgit, tenaga dan masa. (Ofkos aku ada shoppping, tapi semua di luar perancangan..heheh)


Alhamdulillah, Bandung kota yang menyenangkan, pada pandanganku. Well...pandangan setiap individu berbeza tau. So, peliss..jangan jadi skeptikal dengan pandanganku. Hehe. Aku selesa berada di Bandung. Mungkin juga sebab cuacanya yang lebih nyaman berbanding Sabah, khususnya Tenom dan Pulau Banggi. Mungkin juga sebab tour guide kami yang sporting dan membuatkan kami senang sepanjang merantau di kota Bandung, dengan aturan masa perjalanan yang fleksibel, pengangkutan dan penginapan yang baik. Dan pastinya izin Allah yang Maha Pengasih mempermudahkan semua urusan perjalanan kami. Alhamdulillah.


Aku nda mau tulis panjang-panjang. InsyaAllah, nanti aku sambung. Mohon turut sama doakan agar Allah berikan aku kekuatan untuk meneruskan cerita ini. Cerita ala-ala travelog gitu. Moga ada  manfaatnya. InsyaAllah.

Sebelum tu, jum kita tengok dulu antara kenangan kami di sana. ^_^

ala-ala di bumi sonata pun ada kan? heheh 


my dearest Eeka and me..heheh. Men payung2 sebab masa ni tengah hujan..Gambar candid ni, cuma kebetulan aku tengok kamera..(cewah). Eeka memang sentiasa senyum. hahah

abaikan pose Eeka..dia memang selalu buat begitu, yang tengah tudung biru tu, idol dari Kimanis. heheh..

Tiga gambar saja dulu ya..semuanya diambil di Kawah Putih..
 
Apapun..cukup setakat ini dulu...mohon permisi dulu ya mas, ya tante, ya mbak... Kita sambung lagi nanti, insyaAllah.

Assalamualaikum...




3 comments:

Anonymous said...

Thn depan, GB ajak 1 sekolah g Bandung.. Tpi, daripada ramai2 tu, xsampai 10 orang pn yg join.. mgkn sebab tidak tahu apa istimewanya bandung.. ya, kepingin sekali mendengar cerita daripada dirimu. Ada ruang, ada peluang, pliss ya cerita pada diriku apa istimewanya bandung. kepining juga ke sana, kalau punya banyak istimewanya;)

Unknown said...

Masih mengajar di sk.lok tuhog lg kah?

nur_aniy said...

iya...masih d loktohog..^_^