Sunday, December 16, 2012

Kita tidak seberapa..

Assalamualaikum...
Meniti hari-hari terakhir sebagai warga kampus IPG Keningau memberikankanku sejuta pengalaman dan kisah yang penuh liku-liku dan warna warni. Seperti insan yang baru belajar erti sebuah kehidupan.

Di penghujung waktu bergelar warga institut ini, hati begitu mudah sekali terusik. Air mata menjadi begitu murah walaupun kelihatan amat mahal pada pandangan ramai manusia lain.

Kala diasak dengan pelbagai perkara, adakalanya kita seakan makin tidak memahami diri sendiri. Cewaahh…beginilah hidup menuju alam kedewasaan..

Aku teringat saat-saat bersama dengan seseorang..Teringat akan luahan hatinya...”kenapa saya saja yang dapat msalah macam ni? Kenapa orang lain tidak?” tika itu aku tersenyum mendengar kata-katanya. Kelihatan stress benar bunyi suaranya. “Bersyukur lah dapat ujian begitu. Tidak semua orang dapat rasa..” aku menjawab dalam nada mengusik.

“Tapi kenapa saya? Dari dulu sampai sekarang, saya rasa hidup saya selalu bermasalah..” omelnya lagi.
“Baguslah tu..begitulah kehidupan. Orang yang tiada masalah tulah yang paling bermasalah tau..”jawapanku masih dalam nada gurauan. Tapi aku hanya ingin menyampaikan apa yang kurasakan betul.

Wajah stressnya semakin jelas. Aku tertawa kecil. “Orang yang banyak masalah..banyak kena bagi ujian ni orang yang Tuhan sayang..lebih banyak ujian, tandanya Tuhan lebih sayang..” ku tepuk-tepuk kakinya. 

“Ya..?” 

“Iyaa..”aku mengangguk, yakin. Lalu menyambung, “Sebab tu kena bersyukur..dapat ujian lebih sebab Tuhan sayang..” Dia diam. Tunduk memandang lantai. Wajahnya berubah sedih. “Menangis ja kalau rasa mo nangis..” ujarku. Dia hanya diam. Seketika kami bersantai, menonton ‘muvie’ seram di kala mud sedang kecamuk rasanya, walhal seminar penyelidikan kami bakal menjelma beberapa hari lagi dari hari tersebut.

“Betulkah orang yang paling banyak ujian paling kena sayang Tuhan?” soalannya berputik kembali. Aku memandangnya. Aku senyum lagi dalam anggukan. “Kenapa?” soalannya masih tidak berhenti.
“Sebab Tuhan mau kau jadi kuat..” “Kuat macamana?”

Hatiku bagai digaru-garu. Aku tidak tahu ingin ketawa atau ingin menangis. Jauh di sudut hati, hatiku terusik dengan soalannya. “Makin banyak ujian, makin kuat hati..bila dapat ujian lagi..lama-lama kita takkan rasa susah sudah..kita da besa..jadi ble lagi senyum sambil cakap.,’oh..xda pa bah ni..’..”

Pandangannya berkaca. Lalu memeluk lutut sambil menangis. “Ya Allah…”hatiku berbisik. Aku memeluk bahunya. “Jangan nangis..saya rasa lain tengok ko nangis..tak best oh..” pujukku. Walhal baru sebentar tadi, aku menyuruhnya menangis kalau rasa nak menangis. Tapi sebenarnya, memang aku tidak suka melihatnya menangis. Air mataku juga seperti ingin tumpah tapi aku sedaya upaya menahan. Dialah..rakanku..rakan yang sangat istimewa..dialah juga yang ku anggap seperti adikku sendiri. Adik yang selalu menyakitkan hati, tapi dialah juga yang selalu menceriakan kehidupanku..

Apabila teringat akan perkara ini..senyuman terukir..aku tahu dia seorang yang kuat..
Lantas..kata-kata yang lain muncul dalam kotak fikiranku..

“Kadang-kadang kita berharap ada orang yang mengerti kita..ada orang yang menolong kita..tapi sebenarnya Allah nak jadikan kita orang yang menolong orang lain, mengerti orang lain..” ujar juniorku beberapa hari selepas peristiwa tersebut. “Kita ni dah cukup banyak masalah, tapi perlu mendengar masalah orang lain..” tambahnya. Ya..memang benar..kerana itu tandanya Allah ingin menjadikan kita insan yang berjiwa besar, agar dapat memahami dan membantu insan-insan lain..

Aku tenggelam dalam fikiran sendiri..memikirkan masalah kita d sini tidaklah seberat masalah dan ujian insan-insan terdahulu..juga masalah dan ujian saudara-saudara kita di Gaza yang saat ini masih berhempas pulas meneruskan kehidupan dalam suasana yang tak mampu dibayangkan...

Saudara-saudaraku di luar sana..sama-sama kita mendoakan saudara-saudara kita di Gaza agar mereka diberikan kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan agama dan tanah Palestin..