Tuesday, August 11, 2009

Cerita semalam..

Bismillah...
Pada 24-26 Julai lalu, Kem Nadi sekali lagi diadakan di Tambunan, sebuah daerah yang mendamaikan dan penuh dengan kisahnya yang tersendiri. Pada mulanya, aku mendapat tawaran untuk menjadi 'fasi' dalam program trsebut. Tawaran yang sememangnya ku nantikan sejak program pertama yang ku sertai 2 minggu sebelum itu.

Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya apabila dimaklumkan program big bagi bach kami diadakan pada masa yang sama. Alangkah kecewanya diriku. Program big yang merupakan program wajib dan memberi kredit kepada setiap pelatih memaksaku menguntum senyum dalam kepayahan mencari pengganti terbaik yang akan menggantikanku dalam kem tersebut.

Aku cuba meredakan hatiku dengan mengingati semua ketentuan Allah ada hikmahnya. Mungkin saat ini aku patut memberi peluang kepada orang lain untuk merasai keistimewaan program sedemikian, seperti yang kurasai dalam program sebelum ini. Pada saat akhir, yakni bebebrapa hari sebelum hari tersebut menjelang, sekali lagi dimaklumkan bahawa program big bach kami ditunda ats masalah tertentu. Ternyata kesabaranku teruji sekali lagi. Pada masa itu, seorang ustzah menghubungiku dan menawarkn kepadaku untuk menyertai Kem Bestari Solat yang akan diadakan pada 25 Julai. Ya Allah, hatiku berbunga semula. Ternyata Allah mengatur semuanya untukku dengan cukup cantik sekali. Subhanallah..Aku tanpa segan silu memberi persetujuan dan mencari pelatih muslimah yang ingin menyertaiku.

25 Julai 2009, aku bersama dengan Kak Aishah, Kak Ibah dan Kak Cung ( Helsiah ) dijemput dengan bas sekolah bersama-sama dengan beberapa murid lain. Pengalaman yang tak mungkin akan kulupakan. Buat pertama kali ku menjejakkan kaki ke Sk. Patikang Laut yang selama ini hanya biasa ku dengar ditelinga. Kank-kanak yang agak aktif dan amat ceria mengubati hatiku dari kekecewaan tidak dapat menyertai kem Nadi di Tambunan. Mereka senang menerima dan padaku, mereka perlu lebih didedahkan dengan kem seperti ini. Fikiran, hati dan jiwa mereka masih terlalu bersih dan mudah dibentuk.

Buat pertama kali, adik-adikku semuanya kaum adam yang merupakan murid tahun 5 iaitu Adik Syahir, Adik Husin, Adik Shafie, Adik Ridzwan dan Adik Johari. Semuanya kacak2 belaka ( hehe ) Pada mulanya, mereka agak malu namun setelah beberapa ketika, terasa telah lama kenal antara satu sama lain. Mereka mudah menerima segala yang disampaikan dan amat melucukan. Hatiku riang bersama mereka yang seringkali mencuri tawaku.

Di kesempatan itu juga, kami cuba menerapkan amalan zikir sambil paut bahu rakan, jenis tepuk dan beberapa peraturan yang kami pelajari dalam kem Nadi yang kami sertai. Melihat kesungguhan dan keceriaan mereka, hatiku terusik teringat kepada adikku dirumah. Teringat kepada kesungguhan dan pertanyaan-pertanyaan adik bongsuku berkenaan agama. Hanya Allah yang mengetahui betapa dlamnya sayangku padanya. Aku ingin melihat dia menjadi muallim yang teguh dijalanNya dan cemerlang dunia akhirat. Demikian juga harapanku pada adik-adikku yang lain. Petang itu, saatku pulang kerumah, hri telah menjelang gelap. Aku disambut dengan wajahnya yang bersih bersongkok, tahulah aku dia baru sahaja menunaikan solat maghrib dan dia memberitahu padaku, " Jangan risau, kelmarin( semalam ) aku p solat jumaat.." Aku tertawa. Seakan dia tahu bahawa aku ingin bertanya padanya soal itu.
Mohd Safy ( Ade )
Seketika terlintas dihatiku ucapan yang dilontarkan oleh Ukhtie Aishah, cukup baikkah, cukup sempurnakah solat kita hingga kita menyanggupkan diri menjadi pembimbing adik-adik dalam Kem Bestari Solat ini? Solat sendiri pun kita tidak dapat pastikan kesempurnaannya. Terasa diri ini begitu kerdil dan lemah serta penuh kekurangan. Seorang ukhtie juga berkata tidak ingin menyertai kem ini pada mulanya kerana merasa tidak layak. Namun, akhirnya berubah fikiran. Alhamdulillah. Kalau dilihat dari sudut kelayakn, semestinya aku juga tidak layak. Berbanding mereka yang lebih mendalami agama, yang berlatarbelakangkan sekolah agama, aku berada pada senarai terbawah. Bagiku, Allah memberiku peluang ini supaya aku dan sahabat yang lain dapat berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Dalam masa membimbing solat adik-adik, secara tidak langsung, aku mempelajari banyak perkara baharu. Apatah lagi semua fasi lain yang terlibat merupakan ustaz ustazah yang jauh lebih berpengalaman dan berpengetahuan.

Sering aku tertanya-tanya, mengapa aku yang mendapat peluang ini?Aku tahu dan ku sedar, diriku tidak sebaik mana, tidak mungkin sempurna dan seperti yang pernah ku kata sebelum ini, alim jauh sekali. Bagaimana mungkin manusia yang tidak mempunyai apa-apa sepertiku mampu dan layak untuk mendidik dan membimbing adik-adik yang fikrahnya masih terlalu suci. Mmetik kata-kata seorang akhi, 'bagaimana aku yang banyak dosa nak mendidik adik-adik yang bersih, suci daripada dosa?" Persoalan yang menusuk jauh ke lubuk hati.

Kem tersebut berakhir pada kira-kira jam 5. Kerjasama dan komitmen semua fasi amatlah membanggakan. Apapun, kem ini meninggalkan sejuta kenangan dan cetusan yang amat berharga buatku dalam ushaku melalui hari-hari dalam kehidupanku dengan lebih baik dan bermakna. InsyaAllah, jika ada kesempatan pada masa akan datang, aku pasti berbesar hati untuk menyumbangkan dan mendapatkan sesuatu daripada program seperti ini. Seperti yang selalu diucapkan oleh insan-insan pilihan Allah, 'fikirlah apa yang telah anda sumbangkan untuk agama selama hidup 19, 20, dan berpuluh-puluh tahun hingga hari ini'. Aku juga ingin menyumbang sebanyak mana yang ku termampu agar Islam kembali tegak dibumi ini. Doakan diriku agar ku terus kuat menghadapi hari-hari mendatang...

No comments: