Tuesday, August 11, 2009

Bersatukah kita?

Baru seketika tadi, sahabatku meluahkan rasa hatinya tentang kepayahan dan kesusahan menjadi ketua opsyen. Terbit rasa simpatiku padanya. Apa yang boleh ku lakukan untuk menolongnya? Aku turut merasa kesusahan itu. Aku juga pernah merasa kesusahan itu. Aku turut mengetahui macamana susah dan sukarnya hendak menyatukan rakan-rakan yang berbilang kaum dengan padangan dan isi hati yang berbeza. Semasa menjadi ketua opsyen pada semester lalu, kepalaku pusing dan bingung hendak menguruskan perangai tiap seorang ahli kelas. Jika diturutkan yang ini, yang itu membangkang. Jika diturutkan yang itu, yang ini bising, mengatakan aku tidak adil, berat sebelah dan membuat keputusan untuk kepentingan kumpulanku. Sering sahaja stress dengan tingkahlaku kawan-kwan yang sukar bertolak ansur.
Aku sering terfikir, senario yang berlaku itu hanya dalam kumpulan yang kecil, dalam lingkungan 24 orang. Namun, impaknya sangat besar. Pernh suatu ketika dulu, timbul salah faham antara kami kerana perpecahan dan sikap pentingkan diri sehingga timbul rasa tidak puas hati beberapa orang. Kumpulan kecil seperti ini jika digabungkn beberapa kumpulan lain, di institut lain, di negeri lain akan menjadi kumpulan besar. Jika setiap kumpulan kecil mengalami masalah yang sama iaitu untk bersatu dan bertoleransi, bagaimana agaknya keadaannya dalam kumpulan yang besar?Dalam dunia global yang serba moden, seharusnya masalah ini tidak timbul kerana sepatutnya setiap makhluk bernama manusia ini turut maju fikiran dan akhlaknya.
Kita singkap pula keadaan masyarakat Islam hari ini dalam skop yang lebih luas. Isu Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan, Selatan Thai, Kashmir dan di segenap pelusuk dunia bukan suatu isu yang baru. Misalnya isu Palestin, kenapa isu yang menyedihkan ini berlarutan sehingga kini? Ia bermula sejak 1948 namun sehingga hari ini, tahun 2009 belum ada penyelesaian yang sepatutnya. Besar sangatkah Israel? Banyak sangatkah Yahudi? Kuat sangatkah mereka? Cuba kira, berapa nisbah jumlah kita dengan mereka? Israel dan Palestin dikelilingi oleh negara Arab yang mengaku sebagai negara Islam namun apa yang mereka lakukan? Usah kata mereka, tengok pada kita sendiri? Apa yang kta lakukan untuk membantu mereka? Beli barangan mereka? Sokong PBB? Sokong AS? Bergaduh semata-mata untuk mendapatkan kerusi politik? Hantar pasukan tentera? Kempen? Rata-rata belia kita hanya duduk ditepi jalan, main skateboard, merokok, dating, berjoli di pusat hiburan, merempit, bohsia, bohjan dan sebagainya.
Umat Islam dalam negara Islam sendiri berpecah. Jangan kata orang lain, lihat sahaja dlm negara kita. Bertanding untuk mendapatkan kerusi politik, ada yang menggunakan nama agama, saling hina menghina, bilalah semua itu berakhir?
Kita telusuri pula keadaan dalam Palestine yang tidak habis dengan persengketaan antara Hamas dan Fatah. Keduanya menganut agama yang sama, tapi perjuangan atas dasar yang berbeza. Apa yang kuingin tekankan disini, perjuangan atas nama agama, atas nama Allah itulah yang akan menang tidak kira siapa dan bangsa yang berjuang. Jika Fatah berjuang untuk negara yang bebas dan berdemokrasi, Hamas berjuang untuk memartabatkan Islam di negara itu. Mereka berjuang kerana Palestin adalah negara Islam. Baitul Maqdis adalah hak milik umt Islam,itulah yang mereka perjuangkan.
Kenapa negara yang hebat seperti Mesir tidak dapat berbuat apa-apa? Kerana mereka juga bergantung sepenuhnya kepada AS, tulang belakang kepada Israel.Jika mereka bergerak untuk bangkit membantu Palestin, bila-bila masa sahaja Mesir akan jatuh dari segi ekonomi terutamanya. Kenapa Arab Saudi hanya lantang bersuara namun tidak bertindak lebih jauh? Kerana mereka juga bergantung kepada AS. Negara yang kaya minyak tapi masih bergantung kepada psaran dunia yang dikuasai AS. Kasihan juga kita. Negara Islam dikurniakan dengan kekayaan yang pelbagai, namun dieksploitasi oleh sesetengah individu untuk kepentingan peribadi.
Renung sebentar, penghuni Israel, biarpun terkenal dengan sikap kedekut, namun apabila dilaungkan untuk kepentingan bangsa Yahudi, dalam masa beberapa jam sahaja mereka mampu mengumpul dana beratus ribu malahan jutaan dolar. Bandingkan dengan kita, untuk program di masjid ataupun surau sekalipun diumumkan di corong mikrofon, poster dan sebagainya, dlam masa seminggu belum tahu mencecah ratusan ringgit. Alangkah kedekutnya kita untuk membantu agama....

to be continue..

No comments: