Wednesday, September 16, 2009

Coretan Ramadhan...

Bismillah...



Alhamdulillah, sekali lagi aku berpeluang mencoretkan tinta-tinta bahasa yang tak seindah mana dalam blog yang tak seberapa tapi pnuh bermkna ini. Kekangan tugasan yang tak berpenghujung menyebabkanku hanya mampu menyimpan idea perkongsian di dalam minda selama beberapa ketika.


Cuti sudah bermula, syawal mula terasa, ramadhan kian hening dipenghujungnya ( masjid da sepi, barisan saf makin kurang, azan terasa sayup ditelinga..sunyinya..)


Mengimbas kembali usrah terakhir sebelum cuti antara para muslimah, 3 persoalan diutarakan mengenai raya. Bagaimana persiapan raya, apakah pengertian raya dan kenangan semasa raya. Nampak seperti cerita kosong di kedai mamak, namun hakikatnya ia memberi seribu pengertian buat semua yang terlibat saat dan tika itu. Cairan mutiara yang mahal bagi sesetengah orang tumpah juga saat membicarakan topik yang agak santai ketika itu...Banyak kisah tersingkap, banyak memori terluah semula dan terasa seperti semakin mengenali ahli-ahli usrah..Aku juga tidak mampu untuk menjawab spenuhnya 3 persoalan itu kerana ia lebih mengundang lebih banyak kesedihan berbanding kegembiraan..




Azam ramadhan kita..tercapaikah? Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, ramadhan bakal berlalu dan mungkin tidak ada lagi peluang untuk merasainya pada tahun hadapan. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, bagaimana untuk menghuraikan perasaan berada dalam ramadhan tahun ini...




Sayu hati bila mengenangkan ketidaksempurnaan ibadah sepanjang bulan mulia ini. Risau semuanya menjadi sia-sia, hanya merasa lapar dan dahaga tanpa sekelumit pun nilai penghayatan beribadah di sepanjang ramadhan...Dengan kesibukan yang mencengkam diri, ..kebanykan drpd kita sibuk mengejar dunia, hingga terlupa seketika kita berada di bumiNya, bulnNya yang mulia dan meminjam seketika nikmat dunia..




Apapun, kepada semua muslimin muslimat di luar sana, mari bersama-sama kita renungi perjalanan sepanjang ramadhan kali ini. Berjayakah kita dengan segulung 'ijazah' setelah melepasi tempoh pengajian selama 30 hari di Universiti Ramadhan ini? Apakah 'ijazah' itu cuma sekadar 'ijazah belian' atau 'ijazah' yang diperolehi dengan sepenuh kudrat kesungguhan untuk mencapai dan menggapai ketinggian nilai sebuah ramadhan....




Selamat menjalani hari-hari terakhir ramadhan dan bersama-samalah kita mengambil tiap kesempatan dengan menganggap inilah ramadhan terakhir kita...





SALAM AIDILFITRI......

No comments: