Saturday, August 23, 2014

Cerita Pulau Banggi (1)



Bismillahirrahmanirrahiim..
Angin petang menyapa lembut.

Menikmati hujung minggu di pulau sedikit ‘membosankan’. Mahu berjalan di psisir pantai, namun agak risau dengan ‘gangguan’ belia yang rajin ‘bermesyuarat’ berhampiran rumah. Tidak mahu menyesakkan fikiran dan mara dengan karenah bukan-bukan mereka.

Tidak berapa jauh dari rumah, kelihatan astaka padang sekolah semakin meriah dengan kunjungan kanak-kanak riang. Entah apa permainan mereka, sukar dipastikan. Hanya suara membingit singgah di pendengaran. Tanpa bantuan kaca mata, hanya bayangan berwarna warni yang samar-samar mampu kulihat. Namun, mendengar jeritan mereka sudah cukup menghiburkan. Terimbas kembali semua kenangan zaman kanak-kanakku yang boleh dikatakan agak nakal. Masuk belukar, masuk hutan cari kayu api, cari bijih getah, cari ubi kayu (berguling-guling jatuh dari lereng tanah tinggi ‘time’ cabut ubi), mandi kolam (kolam ikan bapa! Curi-curi beb..bila Nampak kelibat bapa dari jauh, bertempiaran kami keluar dari kolam dengan basah kuyup), panjat pokok, main kejar-kejar..main masak-masak (he..hee). cerita dulu-dulu….

“Palestin..! Palestin..!” jerit sekumpulan kanak-kanak. Teralih perhatianku. Aku tertawa kecil. Macam main perang-perang pula budak-budak ni, desis hati kecilku.

“Yaaa….israelll..!” jeritan bersahutan. Aku makin tertarik. Seketika kemudian, ……, “Palestin..!!” aku mengukir senyum.
Satu perkembangan yang baik andainya isu Palestin sudah diketahui dan difahami kanak-kanak di kawasan pulau yang kata orang, ‘serba serbi ketinggalan’. Walau jauh beribu batu,itu bukan alas an untuk tidak cakna dengan isu Palestin lebih-lebih lagi pada zaman teknologi di hujung jari.

Palestin sentiasa di hati..

Salam rindu dari kejauhan di pulau Banggi kepada saudara yang dikasihi di Palestin.

Gaza will never be defeated!
Assalamualaikum.

9 Ogos 2014.

2 comments:

Trumpett said...

Assaalam, kak satu coretan yang menarik. Nanti konsikan lagi pengalam kakak yang mencabar di pulau. hehe, kami x lama lagi posting ni, mau blajar dari pengalaman kakak profesion keguruan yang telah berkhidmat. huhuhu

kak, link blog lama saya islam agamaku sudah tiada, tpi blog notahujung13.blogspot.com menggantikannya. kalo kakak sudi kasi ubah link di islam agamaku tu pgi link blog baru. sebab sya tingu tu blog islam agamaku yang ada link d blog kakak tu urg lain sudah ambil, banyak cerita pasal enjin kereta ni, huhu.

nur_aniy said...

insyaAllah bani..terima kasih atas informasinya..:)