Saturday, March 6, 2010

Nilai ikhlas di hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Hri ini, aku berpeluang lagi untuk mengemaskini blog ni memandangkan diri tidak terikat dengan assignment dalam masa terdekat ini. Kejohanan merentas desa IPG baru sahaja selesai berlangsung pagi tadi, dan aku tidak melepaskan peluang untuk menyertainya walaupun boleh dikatakan masih dalam proses 'recovery'. Tak menang pun tak pa, yang penting berjaya menempuh laluan yang telah ditetapkan hingga ke garisan penamat. Bukan selalu, setahun sekali ja. Dalam konteks kehdupan pun begitu juga, biar sukar macamana pun perjalanan kita, kena habiskan sampai ke penghujungnya dengan sebaik mungkin..

Tempoh hari, seorang sahabat telah bertanya padaku, " Apa itu ikhlas? Macamana kita nak tahu kita ikhlas atau tidak buat sesuatu tu kerana Allah?" Soalannya nampak mudah untuk dijawab, namun hakikatnya adalah sebaliknya. Mencari idea bagaimana untuk menyusun ayat yang semudahnya boleh difahami dan diterima bukan satu perkara yang senang, apatah lagi, aku bukanlah orang yang pandai bermadah bicara apabila berdepan dengan orang.

" Kalau kita buat sesuatu tu ikhlas kerana Allah, kita akan dapat rasa sesuatu yang tenang, dan damai jauh di sudut hati.." Jawabku. " Kalau kita tak rasa camtu, ertinya kita tak ikhlas?" Aku terkedu. Terfikir mungkin ayatku semakin menyulitkan keadaan. Sebelum itu, aku ingin meminta maaf pada sahabat ini kerana tidak dapat memberi jawapan yang cukup baik hari itu. Maklumlah, aku juga hamba yang lemah, baru saja belajar tentang hal-hal keagamaan ni. Masih banyak ruang dan lopak yang perlu ditutup. Justeru, ingin ku bangkitkan persoalan itu pada hari ini dengan harapan ia dapat menjawab soalan tersebut sekaligus memberi sesuatu kepada yang lain di luar sana.

Persoalan ikhlaskah tidak hati kita dalam melakukan sesuatu itu terpulang pada diri masing-masing bagaimana mentafsirkan nilai ikhlas itu sendiri. Aku mengatakan begini kerana ada yang senang-senang mengatakan,
" Aku ikhlas ba ni " atau..
"Aku ikhlas ba nak kawan dengan kau"..atau...
"Aku tolong dia, ikhlas..tapi ucapan terima kasih pun tak da"..atau..
"Penat-penat aku buat semua tu, orang nampak macam tak da ja.."..atau..
"Dulu berabis ku tolong dia, sekarang nak minta tolong sikit pun tak boleh..

Andai kita mengatakan kita ikhlas dengan bersandarkan ucapan terima kasih, balasan pertolongan, pemberian hadiah atau perhatian daripada orang lain sebagai timbal balik, lebih baik kita cuba selidiki semula tafsiran ikhlas tersebut..

Ikhlas atau tidak, hanya Allah yang dapat menilainya dan kita mungkin dapat merasainya, tetapi orang lain tidak akan dapat menilainya. Kerana ianya umpama seekor semut hitam, diatas batu yang hitam, ditengah hutan pada malam yang sangat gelap.

Bila kita melakukan sesuatu dengan sandaran, " Allah yang suruh..Allah yang perintah kita buat baik, tolong orang.." insyaAllah, kita sudah setapak menuju erti keikhlasan yang sebenar. Kalau orang tanya, " Kenapa kau tolong dia lagi? Dia kan banyak bagi masalah kat kau? Selalu buat cerita pasal kau? Selalu cakap buruk pasal kau?" Dan kita menjawab dalam hati, " Sebab Allah tak pernah suruh hambaNya balas kejahatan dengan kejahatan. Allah suruh tolong semua orang yang kita termampu, jadi tak kisah pa yang dia buat kat kita. Yang penting, aku buat apa yang Allah suruh.." InsyaAllah, itu satu usaha kita untuk membentuk hati yang benar-benar ikhlas keranaNya.

Bagaimana kita tahu kita ikhlas? Persoalan yang sangat subjektif. Lalu ingin ku bertanya semula, " Bagaimana kita tahu kita mencintai seseorang?" Persoalan itu anda jawablah sendiri. Apa yang dapat ku katakan, untuk ikhlas, kita perlu istiqamah. Ada yang pernah bertnya, " Bagaimana kita nak istiqamah ke masjid?" Seperti kita hendak menanam padi, atau lulus dalam exam..kita perlu berusaha dari langkah pertama, membersihkan sawah, menyemai anak benih, menjaga benih dengan baik, membuang rumputnya, kemudian memindahkannya ke swah dan menjaganya hingga berbuah dan sampai ketikanya untuk dituai, demikian juga untuk lulus exam. Perlu belajar, buat soalan, ulangkaji, tanya guru, bangun awal pagi, semuanya membawa kita kepada arena keletihan sampai kadangkala malas menguasai diri. Namun, sebab nak lulus, malas pun di lawan. Begitu juga untuk belajar istiqamah, kena paksa diri sedikit demi sedikit.. Sememangnya penat dan letih dan kadang-kadang, tertekan. Untuk istiqamah dalam apa jua pun, kena belajar paksa diri. Sehingga timbul kerelaan dalam paksaan.

Ramai yang berkata, " Punyalah malas aku buat kerja ni. Kalau bukan sebab ada markah untuk exam, sorry lah aku nak buat. " Ada antara kita yang hanya belajar sekadar untuk lulus dalam exam. Kalaulah takda exam, entah tergerakkah hati kita untuk belajar. Walhal andai kita renungkan dalam-dalam, Allah memang tuntut kita untuk belajar, menimba ilmu, supaya kita tak dikatakan jahil, supaya kita kenal Dia, tahu siapa kita sebenarnya, tahu mana baik mana buruk.

Walauapapun, kita masing-masing dikurniakan akal dan hati serta perasaan. Jadi, gunakanlah segala kurniaan Allah itu untuk berfikir dan membuat pertimbangan dalam setiap yang kita lakukan.

Sebelum menutup bicara kali ini, ingin ku selitkan kata-kata seorang hamba Allah yang baik untuk kita fikirkan bersama," Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu.Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala. "

Maafkan aku andai menyinggung rasa, betulkan aku andai tersilap kata. Bersama-sama kita perbaiki hati dalam usaha untuk memperbaiki diri masing-masing yang serba kekurangan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Assalamualaikum..

Friday, March 5, 2010

Nikmat dariNya tak mampu kita hitung

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, aku berpeluang lagi meluahkan perkongsian yang kuharap dapat memberi sesuatu kepada sesiapa jua yang berkesempatan membacanya..

Kebelakangan ini, banyak perkara baharu berlaku dan kurasakan semua yang terjadi itu mempunyai iktibarnya yang tersendiri jika kita mahu melihat jauh lebih dalam setiap peristiwa tersebut, namun aku percaya ramai antara kita tidak ingin melapangkan hati untuk melihat dari sudut yang lain tentang apa jua yang berlaku. Aku ingin mengemukakan 3 peristiwa utama yang mungkin telah diketahui ramai sebelum ini.

Peristiwa 1 : Ramai pelatih yang jatuh sakit tiba-tiba dengan simptom sakit perut, pening, sakit tekak, mual, sakit badan dan muntah-muntah. Ramai yang mendakwa keracunan makanan dan sudahnya, kafetaria menjadi mangsa ( aku tidak bermaksud mengatakan kafetaria tidak bersalah sama sekali )

Peristiwa 2 : Cuaca yang semakin panas dan kepanasannya lain dari panas cahaya mentari sebelum ini

Peristiwa 3 : Gempa bumi yang melanda Chile, Padang

Antara yang ramai-ramai yang mengalami simptom itu, diriku turut termasuk sama. Tapi, aku tidak ingin mendakwa bahawa aku telah keracunan makanan, aku lebih suka mengatakan aku sendiri yang tidak mengamalkan pemakanan yang teratur, hingga memudaratkan kesihatan diri sendiri. Sakit perut..apalah ertinya jika dibandingkan dengan sakitnya sakaratulmaut, sakitnya azabNya..Aku sejujurnya tidak gemar mendengar ramai yang terus-menerus menuding jari kepada pihak kafetaria tentang masalah kesihatan yang dihadapi secara tiba-tiba. Kenapa tidak melihat kesilapan diri dahulu sebelum mengatakan orang lain salah? Mengapa tidak mahu berfikir itu mungkin adalah satu petanda dariNya, yang bertujuan mengingatkan kita tentang amanahNya pada kita, iaitu menjaga kesihatan tubuh badan kurniaanNya? Atau itu sebagai satu pengajaran, mahupun penebus dosa-dosa kita yang lalu? Masyarakat hari ini sememangnya sudah semakin jauh dari landasan fikiran yang sebenar, kerana dibutakan dengan dunia..terlupa seketika berfikir dari sudut dunia yang satu lagi..

Cuaca..tidak kunafikan cuaca kebelakangan ni, semakin panas dari biasa. Apabila keluar pekan walau untuk seketika, panasnya terasa sehingga balik ke asrama. Kipas di kelas, asrama dan di mana jua sentiasa dipasang kerana bahangnya sangat terasa. Untuk keluar ke padang pada waktu petang pun berfikir berkali-kali kerana cuaca yang panas. Umumnya, semua mengetahui keadaan ini dirasai bukan hanya di Sabah malahan seluruh Malaysia dan beberapa negara lain. Ramai yang mengatakan ia disebabkan el-nino, dan hanya berakhir antara April hingga Mei. Bila nikmat sejuk ditarik dan nikmat panas ditambah, pun masih ramai yang bising. Bila nikmat sejuk ditambah dan nikmat panas ditarik, keadaan yang sama juga berlaku. Bila hilang nikmat syukur, apa pun nikmat yang diberi, tidak akan diterima sebagai sesuatu yang baik. Itulah manusia..

Bencana alam memang sering menghiasi dada akhbar masa kini. Banjir, gempa bumi, tsunami, taufan, puting beliung tidak akan pernah berhenti singgah di mana-mana lokasi yang telah ditetapkanNya. Chile misalnya baru-baru ini dikatakan mengalami gempa bumi 8.8 skala Richter dan menyebabkan paksi bumi berganjak sebanyak 8 sentimeter, sekaligus memendekkan hari sebanyak 1.26 mikro saat. Sewaktu mendengar berita ini, jantungku berdegup pantas. Meskipun gempa bumi ini tidak seteruk gempa bumi Aceh, namun kesannya sangat besar sebenarnya. Demikian juga gempa bumi di Padang, Sumatera serta bahagian-bahagian lain di Indonesia. Beberapa buah kampung lenyap begitu sahaja tanpa kesan seolah-oleh kawasan tersebut baru sahaja diratakan untuk tujuan pembinaan bangunan. Melihat gambar-gambar setelah gempa bumi itu, aku merasakan betapa bertuahnya rakyat Malaysia. Duduk senang lenang, tidak perlu berlari menyelamatkan diri dari semua perkara ini, namun apa yang terjadi, kita hebat dengan pergolakan politik dalaman. Para pemimpin berebut kawasan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing....

Walauapapun, itu semua adalah kurniaan dariNya. Semua itu adalah sebagai ujian dan peringatan bagi kita semua yang semakin leka, alpa dan lalai untuk mengingatiNya. Aku tertarik mendengar cerita pensyarahku, lebih kurang begini katanya.." Anda tahu apa ada di Haiti tu? Pernah terfikir kenapa terjadi bencana seperti itu?" Seterusnya dia mengaitkan kisah Haiti dengan kisah kaum nabi Luth dan masyarakat Pompei pada zaman Kaisar Rom berhampiran gunung Vesuvius. Apakah kaitannya? Kuharap rakan-rakan diluar sana boleh mengkajinya sendiri.

Kesimpulannya sahabat dan saudaraku, kita hidup didunia ini sebenarnya semuanya bergantung kepada nikmat kurniaan Allah jua. Andai satu nikmat itu ditarik ,pasti sukar perjalanan kita. Misalnya sakit gigi dan terpaksa dicabut gigi tersebut. Adakah kita masih dapat mengunyah makanan seperti sebelum itu? Jika masih terasa sakitnya, adakah kita masih boleh bergelak ketawa? Apatah lagi jika kehilangan gigi hadapan. Pasti malu berdepan dengan orang, nak makan pun payah, nak baca al-Quran pun susah ( nak sebut huruf tsa, sin dengan betul pasti sukar )..Itu nikmat yang biasanya kita anggap kecil..Dalam keadaan sihat, apa yang kita buat? Cukupkah solat? Terjagakah mulut, tangan, telinga, mata serta hati daripada perkara yang ditegahNya? Bila dah sakit, ada yang menyumpah seranah sebab tidak boleh bangun lah, tidak boleh makan itu dan inilah, tidak boleh keluar rumah lah..Walhal itu tandanya Allah sayang dengan kita, Dia memberikan sakit itu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan..Sakit itu satu nikmat juga sebenarnya..Kalau kita bandingkan kesabaran kita menghadapi penyakit yang kecil dengan kesabaran nabi Ayub, seperti langit dan bumi rasanya....

Kalau nak hitung nikmat Allah satu persatu, kita tidak akan habis membicarakannya. Sebanyak mana pun yang dapat kita senaraikan, hakikatnya nikmat kurniaanNya jauh lebih besar dan lebih banyak..Pokok pangkalnya ialah erti kesyukuran, masih ada lagikah ia tersemat didasar hati kita?


Moga bermanfaat buat semua..wallahualam..

Wednesday, February 17, 2010

Remaja vs Cinta

Dalam ruang waktu yang semakin sibuk, sepatutnya aku tidak mempunyai masa untuk melayari blogku ini. Namun, bila dah berdepan dengan komputer, tangan ligat menaip segala terjemahan bahasa yang terbit dari minda..Sukar dikawal.

Ku ingin teruskn cerita yang telah kumulakan beberapa hari lalu. Apa yang hendak ku tulis lagi? Aku sendiri tidak tahu. Kekadang, dalam membicarakan soal ni, kita boleh kehilangan idea. Teringat kata-kata seorang panel dalam forum maal hijrah hari tu ( tak ingat mana satu, Ust Zulwaqar or Ust Haziq)..ada tiga golongan yang tak ble kita bawa lawan ckp..salah satunya org yg tengah syok bercinta atau dalam bahasa mudahnya, 'angau'..betul ka? Pada pemerhatianku secara peribadi, betul lah tu..

Sekali lagi kukatakan, aku memberi pandangan dalam hal ini bukan kerana aku pakar dalam bidang ini, tapi ini berdasarkan pmerhatian, pembacaan dari buku dan pengalaman yang dilalui sendiri samaada yang berlaku pada diri sendiri atau keluarga dan teman terdekat.

Dalam pembacaan artikel kontemporari, banyak yang mengatakan bercinta tu haram. Pada mulanya,aku setuju dengan pendapat ini. Tapi bila ku mendapatkan pandangan dari insan-insan lain dan menambahkan pembacaan, persepsi ku berubah sedikit. Cinta itu adalah fitrah. Islam juga agama yang penuh dengan kasih sayang. Kalau tidak, kenapa Nabi sendiri berkata, iman seorang muslim itu tidak semprna jika tak menyintai saudarnya sndiri? Tapi masalahnya, org ramai menggunakan alasan ini utk mhalalkan perbuatan2 yang tidak diajar oleh Nabi sebagai cara menyntai saudaranya. Misalnya berdua-duaan dgn insan bukan muhrim, ber'gayut' berjam2 dgn menggunakan tutur bahasa yang lembut mengalai hingga meremang bulu roma..hehe..( maaf jika bahasa kurang betul dan kurang baik..aku tidak bmaksud mnyindir sesiapa yang terlibat)..

Cuba fikirkan sejenak adik-adik..sahabat-sahabt..tidak cukupkah kasih sayang dari ahli keluarga hingga kita mencari kasih sayang insan lain yang bukan muhrim? Tidak cukup kasih sayang insan yang muhrim dengan kita? Tidak cukup kasih sayang dari ALLAH yang selama ini menjaga, melindungi dan mengurniakan kita dengan rahmatNya yang tak terkira luasnya? Apakah kita sudah cukup membalas cinta Allah hingga kita menyintai insan lain melalui cara yang ditegahNya? Cinta itu indah, jika kita tahu mengekspresikannya dalam cara yang betul. Cinta tu penuh pengorbanan, penuh penderitaan dan kesakitan jika kita benar2 melihat jalan untuk mencintaiNya. Jika kita berkata, 'aku cinta dia kerana Allah'..renungi kata-kata itu, betul atau tidak..apa yang ada pada pasangan itu hingga kita mengatakan kita cinta padanya kerana Allah?

Jika benar kita mencintai Allah, kita akan utamakan apa segalanya berkenaanNya. Jika berduaan itu ditegahNya, janganlah melakukannya. Jika menuturkan bicara romantis hingga melekakan diri, melupakanNya yang lebih berhak dicintai, simpanlah bicara itu sehingga tiba waktunya. Percaya dan yakinlah, andai benar kita menginginkan cinta seseorang itu kerana dia mengingatkan kita pada Allah, serahkan semuanya padaNya. Dia lebih mengetahui siapa yang patut kita cintai, siapa yang berhak untuk menerima cinta kita..

Segala peraturan yang ditetapkanNya adalah untuk mngawal kita, bukan untuk menghilangkan perasaan cinta itu. Dia yang mencipta kita, Dia lebih tahu apa yang perlu untuk kita.

Memang sukar jika kita berbicara tentang keadaan yang tidak dilalui oleh diri kita sendiri, tapi bila kita hidup dalam suasana itu, tanpa melaluinya pun kita boleh merasainya sendiri..Maafkan aku andai tersilap..dan betulkanlah kesilapanku. Aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa, hanya berkongsi pandangan berdasarkan pengetahuan yang amat cetek..Justeru, sama-sama kita perbaiki diri dan perbaiki hati dalam mentafsir apa itu 'cinta'...