Showing posts with label Coretan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hidup. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Beginilah..

Takkan terdaya..mengungkapkan rasa..
Satu antara resah yang berjuta..
Hadirnya gerhana ketika terpancar pelangi yang indah…

Kehidupan ini ada suka dukanya. Iman itu ada pasang surutnya. Semangat itu ada turun naiknya. Demikianlah setiap sesuatu itu pasti ada pasangannya yang tersendiri. Atas dan bawah, depan dan belakang, sedih dan gembira, hidup dan mati, lelaki dan perempuan, ingat dan lupa, lambat dan perlahan…dan sebagainya..

Aku ingin berehat. Berehat? Selagi namanya masih hidup, istilah rehat tidak bermakna dalam ertinya yang tersirat. Berkali-kali aku memikirkannya. Fikiranku adakalanya menjadi sesak dengan perkara yang  tidak  mampu aku fahami. Aku cuba mengkoreksi semula, refleksi semula, muhasabah semula berkali-kali. Justeru, aku semakin jarang mengunjungi  dan melahirkan cetusan hati dan mindaku di ruangan mayaku. Aku juga semakin keliru dan tidak tahu hujung pangkal ceritaku. Bila berada di hadapan skrin, tanganku kaku dan fikiranku buntu, walhal banyak perkara boleh dikongsikan.

Pertemuan dan perbualan bersama seorang saudara sebelum aidil adha lepas membuatkanku berfikir semula. Juga berkali-kali. Terasa banyak sekali khilafku sebagai seorang manusia yang lemah dari segala aspek. 

Pertemuan dan perbualan itu juga mengundang memori  lain yang sering berputar dalam mindaku.
“Kau dah macam kurang ikut program luar. Ada apa-apa kah?” tanya seorang sahabat suatu ketika.  Aku memandangnya sekilas. “You spy on me?” tanyaku semula, dalam nada gurauan. Dia tersenyum, menggeleng seketika. “I’m just curious. Di mana sudah Ani yang aku kenal dulu..” katanya, masih dalam senyuman. Matanya lekat dihelaian buku yang diselak satu persatu. 

“Salahkah kalau aku tak ikut program-program luar?” tanyaku lagi. Pertanyaan yang ku kira kurang enak didengar.  Ia meluncur  begitu sahaja dari  peti suaraku. Sang sahabat diam. Masih menyelak helaian demi helaian buku. Kemudian, dia memandangku. “Setiap perkara berlaku ada sebabnya. Kau buat begitu pun mesti ada sebabnya kan?” Aku pula tersenyum. Tidak mengiya atau menafikannya. Aku membuang pandangan jauh ke hadapan. Sebelum ini, selalukah aku menyertai program luar? Hatiku bertanya sendiri.
“Ani..” dia menepuk lembut belakangku. “Banyak yang berlaku..” ayatku tersekat dikerongkong. Tidak dapat kuluahkan. Aku menghela nafas panjang lalu melepaskannya perlahan-lahan.  “Setiap yang berlaku ada sebabnya..pasti ada hikmahnya. Kadang-kadang kita tak nampak hikmah tu dengan mata kasar kita, pandangan kita terbatas..” Aku tak nafikan kata-katanya. Itu hakikat setiap kejadian. Cumanya sebagai manusia biasa, adakalanya kita terlepas pandang akan perkara itu. 

“Bila kita rasa perjalanan hidup kita cukup sukar, percayalah, ada yang lebih sukar..jauh lebih sukar dari apa yang dapat kita bayangkan..” sambungnya lagi. Aku tetap diam membisu. “Hati aku..aku tidak tahu..” bicaraku putus. Sang sahabat tersenyum. “Hati kita..milik Allah. Mohonlah pada Allah untuk menjaga hati kita. InsyaAllah..semua baik-baik aja.” Bicaranya menusuk lubuk hatiku. Hati kita milik Allah…aku pernah berkata begitu kepada seorang rakan yang lain suatu ketika dulu. Rakanku itu tidak puas hati kerana sering dipandang serong oleh saudaranya yang lain. Serta merta, terbit kerinduan pada saat itu. Bicara bersama rakan itu, walaupun sering saja diselangi dengan pergaduhan dan gelak tawa, pasti ada saja pengajarannya yang menyentuh hatiku. “Macamana kita boleh rapat?” tanya rakan itu dulu. Sememangnya personaliti interpersonal dan intrapersonal  yang sangat jauh berbeza, agak mustahil boleh seiringan berjalan. Aku menggeleng tidak tahu, namun padaku semua itu ketentuan Allah, kerana tidak ada yang mustahil bagiNya, dan pastinya ada hikmah dan pengajaran yang besar dari ketentuanNya itu. “Sebab kita selalu bergaduh kan?” jawabnya sendiri sambil ketawa lagi. Aku hanya tertawa kecil , sambil menggeleng lagi. 

Aku tersenyum. Begitu cantik perjalanan hidup kita walaupun laluannya ada kesukarannya yang tersendiri, bergantung kepada tahap dan kemampuan kita. Tapi kalau dinilai dari sudut positif, pasti semua yang kita nampak baik-baik belaka.

“Allah sentiasa ada untuk kita..yakinlah. Jaga agamaNya, hidupkan agamaNya dalam diri kita, insyaAllah..” Sang sahabat senyum lagi.

“Terima kasih..” ucapku perlahan. “Berterima kasih dengan manusia..jangan lupa bersyukur dengan Allah..” balasnya, seakan memetik kata-kata yang sering aku tuturkan suatu ketika dulu. Dia masih tersenyum. Senyuman itu satu sedekah. Senyuman yang ikhlas akan membuahkan suatu rasa yang berbeza dalam hati. Rasa dihargai. Rasa dihargai dalam hidup ini merupakan suatu fitrah sebagai seorang manusia. Bohonglah kiranya ada yang tidak mahu dihargai barang sedikitpun dalam hidup ini. Rasa menghargai dan dihargai itulah yang membuahkan kasih sayang antara sesama manusia sebenarnya.  Namun, pokok pangkalnya, kenapa perlu menghargai orang lain? Atas dasar apa kita menghargai orang lain? Tepuk dada, tanya diri masing-masing. 

Beginilah hidup....apapun, tetaplah berdoa moga Allah sentiasa memelihara hati-hati kita semua. Teringat suatu kata-kata,……jangan renung dan menyusahkan diri, tetapi renung dan muhasabahlah diri…

Saturday, May 12, 2012

10.5.2012

Assalamualaikum...

Salam sejahtera buat semua..selamat pagi..moga-moga hari ini memberikan sinar harapan yang baru buat kita semua dalam melayari kehidupan yang sentiasa dilanda ombak..Kesedihan, kegembiraan dan bermacam rasa lagi yang wujud dalam hati adalah suatu anugerah. Kita sebagai manusia, dianugerahkan perasaan yang pelbagai bersama-sama dengan akal, agar dapat menimbang segala perasaan dengan logik, supaya dapat mengawal perasaan yang terbit di hati..supaya kita dapat berfikir baik buruk tindakan yang mungkin terzahir akibat emosi yang tidak menentu...Inilah kehidupan..tidak dijanjikan kemanisan selamanya, demikian juga tidak dijanjikan kepahitan selamanya..disebalik kesedihan, ada kegembiraan, disebalik kesusahan, ada kesenangan..yakinlah denganNya..:)

10.5.2012. Satu tarikh yang menyimpan memorinya yang tersndiri. Hari itu, aku bersiap awal dan sampai ke kelas lebih awal dari biasa. Tungu punya tunggu..cikgu lambat masuk. Beberapa orang rakan belum sampai ke kelas. Antaranya Bell (Isabella) dan Siti. Aku mengambil tempat di sudut belakang kelas untuk bersarapan bersama rakan-rakan lain. Masih menunggu cikgu dan rakan-rakan yang lain. Apabila semua rakan-rakan lain sudah ada, Bell dan Siti belum jua kelihatan. Aku mula berasa tidak sedap hati. Perasaan tidak sedap hati semakin mencengkam bila salah seorang rakan (Tracy) bertanya padaku tentang Bell. "Ani, kenapa dengan Bell?" Aku mengerutkan kening. "Kenapa?" aku bertanya semula. Tracy tersengih. "Saya tidak tau. Sebab tu saya tanya kau.." Aku bertambah hairan. "Kenapa ah? Saya tidak tau juga. Saya tiada jumpa dia dari pagi tadi.." jujur aku menjawab. Ya, memang aku tidak melihatnya sejak pagi, sebab aku bergegas ke kelas lebih awal.

Tidak lama kemudian, cikgu pun masuk (En Mokhtar). Beliau mengedarkan kertas soalan yang baru, dan ketidaksedapan hatiku mulai kurang bila melihat soalan baru. Seketika kemudian, pintu kelas diketuk. En Bujang muncul dimuka pintu. "Isabel sudah jalan?" tanyanya. En Mokhtar memandang kami sekelas, lalu menjawab, "Ya, sudah jalan mungkin. Dia tidak ada di kelas." En Bujang mengangguk sambil tersenyum kepada kami semua. Semua rakan mulai berbisik-bisik, ingin tahu cerita sebenar. Perasaan tidak sedap kembali merajai hatiku. Aku lantas mencapai handphone dan keluar dari kelas buat seketika. Aku cuba menghubungi Bell beberapa kali, namun tidak berjawab. Nombor Siti pula kuhubungi. Lambat aku menunggu respon dan akhirnya Siti menjawab panggilanku. "Assalamualaikum..ti, kenapa dengn Bell?" laju aku bertanya. "Waalaikumussalam. Ada hal sikit. Nanti saya cerita ah, saya p kelas juga ni.."katanya. Aku tidak puas hati. Setelah mematikan talian, aku kembali ke kelas. Rakan disebelahku sedang menaip sms. Aku perasan nama yang ditaipnya ialah nama Bell. "Mama Bell masuk hospital..Bell balik KK"ujar rakanku. Jantungku berdegup kencang. Segala yang diperkatakan oleh En Mokhtar berlalu bagaikan angin dihadapanku. Satu pun tidak masuk. Ya Allah, ampuni hambaMu ini..aku beristighfar beberapa kali. Aku tidak dapat menangkap satu pun yang disampaikan oleh En Mokhtar. Fokusku sudah terbang entah ke mana.

Mujur beliau menamatkan kelas lebih awal dari biasa. Aku tidak tahu, adakah beliau perasan dengan riak wajah kami semua, terutamanya diriku yang berada paling hadapan, yang mempamerkan riak kerisauan. Sebaik beliau berkata boleh bersurai, aku pantas berdiri dan meminta izin keluar lebih awal. Aku keluar dari kelas dan berlari menuju JHEP. Dari jauh aku melihat Siti dan Bell juga menuju ke JHEP.

Alhamdulillah aku selamat tiba di JHEP walaupun nyaris terjatuh di depan pintu JHEP kerana tersadung besi pagar pintu (grail). Bell sempat mentertawakanku. Aku termengah-mengah tapi sempat melihat sisa air mata diwajahnya. Aku menumbuk tangan Bell. "Janganlah ditumbuk kawan tu, kan tengah sedih.."tegur Pak Ya, salah seorang pensyarah JHEP. Aku tersedar. "Sorry sorry..Bell,napa tak gitau?" Aku meredakan keadaan lalu bertanya perlahan. Bell hanya tersenyum. Aku menggosok lengannya. Dia melangkah menuju bangku yang tersedia lalu duduk. "Bell.." aku tahu dia  sedang meredakan perasaannya. Matanya kembali berkaca. Aku menggosok dan memeluk bahunya. Dalam hati cuba berlagak 'cool'. Aku menyeka air matanya yang mulai melimpah dari takungan kelopak mata. Bell hanya berdiam. Aku tidak suka keadaan ini. Aku selalu melihatnya ketawa, dan kami memang sedaya upaya tidak akan menangis di hadapan sesama sendiri. Kami selalu menunjukkan emosi yang stabil dan tidak mudah menangis. Tapi hari ini, aku nampak dia menangis di depan mataku. Kestabilan dan kekuatan emosiku mula terganggu. Dia menyeka air mata yang jatuh membasahi pipi. Matanya merah sudah akibat banyak menangis. Air mataku turut tumpah. Benteng 'cool' sudah pecah.  "Bell...jangan begini.."ujarku lalu menyeka air matanya sekali lagi. Aku menekap mataku, membiarkan air mata meresap ke hujung lengan bajuku. Aku tidak kisah walaupun adegan air mata kami diperhatikan staf JHEP termasuk Pak Ya dan beberapa orang junior yang turut berada dalam pejabat tersebut.

"Napa tak bagitau saya awal-awal?" tanyaku lagi dalam nada tangis yang bersisa. "Saya baru tau tadi pagi Ani..Colin mesej saya.." Dia cuba meredakan perasaan. "Saya call, kau tidak angkat.."
"Saya tidak mampu mau bercakap lagi..." Aku terdiam. Hatiku terusik. "Saya call mummy, dia cakap lepas ni kalau orang cakap pa pun, jangan lawan..diam saja.."sambungnya lagi, nadanya beransur tenang tapi air mata masih mengalir.  Air mataku jatuh lagi. Aku tidak tahu mahu berkata apa. Suasana sepi seketika. Aku sempat membuat lawak. "Bell, baju saya terbalik.." ujarku sambil menunjukkan lengan bajuku. Dia tertawa lagi, kuat seperti biasa. Aku turut tertawa. Sekurang-kurangnya dia tertawa. "Ani, jangan buat lawak.." katanya sambil menyeka lagi sisa air mata. Aku tersenyum. Aku dan Siti menemaninya sehinggalah dia menaiki kereta Pak Ya dan hilang dari pandangan. Pak Ya hanya dapat menghantarnya ke stesen teksi dan dia terpaksa bergerak ke hospital sendiri. Sebelum itu, aku sempat memeluk erat Bell.  "Jangan menangis depan mummy..kena tunjukkan kau kuat.."bisikku padanya. Air matanya tumpah lagi. "Kalau mau nangis, nangis ja Bell, tapi jangan di depan mummy.." pesanku lagi. Berat hatiku melepaskan dia pergi seorang diri..tapi aku tahu Bell seorang yang kuat dan boleh berdikari. Dalam masa yang sama, aku mendapat berita salah seorang rakan sekelas kami, Santa juga turut mendapat pelepasan keluar kerana sepupunya maut dalam kemalangan di Kalabakan malam semalam. Dia bergegas ke hospital Keningau untuk pengecaman mayat. Aku hanya dapat menghubunginya melalui sms, mengucapkan takziah dan memintanya terus kuatkan hati, apatah lagi dalam tempoh menghitung hari menuju hari majlis perkahwinannya kira-kira dua minggu sahaja lagi.

Sejurus selepas itu, aku dan Siti bergerak menuju ke kelas. Siti menceritakan saat Bell menerima sms dari sepupunya berkenaan ibunya. Air mataku jatuh sepanjang perjalanan menuju ke kelas. "Nut..jangan nangis..kita mesti kuat, baru Bell kuat". Siti memaut bahuku. Namun air mataku seakan tidak mahu berhenti. Mahu saja aku menyusul Bell..Air mataku murah sekali. Selama ini, aku berusaha tidak menangis di depan Bell, walaupun kisahnya mngusik hatiku. Semasa Bell menjmputku dirumah selepas aku kemalangan tempoh hari, aku juga menahan air mataku di depannya. Walaupun matanya juga berkaca, air matanya tidak jatuh di depanku. Kami sama-sama menunjuk kami kuat dan tidak mudah menangis.

Sampai sahaja di kelas, aku duduk sendiri di tempatku manakal Siti sudah berkumpul dengan rakan-rakan lain, mngkhabarkan tentang Bell. Salah seorang rakan, Farhana, muncul dan duduk di sebelahku.Dia bertnya tentang Bell. Dia juga baru lepas menangis. "Baru dengar sikit, saya sudah nangis..pa cerita Bell tu nut..?" dia bertanya. Aku baru saja reda, dan bila dia bertanya semula, air mataku jatuh lagi. Ah..memang hari ni, hari menangis kot.

Cerita demi cerita..akhirnya..kami sepakat menyusul Bell hari itu juga. Kebetulan hari Rabu, hari 'outing'. Kami merancang untuk 'outing' tapi 'outing' sampai KK. Selepas zuhur, kami berlima (aku, Ibah, Farhana, Siti dan Fatin) memulakan perjalanan dan singgah sebentar di Apin-Apin untuk menemui ibu Farhana. Aku bermohon padaNya, supaya perjalanan kami dilindungi..(kami melanggar peraturan ip..kami sedar, aku sedar..aku hanya mampu berserah pada Allah supaya melindungi kami dari sebarang perkara yang tidak dikehendaki)

Kami tiba di Hospital Likas kira-kira 5 lebih. Bell tidak mengetahui langsung perancangan kami..Semasa di bawah bangunan Hospital dan menunggu Farhana yang singgah membeli majalah di Kiosk hospital, aku menerima mesej dari Bell. 'Doktor cakap masa mummy tidak lama lagi...' Gulp..aku menelan liur..aku terdiam seketika. 'Jangan cakap begitu Bel..'balasku. Dalam masa yang sama, dia turut memaklumkan Siti tentang perkara yang sama. Kami bergerak pantas ke tingkat atas, mencari wad mummy. 'Bukan saya yang cakap, tapi doktor..'balas Bell lagi. 'Doktor bukan Tuhan..'kata hatiku. 

"Ingat..jangan menangis depan mummy.." kami sepakat. Tapi kesepakatan kami lebur begitu sahaja sebaik tiba di Bilik 7. Siti meluru kepada Bell dan mereka berpelukan. Air mata kami sudah mulai mengalir. Aku pandang wajah mummy yang lemah. Aku senyum pada mummy, mummy senyum padaku. "Mummy..."aku menyalami dan memeluk mummy.  "Ani.." tutur mummy. Aku tidak tertahan lagi. Aku berpaling ke belakang memberi laluan kepada rakan-rakan lain untuk bersalam dengan mummy. Air mataku deras mengalir. Rakan-rakan lain juga begitu. "Mummy masih ingat saya?" tanya Farhana. "Ingat la..datin kan.." Kami tertawa bersama. Mummy menggelarnya datin sebab cara pemakaiannya yang ala-ala datin. Aku melirik Bell. Wajahnya kelihatan begitu letih, tambahan lagi dengan matanya yang bengkak dan merah. Aku menghubungi adikku, Ijan dan memberitahu tentang mummy. Dia akan datang sebelah malam, katanya. Namun, dia datang lebih awal selepas kerja setelah aku memaklumkan mummy akan keluar wad hari itu juga.  Doktor bagitau, mummy tiada pantang makan lagi. Apa yang mummy mau makan, bagi saja, make her happy..rawatan yang ada cuma untuk membantunya lebih kuat bertahan. Sakitnya sudah merebak ke paru-paru. 'Bell, kau kena kuat..'bisik hatiku. Dalam hati, aku berdoa semoga Allah menguatkan hatinya untuk berdepan segala kemungkinan. Seberapa banyak sekalipun air mata dan kesedihan kami berlima, tidak akan dapat menandingi kesedihan hati Bell seorang. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mummy ceria bercerita dengan kami. Seolah-olah beliau sihat. Walhal..hanya Allah yang tahu betapa peritnya beliau menanggung kesakitan itu. Pada saat kritikal itu, mummy sempat berkata beliau mesti sihat dan kuat untuk tunggu Bell tamat pengajian. Ya..tidak lama lagi, satu semester saja lagi...

 "Nanti ikut saya masa konvo mi..kita p semenanjung.." kata Bell. Mummy mengangguk  "Ya..mesti.." sahutnya. Mummy mahu tengok Bell kahwin, mau tengok cucunya, kata mummy. Aku tahu Bell berperang dengan perasaan saat itu. Dia menyeka air matanya berkali-kali. InsyaAllah..moga Allah panjangkan umur mummy sampai ke saat itu..bisik hatiku, memanjatkan doa pengharapan kepada Sang Pemilik Jiwa. Air mataku masih mengalir dan aku tidak mampu menangis depan mummy. Acapkali aku berpaling kebelakang apabila terasa air mataku sudah tidak tertahan lagi.

Petang itu, kami tidak dapat lama duduk bercerita bersama mummy dan Bell. Sebaik segala urusan berkaitan dokumen dan ubat selesai diuruskan Bell, kami menghantar mereka ke lobi utama. Sepupu Bell datang menjemput mereka. Sesudah itu, suasana hening semula. Kami mengambil haluan menuju ke Tamparuli, ke rumah Siti. Kami bermalam di sana sebelum bertolak balik ke Keningau keesokan harinya. Sepanjang perjalanan, perasaanku masih terusik. Tanpa kusedari, air mata mengalir tanpa ku pinta. Terkenang saat pertama kali berkenalan dan bersua muka dengan mummy, ketika bermalam di rumah mereka suatu ketika dulu. Selepas itu, kebanyakan masa apabila ke KK, aku akan bermalam di rumah mereka. Sudah seperti rumah sendiri, keluarga sendiri. Dari saat mummy sihat hinggalah kini. "Kaki saya sakit-sakit saja ba Ani..kenapa tu ah.." aku teringat kata-kata mummy suatu ketika dulu, selepas pembedahannya yang pertama dan melalui beberapa sesi kemoterapi. "Banyak angin mungkin mi..mo rajin urut tu mi.." sahutku. "Iya kan..banyak angin mengkali.." mummy mengiyakan.
"Kalau malam, pakai stokin mi..jangan mandi lambat..mandi pakai air panas.." pesanku. "Iyala..saya mandi awal juga..saya tidur pun pakai stokin.." balas mummy. 
"Tidak apa mi..nanti saya belajar mengurut..kalau sudah pandai, saya urut kaki mumy.."ujarku lagi lalu ketawa kecil. Mummy juga ketawa kecil. Aku juga teringat, suatu hari, Bell menanyakan mummy di mana seluar jeansnya. Tapi mummy tidak dengar pertanyaan Bell sebab mummy sibuk bercerita denganku. 
"Yala..kalau bercerita sama si Ani, tidak peduli sudah sama saya..bah..biarlaa.." kata Bell sambil memandang kami berdua. "Ish...kau ni ..carilah sendiri.."balas mummy. Aku tertawa. Aku tahu Bell cuma bergurau..dia memang suka menyakat. Suka menimbulkan amarahku. 

Aku menghela nafas panjang. Pandangan ku buang jauh ke hadapan. Lampu-lampu neon di sepanjang perjalanan kuperhatikan kosong. Doktor bukan Tuhan..ya..doktor juga manusia. Allah yang menentukan ajal maut setiap manusia. Kalaupun doktor cakap kita masa kita untuk hidup hanya tinggal sehari, hakikatnya itu cuma jangkaan berdasarkan keadaan semasa. Kesihatan itu satu nikmat dariNya. Nikmat yang Dia boleh beri dan ambil bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, berusaha, berdoa dan bertawakal. Penentuan untuk setiap sesuatu berada dalam genggamanNya, kuasaNya. Boleh jadi kita yang sihat walafiat ini pergi lebih awal berbanding yang sakit terlantar sekian lamanya.

Simpati dan doa. Itu saja yang mampu ku berikan untuk Bell. Aku terbiasa melihatnya ketawa, dan amat tidak biasa melihatnya menangis. Jauh disudut hati, aku ingin berkata..'Bel..lapangkan dada, bersedialah  untuk segala ketentuanNya..kita tidak boleh menahan sesuatu yang sudah ditetapkanNya. Tabahkan hati, kuatkan semangat..Apapun yang akan terjadi, ingatlah kehidupan perlu diteruskan...impian mummy mesti kau laksanakan..'

Orang boleh berkata apa saja, tapi jangan biarkan mereka menjatuhkan semangat kita. Setiap antara kita punya ujian masing-masing. Aku teringat tempoh hari, Bel pernah berkata, "Ani..bagi saya kaunseling.." beberapa hari lalu, Bell mengadu dia berasa sedih tiba-tiba. Tidak ku sangka, inilah jawapan bagi kesedihannya yang tetiba menjengah itu. Jwabku, "Kau kuat Bel, sebab tu kau dapat ujian macam ni. Setiap antara kita diuji mengikut kemampuan. Kau mampu hadapi semua ni..kalau orang lain, belum tentu dapat.."ujarku. Ketika itu, kami sama-sama sedang mengemaskini fail EDU3107.

"Jangan lupa kasi doa saya sama mummy kio.." pesanan Bel acapkali melihat aku ingin solat atau bergerak menuju ke masjid. Aku hanya senyum.

Bel..Biarpun apa yang akan terjadi, redha dan pasrahkan hati. Lapangkan dada..kau tidak berseorangan..Sabar itu perlu dalam hidup kita..kau pernah cakap, sampai bila mau sabar, dan jawapanku tetap sama..sampai bila-bila. Sabarlah selagi terdaya. Kesabaran itu besar hikmahnya. Kalau Tuhan sayangkan hambaNya, Dia akan menguji dengan lebih berat dan berat sampailah kita menemui hikmahnya suatu hari nanti..insyaAllah..doa kami sentiasa mengirimu...doaku sentiasa mengiringimu...

p/s :   Kasih dan sayang akan hadir dalam sebuah persahabatan yang ikhlas tanpa mengira bangsa atau agama..
(sejujurnya..saat ini aku harap aku dapat bersama-sama dengannya..aku rindu tawanya yang kuat..aku rindu gelagatnya yang suka menyakat..dan aku rindu dirinya yang riang seperti dulu kala..)

Moga Allah menguatkan hatimu Bel...dan moga kau dapat menemui hikmah disebalik semua ujian ini...insyaAllah.

Friday, May 14, 2010

Pelayaran (Part II)

Angin petang berhembus perlahan. Sambil memerhatikan ragam manusia dihadapan, fikiranku menerawang jauh merentasi sempadan pemandangan. Mengimbas kembali saat-saat bersama insan yang sentiasa dekat di hati sememangnya satu perasaan yang tidak dapat digambar dengan kata-kata.

Memori indah yang dilalui bersama insan-insan tersayang kusemat dengan kukuh di hati. Biarpun kini tidak bersua lagi, doaku tetap mengiringi mereka. Mereka yang pernah mengajarkanku erti persahabatan, persaudaraan dan kehidupan.

“ Petang ni kita ‘jog’..nak?” tanya Nadhirah. Itulah soalan yang lazim diutarakannya tatkala melihat aku sering sahaja tertidur di kelas. Kurang stamina, katanya. Badan tidak cergas. Badan culas dan malas. Aku hanya memandangnya kosong. Hanya mata yang memandang, tapi fikiranku entah ke mana. Aku sedang membayangkan diriku berada di tempat yang lain. Tempat yang aku sendiri kurang pasti di mana.

‘Pak..’ Terasa bahuku ditepuk. Aku tersentak. Lantas mendongak. Nadhirah bercekak pinggang. Aku mengalih pandangan. Sekali lagi dia menepuk bahuku. Aku hanya tersengih.

“Asyik mengelamun saja. Apalah yang penting sangat sampai tiap saat nak berkhayal. Orang cakap pun buat ‘dek’ ja..” Nadhirah mula mengeluarkan panahan kata-kata yang sememangnya membuat rasa kantukku makin kuat menyelubungi diri.

“ Jangan tidur..dengar dulu..!” Dia menarik tanganku dengan kuat. Aku tersentak sekali lagi. Pandangan terasa samar. Aku membetulkan kaca mataku. Bayangan Nadhirah hilang bersama tiupan bayu yang menampar pipiku.

Seorang ‘junior’ tercegat dihadapanku. “ Assalamualaikum..kak” sapanya dengan senyuman yang terukir di bibir. Aku membalas senyumnya. Namun, hatiku masih mencari kelibat Nadhirah. Aku melihat kiri dan kanan, depan dan belakangku. Nadhirah hilang begitu sahaja.

“ Kak cari siapa?” aju Amira, juniorku itu. Cari siapa? Soalan itu bermain di mindaku. Aku mencari siapa? Nadhirah? Seakan baru kembali ke alam realiti, aku terpana seketika. Kenapa sering sahaja aku terbayang akan Nadhirah? Sudah bertahun aku tidak bertemu dengannya. Tidak berhubung dengannya. Meski dalam keadaan hari ini yang dilengkap dengan serba serbi kemudahan, aku langsung tidak pernah berhubung dengannya sejak hampir 7 tahun lalu.

“ Tak cari siapa-siapa..” jawabku lalu tersenyum semula. “ Maaflah, terlambat sikit. Kak dah lama di sini?” aju Amira.
“ Tak juga lama. Jom..” aku bingkas berdiri seraya menepuk seluarku untuk menghilangkan bekas rumput kering dan debu yang melekat. “ Jom..”balas Amira. Kami berjalan bergandingan menuju trek larian di padang kampus. Bayangan Nadhirah masih melekat di kotak mindaku. Apa agaknya khabar gadis manis itu. Ke manakah dia menghilang. Aku ingin sekali bertemu dengannya, berkongsi pengalaman dan segala yang telah dilalui selama hampir 7 tahun kami terpisah.

Friday, November 20, 2009

Selakan terakhir kisah kau dan aku..

Orang kata..
Hidup ni macam roda..
Kejap di atas, kejap di bawah..
Ibarat hukum karma..
Ada pusingannya..

Orang kata..
Hidup ni mcm hari..
Kejap gelap, kejap siang..
Siang mentari, malam sang bulan..

Orang kata..
Hati kita ni misteri..
Ada zahir ada batin..
Ada suka, ada duka..
Ada tangis, ada tertawa..

Orang kata..
Kehidupan ni umpama pelayaran..
Ada ribut, ada badainya..
Ada bahagia ada deritanya..
Ada nakhoda ada kelasinya..
Ada daratan ,ada lautnya..
Ada untung, ada malangnya..
Ada senang ada susahnya..
Ada tenang ada gelisahnya..

Itulah hakikat kehidupan..
Umpama pasang surut air di laut..
Panas redup cahaya mentari..
Terang suram sinaran lampu..
Tenang gelodak rasa di jiwa..
Bagaikan terangkum dalam satu kata dan frasa..
Itulah kehidupan..
Kehidupan dunia...
Dunia yang sementara..

Kini..
Segalanya termaktub dalam memori..
Selagi diizinkanNya..akan ku kenang segalanya..
Sebagai suatu kisah indah dan berharga..
Sebagai suatu pedoman dan pengajaran..
Sebagai teladan dan sempadan..
Untuk menghadapi hari hadapan..

Andai ku tak diizinkanNya untuk mengingati segalanya..
Andai aku terlupa...
Andai aku tak 'terkisah'..
Dengan segala kudrat insani yang ada...
Salam diucap.. maaf kupinta..

Sesungguhnya..aku insan yang lemah..
Aku hambaNya yang hina dan dina..
Aku tak punya apa-apa..
Selain secebis iman dan taqwa..
Sepotong hati, segunung rasa dan jiwa..
Tanda sungguhnya, ikhlasnya.. hati ini..
Untuk melawan segala kerapuhan dan prasangka..
Dalam langkah menggapai redhaNya melalui ujian dunia..

Maafkanlah ku...doakanlah diriku..
Ku pinta doamu mengiringku..
Menemani langkah kehidupanku yang tersisa ini..
Sebelum segalanya keras, pejal dan kaku..
Sebelum tiba waktu untukku..
Dijemput Dia Yang Satu...



( Payah rupanya nak buat sajak ni..setelah bertungkus lumus, masih tak dapat mengindahkan lambang-lambang bahasa dalam bahasa Melayu ni..Tapi tak apa la..yang penting ada usaha, bukan mudah nak belajar bahasa ni tau...)

Kepada guru-guru bahasa Melayu di luar sana yang menyinggah sekejap di blog yang tak seberapa ni, tolonglah betulkan mana2 kata, frasa, atau ayat yang tak sesuai kat atas tu..Manalah tahu dengan bantuan anda sekalian, aku boleh menjadi pengarang yang baik..heheh...insyaAllah...

Wednesday, October 7, 2009

Ini Cerita Raya Seorang Amatur

Bismillah..

Alhamdulillah..Syukur..Tiada kata lain mampu ku ungkapkan untuk menyatakan rasa kesyukuran kerana sehingga hari ini, aku masih mampu berdiri, berjalan, berjoging dan berlari serta berpeluang bernafas menghirup udara Bukit Langsat yang segar ini.

Banyak perkongsian yang ingin kutitipkan buat sahabat sekalian dalam blog yang tak seberapa ini. Harap2 perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat buat semua meski hanya secubit rasa.

Pada tahun ini,suasana rayaku agak berlainan sedikit berbanding dengan yang sebelumnya. Kepulangan insan yang ditunggu selama 5 tahun menjadikan raya tahun ini lebih bermakna buat kami sekeluarga. Abang sulungku yang merantau di 'over sea' ( heheh.. ) akhirnya pulang ke kampung setelah 5 tahun beraya di perantauan. Dia tiba di bumi Sabah pada 9.09.2009 dan sampai ke kampung pada 10.09.2009. Petang itu, selesai bersungkai, ku mendapat sms dari papa bahawa abangku telah sampai ke rumah. Satu kejutan. ( Sepanjang tempoh memilki 'hape', boleh dikira berapa kali beliau meng-sms-ku sepanjang tahun). Aku yang menetap di hostel mengira2 hari yang masih perlu dilalui sebelum bercuti raya selain tidak sabar untuk berjumpa abangku. Bagaimana agaknya rupanya? Makin kurus atau makin berisi atau makin handsome? ( haha.. )

16.09.2009- Aku berangkat pulang ke kampung secara rasminya dengan dijemput oleh adik, kakak dan bakal abang iparku.Cuti hanya seminggu lebih, namun barang2 yang dibawa seakan bercuti berbulan2. Tiba di rumah, aku lantas mencari abangku. Hampa dan kecewa, kerana dia bermalam di rumah makcik dan belum balik lagi.
" Abang kau tu dah lain. Sensitif macam budak2. Cepat terasa.." kata mak bila ku bertanya tentang abang. Aku terdiam sejenak. 'Mungkin masih perlu sesuaikan diri sebab dah bertahun tak balik. Dulu, semua masih kecil. Sekarang, adik-adik lelakiku lagi tinggi dan besar dari abang. Mesti rasa semacam' bisik hatiku.
" Dorang Kelea dan Ijan tak berbual 'ngan dia?" tanyaku lagi.
Kelea ( Safry-adik lelaki sulungku ) dan Ijan ( Safryzan-adik lelaki kedua )
" Bbuallah juga. Tapi tau2 lah si Ijan tu, cakap melepas." jawab mak. Ijan memang suka cakap lepas. Namun, biasanya dialah yang menceriakan keadaan suram di rumah.
Akhirnya, petang itu, abangku balik. Ingatkan siapa yang nak jadi pengganti Jay Chou dalam Initial D, bawa kereta punya main laju, rupanya dia. Mula-mula, dia buat tak tau ja bila nampak aku menyapu dengan rupa penat ( hoho..maklumlah..saat dekat nak sungkai.. ), lepas tu dia patah balik lalu menghulur tangan. Aku tersenyum dalam hati. Lantas ku sambut dan ku cium tangannya. Pertama kali dalam seumur hidupku menyalami dan mencium tangan abang. Pertama kali..Rasa nak nangis pun ada. Beribu topik yang kususun untuk diperbualkan hilang serta merta.
" Bila balik?" selepas bertahun, dia bercakap di depanku. " Baru tadi "
" Cuti dah?" dia bertanya lagi. " Ya.." jawabku. Alangkah singkatnya perbualan pertama kami kerana sepupuku memanggilnya dari bawah rumah. Abang dah makin kurus, lebih kurus berbanding dahulu. Rambut separa kuning ditutupnya dengan topi. Aku tidak tahu berkata apa. 'Sabar ani..perlu masa untuk tegur dia. Tegur 'ngan baik' aku pujuk hati sendiri.

Malam itu, sambil membuat kuih makmur kegemaranku, kami ( aku, adik perempuanku, kakak dan mak serta sepupuku ) menonton muvie pilihan majoriti iaitu muvie seram. Bila hampir semua dah lena dengan bahan-bahan untuk membuat kuih, aku bertanya lagi pada mak tentang abang. Aku tidak sedar bahawa abang belum tidur dan masih bermain' game' di tingkat bawah.
" Dia macam orang asing di sini. Katanya, tak 'ngam 'ngan orang di rumah. Sebab tu asyik merayau ke sana sini. "
" Orang asing?" aku tidak faham. Aku memang agak low-pick-up.
" Yalah, macam tinggal di tempat lain, bukan di rumah sendiri. Sebab tu dia balik2 tanya, bila kau balik, sebab katanya, mungkin dia boleh berbual2 dengan kau.." kata mak. Sedih, sebak dan terharu pula hatiku. Antara semua adik-adiknya yang lain, aku juga yang dicarinya. Walhal, selama ini, aku antara senarai terakhir yang dihubunginya. Saat menyusun adunan makmur, air mataku hampir jatuh. Satu persatu perihal abang sejak balik diceritakannya dan ku rasakan abang begitu penting buatku. Perasaan yang tidk pernah timbul sebelum ini. Malah ketika dia berangkat pergi 5 tahun lalu, aku tidak merasa apa-apa. Cuma terasa kekok kerana tidak bertemunya dalam jangka masa yang agak lama. ' Cool ani..rilek..jangan nangis. Kontrol..' hatiku berbisik. Bnyak yang mak ceritakan, seakan aku baru sahaja mempunyai seorang abang ketika itu. Sememangnya, raya tahun ini agak berbeza khususnya buatku. Alhamdulillah, syukur..biarpun dalam tempoh perantauan abangku itu, banyak suka duka melanda kami sekeluarga, dan sepanjang itu jugalah suramnya aidilfitri bagi kami terutamanya mak..namun, hikmahnya cukup besar sekali.

Sebelum balik ke hostel kesayanganku, aku sempat keluar pekan bersama abang dan kami berbual seperti geng kamceng namun tidak dapat ku nafikan perasaan kekok masih ada kerana berpisah selama 5 thun dan amat jarang berhubung. Abang pandu kereta dgn agak laju( wlu tahu bukn kereta sendiri yg dibawa) , seolah2 perasan berada di litar sepang. Nasib baik aku juga biasa memandu laju ( hanya dalam game -heheh )..jadi taklah gabra sangat...

Cuti minggu lalu, aku balik ke kampung kerana naluriku mendesak untuk balik. Tapi abang dah berangkat ke Labuan untuk bertemu bapa saudara kami, Pakcik Asri, insan yang sangat berjiwa kebapaan dan 'caring' dengan semua anak saudaranya, terutamanya kami adik beradik. Agak sedih kerana aku yang paling lewat bertemu dengannya dan paling awal 'menghilangkan diri' kerana balik ke asrama. Tapi, aku berharap dan ku tahu, abangku pasti baik2 sahaja di bawah perhatian pakcikku dan paling utama, di bawah perlindunganNya, kerana doaku, doa kami semua sentiasa mengiringinya. Biar seteruk mana pun perjalanannya sebelum ini, kisahnya sebelum ini dan dirinya sebelum ini, dia tetap abangku. Satu-satunya abang kandungku dunia dan akhirat. Justeru itu, biar renggang nampak di mata, namun dekat rasa di hati.

Pada sahabat di luar sana, hargailah insan tersayang ( keluarga anda semestinya, dan bukannya boipren gelpren ya..) sementara ada kesempatan yang diberikan. Jangan biarkan konflik dalaman memutuskan hubungan darah yang sudah tetap sejak azali. Putus cintan cintun dengan insan bukan mahram tak apa ( beribu kali pun tak pa..Aiman tak kisah..) , tapi jangan putuskan silaturahim yg terbina, khususnya yg terbina ats talian kekeluargaan. Seperti yang pernah ku katakan sebelum ini, adakalanya kita hanya akan mengetahui betapa dekatnya seseorang di hati kita bila kita berpisah dan kehilangannya. Jadi, hargailah ia selagi semuanya berada didepan mata kita.....Jika kasih dan sayang tidak mampu diluah dengan kata-kata, lahirkanlah melalui tindakan, dan paling utama, melalui doa kita...
Ku mohon pada semua yang dapat memahami isi tersirat dari ceritaku ini, agar turut sama mendoakan yang terbaik untuk abangku tidak kira di mana jua dia berada...
Moga Allah sentiasa menaungi kita semua dengan limpahan rahmatNya yang tak terhitung...
Moga Allah sentiasa menguatkan kita untuk menghadapi hari2 mendatang yang pastinya lebih mencabar..
Pesanku...ingatlah Allah dalam keadaan apapun..dan bersyukurlah padaNya setiap masa, kerana Dia sentiasa mengurniakan yang terbaik buat kita..:)

Fikir-fikirkanlah....assalamualaikum...