Wednesday, February 10, 2010

Kem PULAKO dan kehidupanku

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur alhamdulillah, dalam menghadapi pelbagai 'karenah' aktiviti dan tanggungjawab yang terpikul, aku sempat juga mencuri sedikit masa untuk berkongsi sesuatu dengan sesiapa juga yang berkesempatan untuk singgah sebentar di ruangan perkongsianku ini.

Sebelum ini, seingatku, aku tidak pernah terfikir akan bergiat aktif dalam mana-mana pasukan unit berunifom. Semasa berada di zaman persekolahan pun, aku hanya menjadi ahli biasa tanpa mengambil tahu keperluan mengaktifkan diri dalam pasukan yang kusertai. Satu kerugian besar kurasa kerana begtu banyak peluang yang diberi, namun sedikit sekali aku menghargai peluang itu.

Menjejakkan kaki di bumi IPG Keningau ini, sebagai seorang yang amat cetek pengetahuan dlam apa jua bidang kerap kali menyukarkanku bergerak dalam apa jua aktiviti. Namun, bezanya pada kali ini, aku berusaha untuk tidak mempersia-siakan setiap peluang yang Allah beri untukku bagi menimba ilmu dalam apa juga bidang termasuk dalam pasukan unit berunifom.

Alhamdulillah, semalam kami berjaya melalui kursus pertama melalui perkhemahan sehari semalam yang dijalankan di Kem Pulako (Pusat Latihan Kokurikulum) dengan perancangan yang cukup pantas ku rasa.

Aku cuba untuk mempositifkan diri dalam menyertai kursus ini meski terbit rasa kesal di hati kerana tidak dapat menghadiri perjumpaan nuqaba untuk minggu ini kerana ia 'berlanggar' dengan kursus tersebut. Kukatakan pada diri sendiri, ' mungkin ada ilmu lain yang Allah nak aku pelajari dalam kursus ini..'

Satu perkara yang rasanya menjadi sebahagian dari 'habit'ku ialah memerhatikan tingkahlaku manusia dan merefleksikannya semula dalam kehidupanku seharian. Dalam kesibukan menyiapkan minum petang, pelbagai ragam dan gaya dapat kusaksikan. Apa yang menarik yang ingin kukongsikan ialah apabila seorang pelatih beralih sebentar ke belakang rakan-rakan yang lain mencari tempat yang agak lapang dan panas. Dia mengambil sebatang ranting lalu memacakkannya di tanah. Aku mula menangkap tujuan tindakannya. Dia ingin memastikan arah kiblat. Subhanallah..satu perkara yang langsung tak kujangka akan dapat kusaksikan walhal sebelum ini aku pernah bertanyakan kepada para ustaz dan rakan-rakan tentang cara menentukan arah kiblat.

Dalam menyertai mana-mana kem atau kursus, pengurusan masa sememangnya amat ditekankan. Kepadatan aktivti dan pengisian akan kadangkala menyebabkan kita lalai dan leka terhadap tanggungjawab utama sebagai hamba Allah. Justeru bila melihat ada hamba Allah yang masih sedar akan siapa dirinya sebenarnya, ia memberi kekuatan dalaman buatku kerana aku merasakan Allah sentiasa membaca isi hatiku. Mengimbas kembali semasa menyertai Pendidikan Luar di Teluk Usukan pada tahun 2008, apabila pensyarah bertugas mengerahkan kami untuk menyelesaikan aktivti seterusnya, seorang pelatih pantas menegur, ' cikgu, solat dulu..'.

Berbalik kepada kursus yang kuikuti, pada sebelah malamnya pula aku sempat duduk sebentar di luar khemah lalu memandang ke arah langit, memerhatikan gugusan bintang yang menghiasi dinding langit yang gelap gelita. Salah satu yang menjadi 'habit'ku juga tidak kira sama ada di rumah, di asrama, sepanjang perjalanan di waktu malam atau di mana juga. Di waktu siang pula, biasanya aku akan melihat pergerakan dan bentuk-bentuk awan. Jika di masa kecil, aku biasanya melihat semua ini bersama-sama adikku di pinggir bukit atau tanah tinggi berhampiran rumahku, kini aku hanya melakukannya seorang. Dan semuanya memberi sesuatu yang berharga buatku, pengalaman dan kenangan bersama adik yang tak mungkin akan ku perolehi bersama orang lain.

Semasa bertugas memasak untuk makan malam pensyarah, aku sempat bertanya kepada seorang rakan, " Din, da solat?" Dia menjawab, " Dah..tapi yang perempuan seorang pun tak da jemaah" Aku terdiam sejenak. Merenung kesilapan diri, membiarkan rakan-rakan hanyut dan terlupa kewajipan untuk memenuhi tuntutan solat. Entah mereka dah solatkah belum. Kalau masa jemaah pun tak solat, bilalah mereka nak solat? Meskipun diri 'tidak dapat solat', tak sepatutnya aku membiarkan rakan lain yang boleh solat untuk tidak solat. Satu pengajaran buatku, dan aku takut bila terkenangkan akan kepastian yang aku akan dipertanggungjawabkan untuk itu satu masa nanti.

Sememangnya Allah ingin mengajarkanku sesuatu daripada perkhemahan ini.

Merenungi perjalanan hidup selama ini yang tidak putus-putus dengan ujian dan dugaan, ia menginsafkanku betapa lemahnya diri ini dalam menjalankan tugas sebagai hambaNya. Kata seorang sahabat, " Allah tahu kau mampu hadapi semua tu, sebab tu lah Dia bagi semua ujian tu pada kau. Kalau aku, belum tahu mampu macam kau". Kuatkah,hebatkah aku bilamana untuk mengingatkan rakan untuk solat sahaja pun tak terlaksana, bila nampak kemungkaran hanya mampu beristighfar dalam hati, bila keluarga buat salah, teguran pun tak terucap?

Teringat cerita kakak KPLI PAI tentang kemalasan orang untuk solat.

" Ustaz, saya tak boleh solat, kaki saya sakit.."

" Kalau tak boleh solat berdiri, duduk lah.."

" Ustaz, tak boleh berdiri juga, pinggang saya sakit"

" Solatlah secara berbaring"

" Ustaz, saya tak boleh baring..belakang saya sakit"

" Kalau dah dalam baring pun tak boleh solat, usung masuk kubur!!"

Bila terdengar cerita ni, kami semua tertawa tapi sebenarnya ia mempunyai pengertian yang jauh lebih dalam. Orang yang sakit pun masih berkewajipan untuk solat mengikut kemampuan, inikan pula kita yang sihat walafiat, mampu berlari dan berjalan dengan baik. Allah dah beri kelebihan, kekuatan dan kemampuan, tapi kebanyakan dari kita masih liat untuk bersyukur, sujud kepadaNya, mengakui keagunganNya sebagai Pencipta kita.

" Jangan sampai Allah tarik nikmat yang Dia bagi untuk kita, baru nak tercari-cari Dia. Jangan masa susah saja baru ingat Allah, tapi masa senang terus lupa.."

Kdangkala kita asyik dengan tugas membetulkan orang lain, sehingga diri sendiri dan keluarga sendiri lupa untuk dibetulkan. Andai kita hebat berbicara didepan orang, tapi keluarga sendiri hancur dalam menunaikan kewajipan tersebut dan kita pula lalai dalam memperingatkan mereka, kehebatan itu tiada maknanya.. Biarlah semuanya berjalan seiring meskipun dalam pergerakan yang sedikit asalkan istiqamah.

Betulkanku andai ku tersilap dan doakan aku agar terus istiqamah dalam usaha memperbaiki diri dan keluarga dalam perjalanan mencapai mardhatillah.

Sebelum itu, mungkin ada yang se'habit' denganku, gemar memerhatikan kejadian alam yang sungguh unik ini. Justeru, ingin ku bawa anda semua untuk merenungi, menghayati semuanya dan kaitkan dengan ayat-ayat cintaNya dalam al-Quran, antaranya ialah surah Ali-Imran, ayat 190 :

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal..."

Juga dalam surah An-Nahl, ayat 12 :

" Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti "


Semoga perkongsianku ini bermanfaat untuk semua.

Assalamualaikum..


Monday, February 8, 2010

....Muhasabah..

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/3226/edcoustic-muhasabah_cinta.html

Saturday, January 30, 2010

Kasihmu Amanahku

Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum...

Terlalu banyak isu atau kisah yang ingin ku kongsikan buat semua yang sudi membaca perkongsianku hinggakan kadangkala aku tidak tahu hendak menulis isu yang mana satu.

Akhirnya, setelah menonton video klip kumpulan Inteam yang bertajuk 'Kasihmu Amanahku'. aku tergerak untuk menulis suatu cerita tentang 'perkahwinan'. Tajuk ni memang menarik ramai anak muda khususnya yang sedang kemaruk nak kahwin..Haha. Tapi tak bermakna diriku berada dalam kalangan tu..ehemm..

Memandangkan sejak akhir-akhir ni, isu 'cinta' melonjak naik terutama semasa forum Maal Hijrah hari tu dan insyaAllah beberapa orang terdekatku bakal mendirikan masjid, jadi baik rasanya berkongsi serba sedikit mengenai perkahwinan yang begitu besar pahalanya jika tujuan dan cara yang dilakukan betul disisi agama.

Pernah orang bertanya, " Kak ani nak kawin bila? Pada umur berapa? Dengan siapa? Macamana orang pilihan?" Aku sendiri sebenarnya tidak tahu menjawab semua soalan itu.

Cakap pasal kahwin ja, semua orang senyum lebar. Dah mula rancang nak kahwin ikut style barat la, tradisional la, tempah itu ini la, pakaian mesti tak kurang dua tiga empat persalinan, nak buat grand, buat kat hotel, dewan atau sewa kanopi dengan konsep dalam taman dan sebagainya. Memang cantik rancangan yang difikirkan, dan memang cantik majlis yang diaturkan tetapi selalu kufikirkan, kenapa perlu melakukan seperti itu? Adakah tujuan berkahwin cuma untuk memperlihatkan majlis kita yang terhebat dan lain daripada yang lain?Tidak sahkah ikatan itu tanpa majlis yang serba mewah?

Kita hidup dizaman moden la..Kenalah istimewa sikit. Lagipun kahwin sekali ja seumur hidup. Peristiwa penting bha tu. Itu antara kata-kata yang ku dengar bila soal kahwin dibangkitkan dalam kelas. Andai kata itu bukan kali terakhir perkahwinan yang dialami, kot2 kahwin lagi kali kedua ketiga, camna la? Bila hantaran murah, tak nak terima. Harga barang mahal bha..Mana cukup tu..Haha..Kadang2 lucu juga bila cerita bab kahwin.

Apapun sahabat2, saudara saudariku sekalian, kahwin ni sunnah nabi dan dituntut dalam agama. Dalam erti kata lain, ia sebahagian ibadah yang menjadikan kehidupan jauh berbeza daripada sebelumnya, iaitu semasa belum berkahwin. Ia boleh menjadikan hidup kita terasa indah dan bahagia andai aspek JERIS benar2 telah bersedia untuk menghadapinya dan begitulah sebaliknya. Memang benar, aku juga belum melangkh ke alam perkahwinan, dan tidak mempunyai pengalaman peribadi tentangnya, tapi membaca kisah2 perkahwinan nabi dan para sahabat serta kisah2 perkahwinan dalam keluarga sendiri, aku memperoleh persepsi yang tersendiri tentang perkahwinan.

Sebelum berkahwin, renung2 la sejenak niat kita utk berkahwin tu. Fikir2lah seketika sudah cukupkah ilmu utk menjadi pemimpin, sudah relakah utk menjadi pimpinan. Dan tenung2lah sudah siapkah memikul tanggungjawab sebagai isteri, suami, ayah, ibu atau pendek kata pengasas keluarga yang anda impikan, sudah yakinkah kita pada diri sendiri untuk membina keluarga berteraskan Islam, berpaksikan al-Quran dan hadis?

Sememangnya Allah telah menciptakan semuanya dengan berpasang-pasangan. Allah jualah yang menentukan jodoh kita. Renungilah ayat-ayatNya dalam al-Quran, antaranya surah Yasiin:36, surah ar-Ruum:21, surah an-Nisa:1.

Kesimpulannya, kepada sahabt2 dan saudara saudari yang berhajat utk membina masjid dalam masa terdekat ini, fikirlah,renunglah, dan hayatilah maksud sebuah perkahwinan yang dianjurkan dalam agama, bukan sekadar untuk menghalalkan yang haram kerana ia mempunyai makna yang jauh lebih dalam daripada yang kita fahami..Telusurilah makna disebalik pengucapan," Aku terima nikahnya..."

Betulkan andai ku tersilap...