Friday, October 16, 2009

Kata-Kata Seorang Sahabat

Bismillah...

Pagi ini, ku dapat menyaksikan kabus bergerak menyelubungi kawasan ip. Damai rasa di hati tatkala berada di dalam laluan kabus tersebut ( cewah..jiwang pula rasanya ). Sejuk dan tenang rasanya. Bukan selalu merasai suasana ini. Syukur alhamdulillah, aku masih berpeluang merasainya...
Minggu ini, agak padat dengan proses penyiapan tugasan dan assignment yang semakin menghampiri dateline. Apatah lagi minggu ini penuh dengan rakaman, amali dan juga BIG.Hari selasa lalu, sekitar jam 8 malam sahaja, hostel sunyi sepi, berbeza dengan hari yang lain kerana opsyenku semua keletihan dan dibuai mimpi. ( Biasanya kamilah yang paling riuh ).
Semalam, tengah berusaha menyiapkan sisa-sisa tugasan, aku menerima sms dari seorang sahabat yang agak lama tidak kutemui dan hubungi. Aku agak terkejut kerana soalan yang ku utarakan telah berlalu entah bila dan dia tidak menjawabnya ketika itu.
Dia masih menuntut di salah sebuah universiti dan dia merupakan bekas rakan sekelasku semasa di tingkatan 6 lalu. Perbualan kami agak singkat namun ku rasa, ada baiknya dikongsikan terutamanya buat semua shbt di luar sana yg bcta2 ingin aktif dlm sbrg prgram.
( Perbualan ni dah diedit sikit2 yer.. )

" Salam..saya tak ikut program tu..Napa ani?"

" Lmnya saya tunggu jwpn kamu. Tapi, tak apalah, tak da apa juga tu. Nak tahu coz kwn saya yg tanya hari tu. Lagi pun, Azizul kwn kmu mcm join, ada nama dia, kalau saya tak silap org la.Tu ja sebenarnya. Pa kbr?"

" Owh, takpa. Sy takda krdt ba ani..Lama da takda krdt. Mo dekat setahun jgk ni. Hehe..Tidak ba. Tak ikut ani. Sy tak minat ikut aktiviti U. Bcampur ba lelaki prmpuan. Best tu tkt lari fikir pla nti. Sy sht ja ni. Ani? "

" Alhamdulillah, sht. Kmu da mkin jauh ke depan skg ya. Bgsla tu. Msti byk pengalaman n tmbh matang skg. Klu ada sesuatu yg ble di kongsi, pgmln or ilmu yg ble d jdikn smpdan n tldn, kgsila ya. Cmna pkmbangan skg?"

" Jauh ke dpn eh? Tak adalah. Kta cuma bljr dr pnglmn lalu ja. Dnia kn smntra ja..:) Tak da pkembgn apa2. Sy mcm yg dulu2 tu sblum msuk form 6. Hehe..Pkmbgn? Oh! Ada! Sy mkn gemuk lgi. Pkmbgn bdn gitu.."

"Alhamdulillah, ertinya sht n bhgia tu.InsyaAllah. Btl, dunia hny smntra. Insaf trs ni dgr ayt tu. Mkn hr mkn bsr n mkn berat tgjwb kita kn? Mmg pnting bljr dr pglamn lalu."

" Alhamdulillah. Bgnilah khdupn dnia ni. Smua smntra. Bhgia d dnia smntara, susah d dnia pn smntra, sihat n sakit d dnia pn smntra. Smua yg bnywa psti mrsai mati. Mahu tak mahu kta kena usahakan iman hari2. Kna ckp, dgr, fikir n lihat kebesaran Allah. Brula iman meningkat. Kn? Hri ni kita tgk byk org buat pgram tpi tak ikut syariat kn? Maksiat cmur skli dlm agenda. Nmpk seolah2 islamik sbnrnya tak. Bnda camni bahaya utk umat manusia. "
" Nk kongsi sdkit pesann ulama. Wnta amt pnting buat usaha dakwah ikut tertib. Takda pgaulan bbas dngn bkn mhrim. Ada stu kisah. Cite Siti Fatimah. Suatu hari, dlm mjlis Rasul saw, nabi tlh tny pd pra shbt yg duduk dlm mjlis. Siapa wnta pling btqwa? Bila Saidina Ali dgr soaln ni, dia blik rmh tnya istrinya. Dia kata, wahai istriku, siapakah wnta pling btqwa? Bila Fatimah dgr soalan ni, dia tny pd Ali, siapa yg tny soaln ni? Ali bgtau, Rasulullah saw. Pastu, Siti Fatimah bgtau, Hai Ali, gtaulah pd ayahandaku, sesungguhnya wanita yg pling btqwa disisi Allah adalah seorg wnta yg lelaki yg bkn mhrim tak pernah lihat dia n dia tak pernah lihat lelaki yg bkn mhrimnya. Pastu Ali blik dlm mjlis n bgtau jwpn pd nabi. Nabi tny siapa yg bg jwpn ni? Ali bgtau Siti Fatimah. Pastu nabi kata sesungguhnya wnta pling btqwa di sisi Allah SWT adalah Siti Fatimah. Puteri kesayangan nabi SAW. ..:)"


" Trm ksh ats pkongsian. Klu mslmh nk join grkn dakwah, cmn? Skg mmg pyh jmp prgrm yg tak cmpur. Spjg ikut pgrm, tak pernah sy jmp. Nk cnthi siti fatimah, bkn mudah.Dia tdidik dlm suasana islam yg kuat, oleh insan bpribadi agung. T'ingin nk jd cmtu tapi tak mmpu.."

" Sng ja..tsk pyh ikut pgrm la kalau ada pcmpuran. Lgipun yg utama kn study.."

Aku terdiam sejenak selepas membaca smsnya. Tak payah ikut pgram? Hm....



" Agaknya,cmna nk istiqamah dlm pa yg diusahakan? Kdg2 rs penat n tak mampu nk trskn. N cmna nk buat pengurusn masa yang efektif?

" Allah suka dgn amalan yg sdkit tp ikhlas bt krn Allah. Ikhls ni akn dtg bl kt bt scra istiqamah. Tak pa, kta ni mmg lemah. Sy fhm juga perasaan tu sbb sy pn mcm tu. Tak palah..Pelan2 ba. Kta niat bljar2 utk taat perintah Allah ikt cara nabi saw. InsyaAllah, Allah fhm n trma. Pgurusan masa yg efektif? Bg sy, kita dpt jg solat 5 wktu mcm cara nabi solat.."


Kata-katanya menusuk hatiku. Shbtku ini mmg dah ke depan berbanding diriku. Mungkin suasana di universiti membuatkannya sedemikian rupa. Mungkin pengamalan masa lalunya juga menjadikan dia insan yang berfikiran lebih dalam. Setiap insan mempunyai kisah hidup yang tersendiri. Amat wajar jika semua itu dijadikan sandaran dan pedoman untuk meniti hidup yang mendatang.

Aku bersyukur kerana rakanku, seorang demi seorang mula berjalan di jalan yang sama yang inginku lalui. Banyak kisah dan pengalaman kami smasa di sekolah dahulu, dan padaku, rakanku ini melalui pengalaman yang sangat mencabar sebelum ini. Dia cukup kuat menghadapi semuanya, dan semoga Allah sentiasa membantunya dalam perjuangannya.
Doaku..Moga Allah sentiasa memelihara silaturrahim antara kami dan ukhwah yang terjalin ini sentiasa utuh keranaNya.

Kepada semua sahabat di luar sana, semuanya terpulang pada diri kita. Kita sentiasa diberikan peluang untuk membuat pilihan. Jika ingin menceburkan diri dalam mana-mana program, tetapkanlah niat anda hanya keranaNya, jagalah pergaulan anda dan jagalah hati anda.. Lazimnya, kita akn perolehi apa yg diniatkan..so, bhati2lah menghadapi resam dunia...

Bsama2 kita bdoa agar ditetapkan hati dan diluruskan niat dalam apa jua yang dilakukan...InsyaAllah...Tidak ada manusia yang sempurna, justeru itu, berusahalah yang terbaik untuk mendapat yang terbaik dariNya..


Assalamualaikum.............

Wednesday, October 14, 2009

Cerita tentang blog dan angkatannya...

Assalamualaikum....
Baru tadi..ku jelajahi blog seorang senior...Agak lucu entrinya..Boleh buat ku ketawa. Dia membawa isu tentang blog yang mula menghantui masyarakat tanpa had peringkat umur. Juga keadaan tertekan yang dialami oleh para pelajar, yang bukan sahaja disebabkan oleh ujian tapi juga kerana pening dan tertekan memikirkan isi ataupun entri berkualiti yang patut dimasukkan dalam blog. ( hehe..ada juga cerita begini..)
Memang tak dinafikan, semua jaringan medan maya kini makin menghantui sebilangan besar masyarakat terutama remaja yang sememangnya aktif dalam bab maya-maya ni..Apatah lagi Facebook ( FB ),mungkin boleh dikira berapa ramai yang tidak tahu apa itu facebook ( bukumuka ) heheh..Aku sendiri tidak mempunyai ruangan sendiri dalam Facebook, dan majorti rakan-rakan mempunyainya. Kalau ikutkan hati, memang nak juga ada fb sendiri, tapi berbalik kepada apa yang selalu ku utarakan pd diri sndiri, untuk apa buat perkara tu? Untuk apa nak ada facebook? Bukan sahaja fb, malah fs, tagged, blog, web dan sebagainya. Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Memetik kata-kata seorang ukhtie bila persoalan ini diutarakan, dia kata, "yang penting niat kita tu.."
Apapun, tak juga dinafikan, benda-benda ni beri banyak faedah hanya jika digunakan sebaiknya..Terutama untuk perkongsian ilmu, pengalaman dan sebarang kisah yang boleh dijadikan pedoman dan teladan dalam hidup. Tambahan pula, ia membantu kita menjejak semula rakan-rakan lama yang sudah lama tidak dihubungi dan ditemui.
Tapi, lain sudah jadinya andai medan maya ini dijadikan medan umpatan bagi sesetengah pihak. Maklumlah, menjadi penghuni maya yang mungkin sahaja tidak dikenali, jadi bebas melontarkan kata-kata yang entah sedap atau tidak didengar dan dibaca. Atau menjadi medan perkongsian benda-benda yang tidak elok, video dan sebagainya yang tidak patut disebarkan.
Dalam sesuatu perkara tu, ada pro dan kontranya. Terpulang pada kita untuk memilih yang dirasakan terbaik. Dan kita kena tahu dan ingat, setiap pilihan yang kita buat melahirkan kesannya yang tersendiri. Orang kata, itulah dunia. Ada baik buruknya, ada putih hitamnya, ada suka dukanya dan sebagainya. Bukankah semua perkara diciptakan berpasangan??Hm..kepada semua pelayar-pelayar alam maya, gunakanlah semua kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin, bukan untuk sebaliknya..

Saturday, October 10, 2009

Nukilan seorang guru..

Pagi ini amat indah sekali, alhamdulillah..Di sini kita masih berkesempatan menikmati keindahan alam ciptaanNya yang terbentang luas pada setiap masa..Tengah duduk2 menikmati sarapan, teringat pula kt suatu karya seorang sahabat yang rasanya amat relevan bagi para pendidik dan bakal pendidik masa kini..
Jadi, dengan penuh rasa rendah hati dan rendah diri, ingin aku kongsikan hasil karya sahabatku ini buat tatapan semua pembaca di luar sana...Moga2 ia memberi suatu yang berharga buat kita semua..
Hayatilah setiap bait kata dan baris ayat dalam sajak di bawah ini..


Cabaran guru tirai abad ke 21

Merempuh gempita riuh keringat
Mengendong minda emas insan bergelar guru
Taman ilmu dihurung semilir getir cabaran
Kini..
Manis kitab tak terbatas
Dek pagar bicara dan tinta
Damba benih muda dahaga lautan pengetahuan Yang Maha Agung
Sekilas petikan dihujung jari
Disana terdampar anak muda..
Tewas dirakus nafsu..
Dirobek dadah berbisa akibat percikan globalisasi
Di sini..
Insan berselimut emas tergelincir leka
Dibias kemilau kerdipan berlian
Terpikul pendidik nadi penjalin nilai bangsa
Anyamlah jalur kemanisan agama
Bentenglah permaidani budaya
Agar waris Adam kental mengorak langkah
Tak rapuh dimamah tuba berbisa abad ini…
Terima kasih kepada sang penulis sajak ( seorang sahabat yang amat kuhormati dan kagumi kerana berkebolehan dalam pelbagai bidang ) kerana menyumbangkan hasil nukilan yang begitu berharga buat semua khususnya para pendidik muda abad ini..
Mohon maaf sebab tak minta izin untuk 'publish'kan karya di blog ini..( heheh..-jangan marah..halalkan ya..:)